top of page

Resepi Ayam & Daging Bakar BBQ

Hai harini SH nak share resepi daging dan ayam bakar, kebetulan nak rasmikan steamboat and grill pan yang SH beli so bila pikir menu BBQ sesuai jugak nak buat tester kan? Kalau korang follow IG story SH mesti perasan kan SH suka makanan berkonsepkan steamboat and grill yang bayar per head lepastu boleh melantak sampai kenyang. Cuma nya yang tak syok makan kat tempat macam ni sebab yang kuat melantak SH sorang. Kalau bawak budak2, parent kurang berbaloi sebab diorang tak makan banyak so another plenty hour memasing macam krik2 je tunggu bila SH nak full. SH pulak bila dah masing2 stop rasa segan pulak nak continue melantak. U know the feeling? SH punya sparring melantak tak lain tak bukan laki den tapi pe el dia kalau makan steamboat pulak suka balun fishball. Again do u feel me? Bawak makan steamboat hengko pergi balun fishball. Macam tak kena dengan bayaran masuk so untuk settle kan masalah ni SH beli satu steamboat and grill pan sebab nak konsep BBQ beramai2 tapi tak membazir plus rumah kitorang jenis flat/apartment kan so nak beli set outdoor BBQ macam tak sesuai so if u guys takde pan ni jangan risau, resepi ni boleh je pakai kalau yang ada outdoor BBQ, pemanggang ajaib, non stick pan, oven and so on tu.

RESEPI AYAM BAKAR BBQ

Bahan-Bahan

  • Isi ayam 3pcs(other chicken part pun boleh SH ambil bahagian isi sahaja sebab nak senang grill atas pan)

  • 3-4 ulas bawang putih(ditumbuk)

  • ½ inci halia(ditumbuk)

  • 2 sudu besar rempah kari

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar lada hitam

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar jintan putih

  • 1-2 sudu besar madu

  • ½ sudu kecil garam(optional sebenarnya sos tiram pun dah ada sedikit masin)

Cara Penyediaan

  1. Campur kesemua bahan dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan perap dalam suhu bilik dalam 1-2jam(lagi lama lagi meresap rasa tu).

  2. Di bakar hingga masak.

RESEPI DAGING BAKAR BBQ

Bahan-Bahan

  • Daging lembu bahagian isi(boleh ganti dengan apa2 jenis daging kesukaan)

  • 5-6 ulas bawang putih(ditumbuk)

  • ½ inci halia(ditumbuk)

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar madu

  • 1 sudu besar kicap manis

  • 1 sudu besar sos lada hitam

  • 1 sudu besar lada hitam

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar daun rosemary(pembangkit bau)

  • ½ sudu kecil garam

Cara Penyediaan

  1. Campur kesemua bahan dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan perap dalam suhu bilik dalam 1-2jam(lagi lama lagi meresap rasa tu)

  2. Di bakar hingga masak.

Dah siap mudah dan simple sangat kan? Bahan perap ayam tu kalau korang nak gantikan dengan ikan, udang or sotong pun boleh. Nak tau dah masak pulak tengok je kalau isi kekuning-kuningan ada kesan burn sikit kira dah masak la tu. Kalau daging pulak kalau dah tukar warna keperangan dan ada kesan burn.

STEAMBOAT GRILL PAN

Macam kuali steamboat SH, SH standby periuk tambahan untuk isi bahan celur. Beli je kiub tomyam or sup. Nanti juz masukkan bahan2 celur macam fishball, crabstick, sosej, mi, dumpling and so on.

Dah settle part celur SH isi pulak mentega/minyak dalam ruang periuk tu untuk goreng sosej, crabstick, fishball tu. Bagi SH, SH rasa berbaloi sangat makan macam ni dengan family or nak raikan tetamu kecil-kecilan so takdela masa nak hidang tu kita busy kat dapur je tinggal la laki hengko sebatang kara melayan tetamu kat depan. Kalau dia pun acah2 busy konon2 tengok2 kan anak, anak buah maka krik2 lah tetamu korang HAHAHA. Kuali ni pulak nak menggoreng boleh, nak grill boleh. Nak celur and masak sup2 n berkuah pun boleh. Eh2 ter”promote” plak. K lah adios amigos.

*btw for those yang nak beli steamboat grill pan ni boleh beli thru Lazada, Shopee. Price around RM70-RM150 je based on design.

**********************************************************************

**UPDATE**

Hi readers, SH nak update sebab haritu ada orang chat tanya pasal kuali ni tapi SH tak on9 on that time so tak boleh reply. For those yang tertanya2 kuali ni melekat or tak. The answer is NO. SH dah pakai banyak kali la jugak especially masa pantang haritu so far tak melekat n nak cuci senang gila tak perlu sental. Kuali ni even besar tapi ringan je tau. Boleh timang2 je HIHI. K adios.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page