top of page

Apa Itu Bengkak Susu?

Dugaan bagi ibu2 yang baru melahirkan anak. Dah habis fasa bersalin beralih pulak ke fasa lain. Terasa breast penuh. Berat je dan bila diitekan kerasnya. Bahagian dada terasa panas2 sebab bengkak. Nak pegang pun takut coz berketul2 macam batu. Buat pengetahuan ibu2 inilah bengkak susu.

BOLEH TERJADI JIKA

  1. Bayi kurang menyusu

  2. Badan terlebih produce susu

  3. Tidak ikut jadual mengepam/lambat susukan anak

  4. Ibu berhenti menyusu anak secara tiba2

Bahaya ke bengkak susu ni? Bengkak je kan? Tuam je la. Acewah, jangan ambil mudah ye ibu2. Bengkak susu ni bahaya jika di biarkan.

KESAN NEGATIF DI SEBABKAN BENGKAK SUSU

  1. Ibu boleh kena demam

  2. Boleh kena operate jika ketulan tak beransur hilang

  3. Bayi kurang selesa untuk direct feeding (DF) kerana aliran susu terlalu laju boleh menyebabkan bayi tersedak.

  4. Boleh kurangkan susu badan(1. Kerana boleh block aliran susu, 2. Kerana badan hantar signal ke otak yang time macam ni takde demand)

No. 4 tu SH dah mengalami. Waktu tu zero knowledge pasal BREASTFEEDING. Korang boleh klik link ye. Haa tu antara bahaya nye, eleh demam je pun. Ewah2 kau baru lepas beranak, kau larat ke jaga anak dalam keadaan demam n dalam pantang? And just imagine kalau kena operate. Baby macam mana? Lepastu nak menyusu anak macam mana after this? Jadi jangan tunggu teruk ye gais.

Ok macam mana boleh kena operate. Korang perhatikan gambar kat bawah ni. Kiri tu kelenjar susu yang normal. Bila mana terjadi kes2 yang menyebabkan bengkak susu kelenjar korang akan penuh. Imagine belon, kita isi air. Lama2 makin kembang sampai tak boleh tampung boleh pecah. Itu yang terjadi dekat breast. Bila badan produce susu tapi tak di salur keluar kelenjar tu bengkak. Bila bengkak boleh rosakkan tisu n terjadi nya nanah. Nanah yang kat luar kulit pun rasa sakit tapi boleh di lap2, di cuci luka. Yang kat dalam macam mana? Haa makanya terpaksa la operate untuk di buang.

CARA MENGELAKKAN DARI TERJADINYA BENGKAK SUSU

Satu je cara. Susu tu kena di alir keluar. Nak bagi anak hisap ke anak jiran ke bapak kepada anak ke terpulang HAHA JK yang penting harus di alir keluar. SH tak recommend sangat kalau tuam kawasan bengkak tu sebab dia umpama melegakan untuk SEMENTARA. Yes sementara melainkan kalau susu tersumbat. Dah bengkak memang la rasa lega kalau tuam, letak ais tapi nanti akan jadi balik coz badan kita bukan ada suis ON OFF. Decide taknak menyusu anak then automatik badan turn OFF dari produce. No your body doesn’t work that way honey. So kalau ikut cara SH, pam atau DF baby. Ada dua situation. Kalau baby newborn SH takkan DF masa breast tengah bengkak sebab aliran laju. Baby SH berapa kali tersedak sebab ni, jadi SH memilih untuk pam. Situasi kedua bila bayi makin besar. Dia boleh minum dalam kuantiti yang banyak n cepat dalam satu masa so time ni kalau bagi baby hisap yang bengkak tu. Tak sampai 5minit huih soft balik area yang ketul2 tu so tak perlu susah2 nak pam.

Bagi Exclusive Pumping(EP) mom pula. Korang kena patuhi jadual mengepam korang. Jangan di lambatkan dan jangan oversupply Express Breast Milk(EBM). Bagi yang nak buat stock SH faham tapi bagi yang terlebih sampai buat siram pokok, buat kolam susu tu better kurangkan mengepam tapi jangan too sudden. Bukan tak bagus tapi bila oversupply susah korang nak kena selalu pam. Lambat pam memang tinggi risiko nak kena bengkak susu. Ada jugak kes stok terlalu banyak tapi bayi taknak minum susu sejuk beku sebab apabila susu ibu dibekukan, enzim lipase ini akan meningkat dan menyebabkan susu beku berubah bau dan rasa (bau tengik). Korang boleh google or join group penyusuan kalau nak tahu lebih lagi mengenai pros and cons oversupply ni dan for those yang cuba2 supplement atau cuba milk booster SH nasihatkan jangan terlebih ambil.

I will write about my pumping gear soon. Keep follow my post :x

Post Suggestion :

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page