Resepi Sos Carbonara & Bolognese tanpa Prego
Hai tahniah kerana searching korang menemukan korang dengan blog SH. Korang yang search resepi tanpa Sos Prego ni mesti seseorang yang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat kan? Nak kurangkan penggunaan makanan dalam tin, kurangkan penggunaan bahan perasa kan? Kan? Kan? Atau yang no dua? Nak penjimatan ehehe coz SH no 2. Rasa rugi nyah asyik beli yang dalam tin, dua kali pakai dah habis. Kadang sekali pakai je licin.(Ah lupa daratan, dulu2 SH belajar masak dari resepi Prego ni ler, husband duk puji sedap SH masak. Pergh waktu tu terasa level2 master cheff ahaha. Rupa2 nya dah berapa tahun kahwin n dah cuba masak pelbagai masakan ni baru la terasa masak pakai tin Prego tu seumpama bukan betul2 memasak. Iyerla tumis bawang, goreng sosej, campak tin prego, siap) Tang mana terror? Sedap tu memang sedap, terangkat habis kena puji tapi terima la hakikat. Yang sedap tu bahan dalam sos tu bukan hang yang masak sodap sob sob sob(nangis bucu meja)
Ok so berbalik pada topik, hasil pencarian, perbandingan, eksperimental oleh SH maka terhasil lah sos carbonara n bolognese tanpa sos prego versi SH. Ni hasil lepas few times masak kat office. Ada sorang collegue ni dia suka try masakan SH so setelah mentelah dapat good feedback dari collegue n husband asyik puji (ekeke nak riak jap) k sambung maka membuak buak perasaan riak dan takabur tu untuk share dekat sini HAHAHAHAHAHA. Nah terimalah :
RESEPI SOS CARBONARA tanpa SOS PREGO
Bahan-Bahan
spaghetti di rebus dan tos(tak kisah la rupa ape pun, kerinting, bulat, petak coz rasa sama je)
1 biji bawang holland/bawang besar(di blend)
4-5 ulas bawang putih(di blend)
sosej/salmon/seafood/ayam/daging/atau apa-apa jelah yang ada dalam peti ais korang(di hiris nipis2)
Cendawan butang di hiris nipis(kalau takde hang campak je butang baju melayu laki ekau keke gurau je, kalau takde takpe cuma kalau ada lagi macam signature sikit kejadian dia)
2 sudu besar susu tepung(boleh ganti dengan ½ gelas fresh milk)
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan air masak bersama susu)
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil daun parsley
1 keping cheese(SH suka pakai emborg yang warna orange coz rasa cheese dia lagi lomak berkrim)
Cara Penyediaan
Tumis bahan blend sampai naik bau.
Kemudian masukan bahan sosej, cendawan butang dsb sebelum kuali kering n melekat masukkan air bancuhan tepung jagung dan susu.
Masukkan lada hitam, daun parsley dan perasakan dengan garam.
Lastly masukkan cheese dan spaghetti, kuah akan kelihatan lebih likat so tutup api. Siap.
*kalau nak bahan ex : sosej, seafood dsb nye tu masak garing lebihkan minyak tapi jangan banyak sangat sebab kalau dah masukkan bancuhan susu dan tepung tu takut korang taktau nak agak dah masak ke belom plus bila dah masukkan air bancuhan tak boleh biar lama2 atas dapur sebab kuah jadi makin likat)
Perghh rasa dia toksah cakap la, hasil penelitian lidah SH, rasa dia lagi sedap dari sos dalam tin. Terus rasa macam nak caras business PREGO hahaha.
RESEPI SOS BOLOGNESE tanpa SOS PREGO
Bahan-Bahan
spaghetti di rebus dan tos(tak kisah la rupa ape pun, kerinting, bulat, petak coz rasa sama je)
200gm daging cincang(gantikan dengan bebola daging pun boleh)
1 biji bawang holland(di blend)
3-4 ulas bawang putih(di blend)
3 biji tomato(di blend)
3-4 sudu sos tomato
1-2 sudu besar sos cili(gantikan dengan serbuk cili pun boleh)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu daun parsley
*kalau nak blend tomato tanpa kulit boleh kelarkan buah tomato kepada 4 jangan kelar dalam2 biasa2 je, lepastu didihkan dalam air panas sampai nampak isi sedikit terkopek. Angkat letak dalam bekas berisi air dah boleh kupas kulit tomato) Ilmu ni SH dapat dari Sirap Limau buat pemilik asal Pn. Nurjana Noh saya mohon pakai tips akak ye. Boleh click link ye sebab kat situ ada share gambar cara potong tomato, gambar tomato tengah berendam, semua ada HIHI.
Cara Penyediaan
Tumis bahan blend kemudian masukkan daging cincang biar daging masak bersama supaya rasa dia sebati dengan bahan blend tu.(Kalau pakai bebola daging boleh goreng separa masak sebelum di campur bahan blend.)
Masukkan sos tomato, sos cili, lada hitam dan daun parsley.
Perasakan dengan garam. Siap.
*ada orang suka tabur daun parsley paling last. Macam SH suka tabur awal sebab nak bangkitkan lagi bau masakan tu. Kira makanan tu belom siap tapi bau dah sampai dulu. Kita seksa dulu perut2 mereka biar diorang terasa lapar. Padan muka tak nak tolong kita masak HAHAHA.
Ok selamat mencuba ya, dah cuba ekau jangan lupo daratan. Ingat sikit kat den ni ha. Ekau tak nak bagi credit or share pun takpe la. Ekau doa je semoga SH murah rezeki, cepat kayo supayo eden boleh bersaing dengan PREGO kikikiki. Adios amigos.
Comments