Nak Bersalin Normal atau Caesar. Yang Mana Lagi Sakit?
Normal atau caesar, boleh pilih ke. Jom baca. Sebenarnya waktu pregnant tak pernah imagine pun nak normal atau czer sebab tu semua bergantung pada nasib tapi macam kes SH dah tertulis SH akan melahirkan anak secara caesarean tapi sempat la merasa sekejap sakit bersalin normal(keep reading untuk tahu kenapa). Alhamdulillah tak timbul rasa terkilan, menyesal n geram dekat sape2 pun janji kita dan anak selamat tapi tak sangka rupanya timbul perdebatan plak antara ibu2 kat luar sana kaedah bersalin yang mana lagi best, lagi sakit, lagi mulia, lagi banyak pahala. Astaghfirullah confused sekejap SH, diorang ni betul ke dah jadi mak orang? So buat pemabaca nak tahu mana lagi sakit takpe but please jangan la kita banding2 dan rasa kaedah bersalin kita lagi mulia berbanding orang lain. Terguris perasaan ibu2 yang lain tau, dah tanggung sakit bersalin pastu tanggung lagi mulut2 orang yang memperlekehkan sakit kita.
31 March tarikh yang bermakna sangat, buat kali pertama SH merasa sakit melahirkan anak. Pulak tu di beri kesempatan untuk rasa dua2 kaedah sekaligus. Mungkin hikmahnya harini, SH dapat berkongsi dengan semua ibu2 yang tengah berdebar nak lahirkan anak. As usual mana2 mak2 pun akan bayangkan dia akan bersalin normal. Sama jugak macam SH tapi masa kandungan SH dekat 7month macam tu doctor scan n cakap baby songsang. Sebelum2 ni check up nurse tekan2 perut n kebetulan baby SH kecik so bila dia rasa maybe dia tak boleh beza mana kepala n buntut baby. SH plak hari2 usap perut so naluri SH dapat rasa bahagian bawah dada tu macam kepala sebab dia keras membulat n bahagian bawah kat perut maybe buntut baby sebab kurang lebar tapi nurse yang selalu check perut SH sangka tu buntut HIHI tapi SH tak salahkan nurse pun sebab benda dalam perut mana lah kita nampak kan?
Selalunya kalau songsang maybe doktor akan bagi option sebelum bagi kata putus untuk operate like cuba pusingkan baby. Incase korang dapat tahu bayi korang songsang jangan terus pergi berurut tanpa dapat pendapat dan persetujuan dari pakar ya coz ada kes tak boleh urut pusing takut bayi terbelit uri sebab pernah jadi bayi meninggal dalam perut masa proses pusingkan bayi tu. Macam SH klinik transfer pergi hospital sampai hospital lepas scan2 terus doktor bincang sesama mereka n bagi date untuk czer. SH plak malas nak tanya lebih2 boleh cuba pusingkan ke tak maybe sebab terbaca ramai yang share pengalaman kata sakit proses nak pusingkan tu sakit dan berisiko pada bayi plus separuh dari jiwa SH masa tu memang nak czer kot HUHU bukan apa kalau czer SH dah tahu bila akan keluar. Kalau normal unpredictable, maybe lepas pusing baby nak duduk lama lagi ke dalam perut. SH plak sepanjang mengandung selalu ada perasaan was2. Hari2 tertanya2 baby ok tak, kadang time gerak tak perasan, time nak kira gerak pulak kurang terasa. Hari2 terasa cemas tu yang nak cepat2 baby keluar supaya boleh tarik nafas lega tengok depan mata. Korang jangan main tanda je ye gerak bayi tu baca Perlu Ke Kira Gerak Bayi? untuk tahu kenapa benda ni sangat penting.
Ok berbalik pada kisah bersalin SH, biasanya untuk kaedah czer doktor akan bagi tarikh 2minggu awal dari Estimate Due Date(EDD) sebabnya kalau dah dekat EDD risau terberanak secara normal, bayi songsang berisiko kalau lahir secara normal sebab kaki bayi akan keluar dulu baru kepala jadi risiko takut kepala bayi tersangkut kat dalam(Normal teran kepala keluar dulu tu pun ibu2 dah kepenatan, kalau kaki keluar dulu takut tenaga nak teran kepala dah hilang bayi boleh lemas)Macam SH ada dua EDD satu EDD dari tarikh last period tu iaitu 29 March 18. Yang kedua EDD SH dapat lepas doktor ukur saiz janin iaitu 13 April 18. Jadi sepanjang SH check up diorang ukur tempoh kandungan SH berdasarkan saiz janin jadinya untuk tarikh czer dia awalkan dari tarikh EDD SH yang kedua menjadikan tarikh czer SH 3 April 18.
Tapi nak di jadikan cerita malam 31 March 18 tu SH tak boleh tidur. Perut SH rasa sakit, sebelumni pernah jugak sakit (baca mengenai false contraction disini - Sakit Ketika Hamil dan Risiko) Rasa sakit tu lebih kurang je macam sebelum2 ni, SH plak dah berapa kali keluar masuk tandas pagi tu sebab false contraction ni kadang boleh jadi bila pundi kencing penuh. Tidur pun tak lena, sekejap2 terbangun tersentak sebab sakit. Sepatutnya 31hb - 2hb April tu adalah tarikh misi untuk SH food hunting sebelum kena serah diri so tak jadi keluar melantak SH terus ajak husband pergi Hospital Selayang. Alang2 ke hospital husband SH bawak terus baju2 yang dah pack takut2 ada kes emergency(yang ni korang patut pack siap2 n beli barang siap2 n stand by sebulan lebih awal dari tarikh bersalin sebab ada je baby keluar awal dari 37weeks).
Sepanjang perjalanan tu memang di selang seli dengan rasa sakit. SH tak pernah sakit tahap menggigil macam tu. Mana nak tahan sakit, mana nak tahan dengan laki SH bawak kereta. Habis bonggol lubang atas jalan raya di sapu. Nak keluar suara suruh dia bawak macam orang waras pun terketar2 tahan nafas. Sampai hospital husband tanya bahagian emergency nak pergi sini or LR n diorang suruh bawa LR terus, sampai bangunan LR parking pulak susah so husband SH drop suruh tunggu kat meja guard dulu sementara dia park kereta. Bayangkan hospital pagi2 hari dalam pukul 7am-8am macam tu tak ramai orang. SH sorang2 berjalan melilau cari tempat nak duduk sebab macam nak rebah tahan sakit, masa tu air mata SH dah menitik sebab sakit ni sakit yang tak di jangka. Ubah posture duduk pun sakit, tahan nafas pun sakit. Sekejap hilang pastu datang balik. Agak lost sebab tak tahu nak tahan or kena buat apa.
Sudah park nak cari wheelchair guard pulak tak nampak batang hidung so gagahkan diri berjalan ke LR. Sampai sana tukar baju n baring diorang letak alat kat perut nak cek gerak baby n contraction. Dah sampai hospital hilang nervous sebab apa2 hal dah dekat hospital tapi waktu tu SH masih menaruh harapan tu bukan sakit contraction sebab nak teruskan jugak misi Jalan2 Cari Makan HAHAHA so gigih la tiap kali nurse/doctor datang SH cakap rasa ni bukan sakit nak bersalin tapi dah cek2 bacaan diorang cakap SH dah ada contraction cek bukaan nasib bukaan sikit baru so diorang suruh standby dalam tengah hari untuk emergency czer(tepuk dahi). Masa tu SH redha je takpe la setengah orang tak tahu bila nak bersalin macam SH dah siap tahu dalam pukul berapa baby keluar. Dah dapat bayang lepas tengah hari nanti nak jumpa penghuni rahim mommy yang selama ni duk tendang2 perut mommy. Alhamdulillah.
Persediaan nak masuk LR dan Proses untuk Czer
Kena tanggal semua barang2 kemas, besi yang ada di badan kecuali di gigi SH je HUHU.
Sambil2 tu SH kedepan melepak jap dengan husband, minta ampun. Call family SH, update status dekat socmed HAHA nampak tak betapa terluangnya waktu di situ(ok skip no 2 not necessary HAHA)
Kena tukar baju untuk operation. Yang ada tali je kat belakang tu.
Kalau ada mulu2 kat kawasan Miss V nurse akan tolong cukurkan sebab nanti nak operate so nak ratakan ler rumput bahagian tu kan camner doktor nak conteng2 perut, nak toreh perut. Kan?
Nurse akan bagi surat untuk kita sign. Surat tu mengesahkan persetujuan kita bla2 tapi ko setuju tak setuju ko tetap kena sign. HUHU macam nak sign wasiat je perasaan masa tu.
Kita akan ditolak ke LR. Sebelum masuk LR baca lagi surat yang di sign n nurse akan explain apa prosedur nak buat kat dalam. Dia bagitahu kita akan dibius, bius tu dari mana sampai mana, risiko bius tu(boleh mengalami kerosakan saraf tau) baca risiko pembedahan caesar di sini. Gulp.
Masuk LR doktor akan cucuk kat belakang. Mana2 czerian mommy akan cakap ni la yang paling sakit tapi sebab SH dah menahan sakit contraction dari awal jadi tak terasa sangat sakit tu. Tu pun masa cucuk nurse pegang kiri kanan sebab SH tak duduk betul2 bukan saja tapi bila datang contraction tu mesti kita akan bergerak sikit kan. Kemudian bawah dada akan dipasang tirai/penghadang jadi kita takkan nampak the whole process.
Dah bius doktor/pegawai akan suruh kita gerakkan kaki, kemudian dia akan cucuk perut kita tanya ada rasa tak. Kesan bius tu dari bawah perut sampai hujung kaki. Selagi kita dapat gerakkan kaki atau terasa bila dicucuk maknanya bius tu belum jalan sepenuhnya.
Macam SH, doktor/pegawai tu cucuk2 perut. SH dapat rasa perut dicucuk kemudian dia tanya sakit tak? SH jawab tak. Kemudian terasa macam ada orang tengah garis perut SH, dia tanya lagi, kalau buat macam ni sakit tak? SH jawab tak so dia inform kita dah mula belah perut ya. Ya Allah tertelan air liur HUHU. Terasa banyak kali Dr garis perut tu, SH cuba tengok melalui pantulan. Kan ada lampu macam kat dentist tu kan. Melalui besi2 bingkai lampu tu nampak la sikit2. Huih nampak perut ni ditoreh2 ada darah mengalir diorang lap2 bawah perut. Pegawai yang berdiri sebelah SH tu tengok je SH tekun tenung lampu tu so dia tanya nampak ke, SH cakap ha ah so dia nak alihkan sikit but SH cakap takpe nak tengok sikit2. Tapi masa part diorang tekan2 perut besi tu teralih so dah tak boleh intai tapi terasa la diorang tekan2 perut. Rasa macam adegan tarik2 tali pulak antara baby dan doktor masa tu HUHU. Tahu2 baby dah keluar coz tak lama tu dengar suara baby. Dah cuci bersih bayi, pembantu perubatan tu ambik letak kat dada. Elok je baby SH baring tak nangis dah masa tu. Auch sebaknya ingat balik.
9. Setelah baby dikeluarkan diorang akan vacuum sedut darah2 sebelum jahit perut SH. Tak silap dalam jahit dan lapisan luar digam sebab masa mula2 lepas bersalin kulit SH macam bercantum n takde kesan benang langsung. Tempat operate plak elok je rata n kulit bahagian perut tu jadi lembik giler HIHI(ni masa mula2 bersalin je ye).
Ok so berakhirlah kisah bersalin SH. Dari penilaian SH Allah dah buat proses bersalin ni cukup adil buat ibu2. Kalau bersalin normal ibu tanggung sakit sampai la baby keluar. Ada orang sampai 9-12jam contraction. Bayangkan. Kalau czer tak sempat merasa sakit, masa bius je kena tahan sekejap sakit tu tak sampai 5minit and then operate tahu2 baby dah ada depan mata. Tapi lepas bersalin tu masa tu la sakit tu datang bagi salam. HUHU ok maknanya proses bersalin SH je dah berakhir, sakitnya belum. Buat czerian mommy ni lah sakit yang korang kena tempuh.
Lepas bersalin kesan bius masa operate tadi masih belum hilang. Bayangkan dari tengah hari sampai nak petang kesan bius masih ada. Baby pulak menangis nak susu SH boleh angkat separuh badan je, nak duduk pun tak boleh. Nak capai, nak bangun semua tak boleh. Cari suis untuk panggil nurse tapi kat belakang katil. Lagilah tak sampai. Masa tu takde sape2 sebab takde orang expect SH akan bersalin haritu, husband balik rumah jap jadi sambil terlentang SH panggil mintak tolong sesapa masa tu. Nasib baik tak lama tu ada aunty India cleaner kebetulan tengah rotate ambik sampah kot, dia yang nampak. Dia tolong angkat baby bagi dekat SH, 1st time menyusu depan oarang masa 1st nyusu bayi lepas operate tadi nurse juz letakkan baby and dia sambung kerja, yang ni aunty tu tunggu. Dia cakap jangan malu2 u’re a mom now. Dia tegur cara menyusu, pegang salah. Dia betulkan. Dah betulkan baru dia sambung kerja. Tak lama tu dia lalu lagi intai tirai SH tanya dah ke sebab nak tolong letak baby kat katil baby. SH cakap takpe taknak susah2 coz kesan bius belum hilang takut nanti baby nak susu saya tak boleh angkat lagi tapi dia cakap takpe nanti dia datang lagi. Auch baik sangat aunty tu. Foreigner kat sebelah macam warga Myanmar taktahu sepatah Malay n English tapi umur sangat muda pun aunty tu assist dia menyusu :)
Petang tu waktu melawat husband SH datang, waktu tu SH dah boleh duduk tapi kaki masih belom habis bius jadi tak boleh bangun jadi bayangkan lepas bersalin few hours tak boleh bergerak sampai la malam baru SH boleh berdiri dan berjalan. Pergh waktu first berjalan n berdiri tu SH tak rasa sakit langsung. Feeling dia ala2 macam iron lady, terdetik jugak dalam hati “orang kata lepas bersalin sakit tapi aku mampu berdiri, berjalan macam orang normal. Maybe aku ni wanita terpilih yang Allah nak bagi kekuatan luar biasa” Gitew HAHAHA so pergi toilet dengar baby nangis sepantas kilat SH jalan cepat2 meluru siap lompat atas katil nak terkam baby. Yelah dalam ward semua lepas bersalin taknak la emosi diorang terganggu dengar anak kita menangis lama2.
Dan keesokan harinya kawasan czer tu terasa sakit, berjalan terjengket2. Nak menapak setapak2 pun sakit. Nak bangun dari baring pun sakit. Lagi sakit dari contraction HUHU tapi tak menangislah kalini sebab dah tahu bila akan sakit. Maka tahu lah SH rupanya semalam yang gumbira senang hati tak rasa sakit tu maybe kesan bius belum habis HAHAHA tulah lain kali kalau orang tua2 pesan lepas bersalin jalan pelan2 dengar je even kita bersalin czer. Lepas 3 hari SH discharge, balik rumah naik tangga ke tingkat 2. Sakit tu masih ada, maybe sebab banyak berjalan masa tengah duduk tiba2 terasa macam ada something keluar kat bawah rasa panas macam terkencing. Cepat2 SH ke toilet tengok2 ada seketul gumpalan darah besar macam gamat. Agak terkejut sebab lepas operate pad SH kering tak penuh darah sampai tiap kali nurse periksa pad pun diorang cakap sesama sendiri “Eh kering lah darah dia” “Eh bagus lah doktor betul2 kering dia sedut”. Lepas gumpalan darah tu keluar baru SH keluar nifas tapi still tak penuh pad. Sakit tu pulak berlarutan hampir seminggu. Kalau tak makan pain killer lagi la, denyut2 rasa perut.
Jadi macam mana? Korang masih rasa sakit contraction tu sakit yang biasa2? Masih rasa untung czer tak rasa sakit? Bagi SH walau berpeluang merasa kedua2 sakit SH tak pernah rasa sakit dan pahala SH lagi tinggi dari ibu yang lain. Tak pernah rasa orang yang sakit dan susah bersalin ni sebab derhaka la, apa la. SH anggap ni tanda sayang Allah pada kita. Sakit tu kan penghapus dosa. Mungkin hikmah SH dapat merasa kedua2 sakit ni supaya hari ini SH dapat berkongsi dan membuka mata ibu2 kat luar supaya tak perlekehkan sakit orang lain dan di kesempatan ini SH nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada warga Hospital Selayang yang terlibat dalam proses bersalin SH. Alhamdulillah semua smooth, kebetulan pegawai2, nurse serta doktor yang terlibat haritu semua perempuan. Nurse pulak ada yang bantu shave mulu2 walau benda tu boleh je bagi SH buat sendiri. Aunty India yang assist cara menyusu. Doktor dan nurse yang terlibat dan semua lah. Terima kasih permudahkan urusan saya, semoga urusan anda semua berlipat kali ganda lagi di permudahkan :)
Post Suggestion : JURNAL IBU
Comments