top of page

Perlu Ke Kira Gerak Bayi?Penting Ke?


Hai mommies, how was your pregnancy. Kalau sape2 yang dah masuk 7month tentu korang kena tanda gerak bayi kan? Ada ibu2 yang excited kira. Ada jugak yang malas dan takde masa nak kira. Macam SH janji terasa ada tu kira dahla sebab rumit sekejap2 nak kena tanda dalam buku. Ada orang main tanda je. Macam SH kengkonon malas la menipu, jujur je lah cakap kat nurse yang tak perasan sangat gerak baby tu masa tengah kerja. Ewah2 ingat jujur boleh selamat, sekali dia hantar surat refer doktor, doktor pulak buat surat untuk refer Hospital kwang3.

Sebenarnya salah sendiri tapi SH tetap merungut ye lah bukan kita taknak tanda tapi 7pagi 7malam tu waktu SH pergi kerja. Atas motor dengan gegar motor mana la nak rasa baby gerak. Perjalanan SH balik rumah almost one hour. Sampai office kerja pick up call mana nak rasa baby gerak kan tapi dah explain pun diorang tetap refer Hospital, sampai Hospital diorang tengok buku terus inform kena admit. Gulp, gila kau takkan sampai tahap admit SH bukan kronik sangat pun, baik bagi katil SH tu kat orang yang lagi memerlukan tapi nak cakap apa pun tak guna nasi dah jadi bubur .

Since SH ada upload story dekat IG ramai kawan2 yang tanya kenapa so SH cerita la, ye la dah bosan kena warded at least ada la teman berborak. Rupa-rupanya baru SH tahu kenapa penting kena kira gerak bayi ni. Malas ke, takde masa ke. Kena kira. Hasil dari borak2 dengan kawan SH, most of them czerian mom sebab tak allert dengan gerak bayi. Kawan SH yang pertama ni baby dah kurang gerak tapi konsep dia macam SH janji terasa ada gerak tu dah la. Tahu2 pergi Hospital bayi kurang gerak sebab dah lemah sangat2 coz bayi dah berak dalam perut n dia tertelan najis. Kena emergency czer lepastu kena duduk dalam incubator ke apa tah. Dia cakap dia rasa nyesal tak ambik port sangat dengan movement baby dia. Orang lain lepas bersalin dapat peluk anak tapi dia tengok anak dari balik kaca je. Waktu doktor cakap anak dia 50/50 je dapat hidup tu dia rasa macam nak gugur jantung.

Kawan SH yang kedua ni plak kena emergency czer sebab baby da lemas tapi dia pergi Hospital bukan sebab baby lemas tapi sebab rasa contraction, sekali doktor cek baby da lemas takde masa nak deliver normal takut baby tak dapat bertahan. See cuba imagine kalau takde tanda contraction, kita seronok santai tak sedar anak dah nyawa2 ikan dalam perut but kawan SH ni kan 3 orang anak2 dia, tiga2 emergency czer n punca lebih kurang sama. Dia tak allert dengan movement. Sigh geram plak dengar, ingat ambik iktibar rupanya tak. Nasib waktu dia share story dah 3x czer, dah kena ikat rahim dah pun. Kalau baru 2x bersalin mau SH bising.

Dan yang kawan yang ketiga ni plak sebab air ketuban dia dah pecah tapi dia tak rasa sakit bersalin jadi dia singgah2 rumah family dia dulu mintak maaf dekat semua. Santai2 sebelum ke hospital, sampai hospital doktor cek air ketuban dah sikit baby hampir lemas, apalagi emergency czer la. Adoi la macam2 ragam tapi SH ambik kisah2 diorang ni sebagai teladan. Baru SH tahu kenapa nurse2 n doktor ni sangat2 marah n bising kalau kita tak tanda buku ni. Bagi kita biasa2 je janji kita terasa baby ada gerak walaupun gerakan baby tu sebenarnya sedikit dan perlahan tapi bagi diorang, diorang nak tengok carta tu samaada bayi aktif atau tak. Kalau tak aktif kemungkinan bayi lemah atau lemas kat dalam perut. Kat dalam tu nyawa, tak rasa terkilan ke berbulan2 bawa perut tinggal lagi 1-2 bulan nak jumpa penghuni rahim tiba2 dapat tahu dah takde. Bawa perut kesana kemari rupa2 nya dah berapa hari bawa jasad sahaja.

So mana mak2 yang malas tu jom kita berubah harini, takmau tipu2 tanda lagi ya. Insyallah anak selamat ibu selamat. Lepas dari admit haritu SH share dekat husband cerita2 kawan2 ni terus dengan dia2 sekali allert dengan bayi, kadang dia ingatkan suruh tanda, suruh kira. Doktor pulak lewatkan waktu kira bayi dari 9pagi sampai 9malam. At least bila balik rumah SH dah allert dengan movement baby. Kat bawah ni ada cara nak memudahkan ibu2 kira gerak bayi sekali dengan masa. Lagi satu tips kalau kita rasa baby kurang gerak jangan risau kocak2 je perut tu sampai terasa baby gerak. Jangan risau tak kejam pun kacau baby tidur, baby aktif tak risau yang risau kalau kurang aktif. Boleh praktikkan lepasni ya :)

Gambar dari sumber google

POST SUGGESTION : JURNAL IBU

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page