top of page

My Pumping Gear

As promised. SH nak share SH punya pumping gear. SH mula pam dari hari ketiga/keempat pantang lagi sebab masa tu breast bengkak. Dah tuam tak reda so minta husband belikan dekat baby shop. Kat Rawang SH tak tahu mana lagi baby shop tapi SH dan husband memang suka beli barang baby dekat QQ Baby Shop so SH perasan kedai tu ada jual pam with affordable price. Ye la tak plan pun nak beli pam seawal ni jadi tak survey pun.

Ni pam pertama SH. Brand My Kingdom similar dengan Real Bubee cuma repackaging je kot. Suction semua bagi SH ok dengan pam murah ni la berjaya kumpul 5oz each side dan dengan pam ni la EBM SH hampir penuh freezer.

MY KINGDOM(RM59 - QQ Baby Shop)

PROS

  • Harga murah

CONS

  • Banyak part nak cuci kat corong dia

  • Tak boleh pakai dua2 belah. Salah satu mesti takkan tersedut, kalau berjaya pun suction weak sangat

  • Tak bebas buat apa2, kena pegang je botol

  • Lama2 pakai tak sampai 5-6 bulan suction low

  • Bunyi dan vibrate kuat dan bising(pokoknya bukan orang sebelah je dengar, satu office pun boleh dengar HAHA)

  • Tak built in with battery

Tempoh berjasa April 18-July 18

AUTUMNZ TRULEE HANDSFREE(RM150 - online)

Ok yang ni bukanlah pump tapi dia kit untuk memudahkan kerja mengepam. Boleh masuk dengan apa2 jenis pump rasanya cuma kena pandai adjust tube tu. SH beli on9 RM150 untuk dua hands free.

PROS

  • Memudahkan kerja(SH boleh pakai sambil masak, sambil kerja tak perlu pegang/tahan, SH travel dengan ni sambil makan, sambil lintas jalan pun orang tak perasan HIHI)

  • Antara handsfree yang termurah compare to Freemie and Cimilre Handsfree

  • Susu terus masuk botol

  • Tak banyak part nak cuci plus SH tak pakai cup tu so lagi kurang barang nak di cuci

CONS

  • Tube jadi berwap

*tips hilangkan wap-on pump tanpa pakai corong tu

Lain2 cons takde cuma SH dah stop pakai sampai ke harini lepas kena nipple crack, tak berani nak pakai semula walau nipple crack tu bukan berpunca dari handsfree ni(read my Nipple Crack story here)

Tempoh berjasa April 18-Nov19

Habis pantang SH masuk office n like I said pump My Kingdom tu bunyi dia kuat. Sampai ada staff laki pernah tanya, u punya phone ke tu yang vibrate. Arghhh koyak muka den. Tu pun dah sorok dalam drawer still ada bunyi. So SH survey2 n di kalangan EP mom ramai yang suggest pump ni. Lacte Duet SH beli on9 RM309 dapat full set and warranty 2years. Tak sangka masa pakai dapat lagi 5oz. Mula2 SH ingat susu SH dah makin sikit, rupanya suction dari pam lama yang perlahan.

LACTE DUET(RM309 - online)

PROS

  • Bunyi yang sangat perlahan

  • Suction tahan lama

  • Boleh pam serentak

CONS

  • Besar gedabak

  • Tak built in with battery

  • Powerbank cikai tak boleh support ye

Tempoh berjasa Aug18 until Nov19

Dah dekat setahun SH pakai pump ni, so far tak pernah mengecewakan. Cuma kalau SH keluar tak bawa baby susah sikit sebab dia besar. Tak boleh carry banyak sangat barang dalam beg sebab dia makan ruang yang besar. Pernah sekali tu SH tak bawa plug dia juz bawa power bank yang mini size tapi tak boleh on machine. Ingatkan power bank rosak so beli yang baru pun tak boleh on. Dekat 2jam tahan bengkak sebab tak boleh pam. Balik rumah try power bank pineng baru boleh on. Adeh la, mati2 ingat rosak.

MILK COLLECTOR(RM5.90 - online)

Ni SH beli sebab masa pilih baju2 baby seller tu ada jual. Ala harga tak sampai RM6 apa salah beli yedok? Reason beli sebab sah2 la pakai ni takde bunyi kan. SH just nak standby takut ada situation pam tak boleh on ke apa ke so at least ada back up. Bak kata orang MC ni bukan pump cuma milk collector untuk tadah susu je. Huahua but bagi SH dia boleh bekerja sama seperti pam. Masa SH kena nipple crack tu SH banyak bergantung pada MC sebab ni antara pam yang kurang bagi rekahan dekat nipple SH. SH pakai electric pam sebelah while sebelah pakai MC. Guess what SH boleh collect dalam 3-4oz dalam tempoh 30minit pakai MC ni.(3-4oz bagi SH dah banyak sebab masa tu SH tengah lalui fasa2 susu drop, keep reading BREASTFEEDING journey) and even 5-6oz pun pernah tapi MC boleh tadah dalam 4oz je so kena re-empty the cup. Cara nak cepat penuhkan susu makesure lekapan betul. Breast sebelah kena ada rangsangan baru susu tu terpancut keluar and just tunggu its full.

PROS

  • Takde bunyi langsung

  • Savior kepada orang2 yang mengalami nipple crack

  • Time menyusu baby boleh lekap dekat empty breast jadi takde lah rugi susu yang keluar

  • Easy to carry(small and lightweight)

  • Backup pump

CONS

  • Kena pasti melekap betul2 even dah melekap pun kadang susu tak keluar so kena adjust2 sampai susu keluar

  • Tangan kena sentiasa tahan ye walau dah melekap coz bila2 masa je dia boleh loose grip

CORONG LACTE

Corong ni SH pakai lepas nipple SH dah beransur pulih dari nipple crack. SH nak slow2 tukar pada pump electric balik tapi tak nak nipple tu terkejut so SH guna balik corong lacte sebab dia ada silicone jugak n sedutan dia a lil bit soft compare to handsfree. Start bertukar kawasan crack tu dah beransur pulih n now dah fully recovered.

PROS

  • Susu SH naik balik dari 4-6oz

  • 15minit dah boleh dapat dapat dalam 5oz

  • Tube takkan berwap sebab sikit sangat posibility susu akan masuk ke atas

  • Bagi SH takdela banyak sangat part yang nak kena basuh

CONS

  • Botol wide neck

  • Kena tahan dengan tangan

  • Kena pastikan corong dengan attachment dgn botol tu lekat elok kalau tak boleh terpisah

Tempoh berjasa Feb19 until Nov19

So far SH kekalkan dengan corong lacte je dulu sebab SH tak perlu pam lama2 walau ikut law EP mom kena pam dalam 30minit tapi SH taknak kawasan nipple SH lembap and banyak bekerja takut jadi lagi nipple crack.

COOLER BAG

Bagi korang yang travel jauh or office ke rumah tu ambil masa few hours korang kena ada beg ni. Bukan EP mom je. Sape2 pun boleh ada beg ni sebab senang nak carry makanan sejuk beku anak or kita.

Mula dulu SH ada V-Cool Bag yang ni. Beli on9 RM79 tapi space puas hati. Plus boleh seperatekan bahagian atas n bawah. In case rasa malas nak carry ice boleh pakai beg sahaja or rasa nak carry makanan taknak bawak beg bawak yang bawah je. Cuma lama2 pakai beg bawah dia tu terpenyek HAHA pastu koyak. Dengan bahagian aluminium dalamnya yang tertanggal2 jadi kelabu dalam beg tu. Beg ni kalau isi pump lacte still ade plenty space lagi. Bahagian bawah plak selalu SH letak ice brick n susu yang dah siap pam. Boleh isi 6-7 bottle. SH pernah isi baby’s food and bawak susu EBM untuk travel dalam 5-6hour tapi still sejuk lagi if letak 2 ice brick.

V-Cool Bag ni edition kedua selepas yang pertama tu lunyai RM48. Yang ni size dia comel2 la, takde la gedabak sangat. Cuma kalau dah size comel maka nak isi banyak barang tu tak boleh banyak complaint sangat la. Tapi tempat ice dia tu tinggi sikit dari yang first tadi tu. So mana tak muat letak atas boleh simpan kat bawah. Cuma inner layer tu dia macam span so kalau carry benda tajam macam SH selalu carry kepala charger jadi bahagian dalam tu berlubang. Manja sikit la senang cerita.

ICE BRICK

SH pakai yang office punya. Ada remaining ice brick yang company nak disposed maybe tak penuhi piawaian nak deliver ubat kot so SH ambil dua. So far pakai yang tu je sebab ice brick yang SH beli agak besar. Ice brick ni ok la. Macam SH cakap kalau travel 5-6 hours masih ada sejuknya(2 ice brick). Pernah jugak terlupa susu dalam bag tapi susu masih sejuk and takde bau tu pun juz pakai 1 ice brick je coz dari rumah ke office dalam 1hour je.

Ok so far ni je yang SH boleh share mengenai journey bergelar pumping mom coz dengan kerja SH sekarang. SH ada flexible time dengan family n boleh direct feed baby tak perlu bergantung pada gear ni lagi. Yeay! TQ for rading, doa-doakan semoga SH berjaya BF baby sampai dua tahun ye. Just another 1more month to complete 2 tahun. Amin.

Post Suggestion : JURNAL IBU

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page