top of page

Tempat Menarik di Korea

Hi reader harini SH nak share tempat menarik di Korea. Semasa trip SH ke sini SH ke Jeju Island, Seoul dan Nami Island. If you guys nak survey mengenai makanan dan orang kat sana boleh baca Overall Review.

Jeju Island

Ok a lil bit introduction pasal Jeju ni, sini famous dengan Ba Alip Ba Ya(serius ramai non muslim yang sanggup travel jauh2 sebab nak rasa daging babi hitam kat sini), Volcano Rocks and Limau. Pernah tengok cerita My Girl scene dia curi limau tu kan? So bak kata (tour guide=TG) SH almost semua penduduk sini ada ladang limau diorang sendiri. Jenayah pun kurang sebab semua ada income tetap, sentiasa ada makanan so no need to steal sampai tahap rumah orang Jeju dulu2 kala diorang langsung tak pasang pintu ini kata TG tu la, kot dia membohong tak tau la kan.

1. Grevin Wax Museum

Korang tahu wax apa kan so sini tak perlu cerita lebih. It just public figure yang diorang jadikan patung lilin tapi buat korang di Malaysia tak perlu susah2 sampai ke Korea untuk bergambar dengan patung lilin ada tempat yang lagi dekat iaitu di I-City Shah Alam tapi tak sure Korean Actor ada tak kat Wax Museum Shah Alam.

2. Trick Eye Museum

Ok yang ni pun sama je dekat Malaysia pun ada kat I-City cuma kat sini ada apps untuk Trick Eye jadi each picture masa capture or record tu ade effect so comel la. Trick Eye Museum kat I-City tak sure ada tak apps coz last time SH pergi masa tu takde lagi.

3. Dragon Head Rock

Ni just batu yang seakan kepala naga. Engko jangan duk mengutuk, apa batu pun daya tarikan. Kat Malaysia pun ada la eg : bukit seakan orang pregnant jadi tarikan so gini je la konsep dia.

4. Jeju Inagi

Kat sini SH makan hidangan Abalone Fried Rice. Biasa kalau makan dalam pinggan yang bunga ke cili ke sekadar hiasan je kan tapi ni semua yang dalam hidangan tu boleh makan termasuk kelopak bunga tu kecuali pinggan je HUHU. Kata pekerja sini kelopak tu untuk bantu proses pencernaan. Ok itu terbukti HAHAHA.

Kitorang turut di ajar cara buat perfume flower sendiri. Nak explain further pun tak boleh speaker dia speak in chinese so SH just follow je apa TG suruh. Why in Chinese not English boleh baca dekat Overall Review. Bagi korang yang mencari2 product yang menggunakan natural ingredients based jangan lepaskan peluang untuk beli masker, sabun, shampoo, perfume yang di jual di sini kerana semua product di buat menggunakan bahan2 semulajadi.

5. Folk Village

Ni rumah tradisi orang Jeju milik uncle tu. Apa yang buat SH kagum is uncle tu pandai cakap Melayu even pelat2. Dia explain apa makna kalau pagar ni di tutup satu, dua n tiga. Kalau semua tiang dijatuhkan makna Welcome kalau semua pagar di angkat makna takde orang so tak perlu gigih bagi salam. Konsepnya sebab rumah diorang kan takde pintu jadi melalui pagar ni lah orang luar nak tahu rumah ada orang ke tak. Kalau dah semua pagar diangkat takde nya diorang nak masuk sebab macam SH cakap takde perompak bagai tapi dulu punya cerita la sekarang masing2 dah pakai flat tv, dapur letrik so berani lagi ke tak pakai pintu HUHU.

Btw rumah ni pernah di gunakan untuk shoot drama Jewel In the Palace. Uncle ni explain lagi yang kat sini lelaki di ibaratkan Wong Badi(tak sure macam mana spelling in Malay tapi sebutan macam tu la). Umpama raja sebab dulu lelaki sikit jadi diorang tatang orang lelaki ni sebab orang lelaki di anggap sesuatu yang rare di era tu, zaman dulu lelaki dekat sini tak perlu kerja. Boleh enjoy kat luar, balik rumah just makan n tidur. Perempuan kat sini je yang bekerja, membesarkan anak n perut laki HAHA. Ni kisah dulu2 la tapi effect dia sekarang TG cerita. Kalau ada construction ke apa lambat siap sebab pekerja2 dia banyak alasan, cuaca terlalu sejuk lah, panaslah.

Dekat sini juga SH di beri peluang mencuba teh 5 atau 6 rasa(HUHU lupa) tapi rasa tu berbeza mengikut tahap kesihatan individu. Ada rasa, masam, manis, masin, pahit, tawar dll. Macam SH rasa masam katanya sebab fatigue/penat.

6. Seongsan Ilchulbong Peak

Sini dulu kawasan gunung berapi tapi dah tak aktif. Pemandangan memang cantik tapi angin tersangatlah kuat. SH tak masukkan semua gambar dekat blog ni sebab dah upload banyak kat IG story so korang boleh follow IG SH link kat bawah n click under "Jeju Island highlight" tengok angin sumpah kuat.

Dekat gambar kat atas ni la ada banyak adegan tudung tutup muka, hempas muka, nak tercabut, nak terbelit. Jarum2 SH pun hilang tak dapat di jejak HAHA. SH nak turun kat bawah sebab TG cakap kat situ ada tempat lady diver(Why lady diver? Macam SH cakap lelaki tak berkerja). Tempat para wanita zaman dulu menyelam cari sumber rezeki tapi terpaksa batalkan niat, kat atas ni pun macam2 benda dah nak tertanggal kan turun kat bawah lagi lah HAHAHA.

7. Glass Castle

Nama pun glass kan so semua tentang glass. Kalau korang nak tahu salasilah gelas jemputlah datang sini. SH kesini untuk bergambar je taknak tahu pasal sejarah HUHU.

8. Mysterious Road

Tempat ni ditemui oleh seorang pemandu teksi, dia macam terkejut sebab dah matikan enjin tapi kereta boleh bergerak sendiri sedangkan jalan tu mendatar tapi sebenarnya mata kita yang dikelirukan. I wont explain it kot korang pulak yang keliru HAHA.

So habislah pusing2 Jeju. Seterusnya SH ke Seoul.

Gyeongbokgung Palace

Kalau datang kat Korea nak feeling2 ala puteri zaman dolu kala sila lah ke sini sebab dekat sini korang boleh pakai pakaian tradisional Korea sambil pusing2 dalam istana ni, korang dapat tengok seni bina istana ni dengan lagi dekat.

Ok abaikan muka SH juz focus bawah bumbung tu. SH suka tengok macam di warna dan di lukis menggunakan painting brush. Bayangkan satu2 diorang painted. Zaman dulu bukan ada mesin semua pun so sangat teliti, halus dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk siap. Btw korang tak perlu pening pikir nak sewa kat mana Hanbok. Datang je nanti korang akan nampak bersepah kedai sewaan Hanbok. Bagi SH tak rugi sewa Hanbok sebab bukan je kita dapat rasa sendiri pengalaman menyarung Hanbok tapi kita dapat kenal bahkan dapat ilmu cara memakai Hanbok.

Hanok Village

Rumah tradisional Korea je kat sini. Cuma menariknya kerajaan sini sanggup bayar penduduk sini every month untuk diorang kekalkan keaslian rumah tradisi diorang. Cuma bila rumah ni dah jadi tarikan pelancong penduduk sini jadi rimas sampai ada yang pindah sebab bising, ada yang malam2 pun datang bergambar n ceroboh masuk kawasan kediaman diorang semata2 nak bergambar so incase korang datang sini TG takde pesan SH nak ingatkan lower your voice n just ambil front shot only tak perlu sampai masuk2 dalam pagar. Kita sama2 hormat privasi memasing OK.

Myeongdong Street

Sini tempat shopping untuk cosmetic, souvenir, nak rasa food street pun sini banyak tapi nak beli tu on your own risk lorr. Actually TG SH yang dekat Nami cakap price kat Myeongdong a lil bit pricey sebab diorang dah tahu situ kawasan tarikan pelancong so kalau nak lagi murah boleh ke Namdaemun tapi SH tak berkesempatan kesini. Haih rugi, kalau la dari awal dapat hint kena gerak solo memang dah sampai dah HUHU.

CHEF : Bibap Show

Datang Korea jangan lupa tengok CHEF : Bibap Show. Korang boleh google or watch from the screen tapi pengalaman tu tak sama. Buat yang tertanya2 apa Bibap Show ni. Mula2 SH tak nak pergi sebab 1st day sampai tak cukup rest lagipun SH assume maybe cuma pertunjukkan masak2 macam kita makan kat Teppanyaki tu tapi TG insist untuk tengok katanya sekejap je plus sana ada kerusi boleh rehat n enjoy the show so I just give it a try HAHA n tak rugi weh. Sebenarnya Bibap Show ni adalah theater musical tapi ada penglibatan audience n reaction spontan audience tu yang menghidupkan lagi persembahan diorang. Diorang tak bercakap juz buat bunyi n sebut few Korean words tapi lawak diorang tu senang di fahami. Sakit perut den, keluaq habis ayaq mata duk gelakkan diorang. Terasa berbayar penat hari tu. Tq chef :x

Everland

Taman tema tapi menariknya taman tema ni ada roller coaster yang terpanjang di Asia. SH naik roller coaster dekat Sunway Lagoon pun macam tertinggal jantung kat atas so bila datang sini of course lerr SH tak lepaskan peluang untuk snap gambar roller coaster terpanjang ni dan merasai sendiri pengalaman lalu di sebelah roller coaster ni AHAHAHA. Tak kisah la terpanjang di Asia ke, benua ke, galaksi ke no is a NO.

Ok sambung so Everland ni macam Sunway Lagoon tapi rasanya Sunway lagi banyak gelongsor2 air tu tapi konsep dia ada taman tema n zoo. Syok weh zoo dia ada macam bas yang boleh masuk dalam air tu n ada jeep so dapat tengok menatey2 ni dengan lagi dekat. Korang boleh tengok video di Everland ni dekat highlight story SH ya :)

Petite France

Small town je macam mini France gitu. Decoration bilik, ruang tamu semua berasaskan sentuhan France. 2jam pun dah boleh tawaf satu area ni kecuali ada macam hutan tu. SH tak berani plak nak masuk kang jadi pape takde orang tahu.

Nami Island

Pulau cinta sebab kat sini lah pembikinan K-Drama Winter Sonata. Ok tak perlu cerita lebih2 kat sini memang cantik. Pulau dia kecik je tapi hiasan, landskap, senibina taman semua tu cantik. Rasa damai n tenang sangat jalan2 kat sekitar pulau ni. Cuma kalau datang musim autumn lagila memang no words. Ohsemm. Sila pergi!

Gambar kiri tu Jeti nak ke Nami Island, untuk ke sini ada dua cara. Boleh refer gambar bawah. Dari jeti nak ke Nami Island sekejap je less than 10 minutes rasanya. Sepatutnya diorang boleh bina jambatan untuk hubungkan Nami dan jeti tapi TG SH kata diorang saja tak nak bina sebab nak bagi nampak exclusive cara ke Nami so takde la senang2 orang boleh datang(ke nak income lebih melalui transportation HIHI). Gambar ketiga tu Ostrich, kat sini korang boleh tengok secara dekat Ostrich. Honestly even kat Malaysia pun ada tapi SH tak pernah berkesempatan berdiri secara dekat dengan Ostrich ni so agak teruja jugak sebab nampak macam jinak n manja je burung unta ni HIHI.

Ok ni jalan yang menghubungkan Nami dan jeti. Korang boleh pilih nak ke sana melalui feri atau flying fox. Sebenarnya SH lagi berminat melalui jalan udara tapi beg saja sampai 3, biasa la mak2, dengan bagpack, v-coolbag, sling bag. Patah bahu.

Apa-apa pun SH memang berpuas hati, tempat2 di Korea memang cantik dan berbaloi untuk di lawati tapi faktor-faktor lain. Makanan, currency, orang di sana, macam mana? Siapa2 yang plan untuk ke Korea selain dari korang cari tempat itinerary better korang baca Overall Review jugak coz it might help you guys prepare benda yang di luar jangkaan. Ok tu saja sharing for today thanks again for reading n harap perkongisan harini membantu :)

コメント


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page