top of page

Nak Bersalin tapi Risau Susu Badan Tak Cukup. Read my journey...


Hye readers, pada mak2 yang bakal melahirkan anak tu korang mesti risau kan especially first mom. Anak bakal lahir tapi aku ni ada ke susu badan? Perlu ke standby beli susu formula(FM)? Perlu ke beli pam susu? Macam2 persoalan kan? Same goes to me. Kalau korang baca blog UPT Negative tu awal2 pregnancy dulu memang breast SH ada keluarkan cecair kalau press. Masa tu SH ingat tu hormon prolaktin so in doubt ni susu ke SH pun calit la rasa sikit HAHA(i rasa hujung lidah je ok :p) Ok plain tak rasa macam susu HAHA.

Masa dah dekat2 nak deliver SH press lagi. This time sebab nak tahu ada susu badan tak, pun sama plain je so confused ni susu ke air apa ye, ye la kita ni badan macam papan kan kalau baby keluar susu nya tak mau keluar kesian anak gue HAHA tapi korang jangan kerap sangat press n jangan pam dulu tau sebab orang kata susu yang mula2 baby akan hisap tu bagus. Lepas SH dah selamat melahirkan, nurse terus letak baby kat dada suruh menyusu, baby pun elok je nyonyot tapi SH tak rasa ape pun. Apa yang dihisap ni? Ada ke susu? But no worries guys coz perut bayi newborn kecik sangat. Jadi kuantiti yang dia minum pun sikit plus mulut pun kecik tu yang kita tak terasa.

Susu ni plak makin kerap kita bagi menyusu makin banyak badan akan produce. Dia macam tiap kali bayi menyusu dia akan hantar maklumat ke otak untuk produce lebih lagi susu. Masa kat ward memang kerja SH bagi menyusu je, kadang nurse round katil n suruh kita bangun susukan anak. Baju ward pun dah macam peta HAHA(so first mom please standby bra pads)After discharge SH kena bengkak susu. Rasa berat n keras je dada sampai rasa panas2 kawasan breast so SH mintak husband belikan pam sebab dah cuba tuam tak hilang. Read more about BENGKAK SUSU to find out more.

Masa berpantang SH stress baby asyik muntah susu/muak. SH notice setiap kali Breast Feed(BF) baby akan muntah n kadang tersedak. Rupanya bila terlebih produce breast tegang dan bila bayi hisap susu tu memancut dalam mulut jadi baby tersedak so caranya SH pam dan bagi dia minum melalui botol tapi sangat leceh. Tiap 2-3 jam kena pam. Kalau lambat nanti bengkak pastu baby terjaga nak lagi susu. SH jadi kelam kabut nak Direct Feeding(DF) takut baby tersedak,kadang dah pam habis dua2 botol yang SH pam baby nangis lagi nak susu.

Ni waktu yang paling challenging masa SH bergelar mak coz zero knowledge plus berpantang sendiri, tanya kawan2 yang ada pengalaman baby muntah susu tapi bayi masing2 cuma setakat muak sikit, tepuk2 settle and then diorang cakap normal lah, bayi laki memang kuat menyusu so waktu tu SH sangka SH kurang susu badan sebab baby tak cukup susu. SH tahu SH bengkak susu tapi SH tetap rasa SH kurang susu badan. Bayangkan pam each side dapat 4-5 oz. Semua habis baby SH minum. Waktu tu SH rasa Ya Allah ape lagi nak bagi dekat anak aku ni takkan nak bagi FM or bagi makanan. Kecik sangat dia ni, 3 bulan pun belom. Susu dah habis, SH dah pam semua tapi anak still tak cukup susu. Kalau bagi susu boleh dikatakan hampir semua di muntahkan balik. Exclusive Pump(EP) mom faham kan perasaan bila kita penat2 pam nak penuhkan sebotol dengan niat nak bagi anak kenyang tapi bila masuk perut hampir semua di muntahkan. Memang down sangat masa tu. Berkecai hati lap muntah baby, kadang tak rupa muntah tapi masih dalam keadaan susu yang warm2 macam yang kita baru pam :’(

So masa check up SH bagitahu doctor yang baby asyik muntah susu tapi dia kata normal. Mostly semua bayi akan muntah tapi SH still risau sebab dia bukan dalam sehari ada muntah tapi setiap kali minum akan muntah. Google2 lagi risau, banyak kes bayi meninggal sebab tersedak susu. Since doktor tu kata makin besar bayi akan kurang muntah so we just wait. Until next check up pun baby SH still muntah so SH bagitau lagi benda yang sama. This time doctor tanya bagi berapa oz kitorang cakap 5oz means sebotol kecik tu and then she ask berapa jam baby minum untuk habiskan 5oz tu. Laki SH cakap taklah sekali minum 5oz and then 1-2jam bangun minum lagi sebotol 5oz. Terkejut doktor tu katanya baby 3month kebawah takde la minum sebanyak tu. SH cakap la habis nak buat macam mana, dia nangis. Nak kata perut masuk angin tak, pampers penuh pun tak. Bagi susu je diam so doktor cakap bayi ni kadang bukan lapar tapi terbiasa menghisap.

Hisap tu satu aktiviti yang menenangkan bagi bayi semenjak dari dalam perut lagi. So kami tanya boleh tak kami ganti dengan puting? And the doctor said yes. Lepas dari tu kitorang bagi dalam 2-3oz je. Lepas habis 3oz we stop n masukkan puting kat mulut. Guess what memang baby SH tak menangis plus dah takde muntah susu. Leganya masa tu, punya la selama ni SH ingat SH kurang susu badan. Dah gagal bagi yang terbaik untuk anak. Masa dalam frasa down tu SH boleh mengeluh kat Tuhan. Rasa lecehnya susu badan, baru lepas mandi. Bagi baby DF/pam. Tiba2 breast lagi sebelah pulak mengalir. Habis lencun baju, kalau tak tukar. Lama2 badan bau muntah. Baby asyik muntah, keliling SH berbau muntah. Dah la masa tu dalam pantang, rasa geram je. Tiap2 2-3jam pam dapat 10oz terasa aku yang susu sikit ni pun pam 2-3jam. Takkan nak aku pam tiap2 sejam or setengah jam. Mana life aku. Masa tu SH ingat pam dapat 10oz on each side baru kategori susu banyak. Ambil supplement untuk banyak susu pun tak naik2 oz.Faham ye, masa ni SH sangka SH dalam situation kurang susu badan sebab baby tak kenyang2.

Lepas dah tahu silap nya kat mana tu, memang rasa menyesal sebab mengeluh sedangkan Allah dah atur elok cuma SH yang lambat n malas gali ilmu. Mana2 korang yang takde/kurang susu badan tu jangan risau. SH pun pernah berada dalam situasi tu. Setelah sangka yang SH kurang susu badan akhirnya SH di uji betul2 n bagaimana sebenarnya keadaan kurang susu badan. Puncanya maybe stress n sebab SH rasa terbeban asyik kena pam. Macam dari pengalaman SH, masa pantang SH selalu pam susu setiap 4jam sedangkan waktu tu dalam pantang baby tak minum sebanyak tu tapi macam SH cakap. Zero knowledge, baby asyik menangis n SH ingat dia lapar. Stok pam pun banyak masa tu sampai penuh freezer so SH decide nak kurangkan mengepam. Dari 5jam ke 6jam. 6jam tu waktu yang acceptable sebab SH tak rasa terbeban sangat sekejap2 nak kena pam plus malam baby DF so dua kali je sehari SH kena pam. Rupanya sebelum baby 6m n boleh start makan dia minum lagi banyak susu sampai stock EBM SH pun dah makin sikit. Tak cukup dengan tu SH di uji pam keluar dalam 1.5-2oz je on each side yelah sebab SH dah jarakkan waktu mengepam. Tambah plak SH 7hari outstation tinggalkan baby. Waktu outstation SH cuma pam untuk elak bengkak, tak stop bila susu betul2 sikit atas faktor kekangan masa maka bertambah la kurang susu badan sebab badan kita dapat signal untuk kurangkan produce susu. Sebab tu bagi mak2 kat luar, bagus sangat kalau sebelum give birth korang dah start gali ilmu penyusuan ni.

PUNCA SUSU BADAN BERKURANGAN

  1. Stress

  2. Puasa(masa dalam pantang tu SH pun ikut puasa, rasa sayang nak tinggal banyak hari tapi SH skip sahur)

  3. Kurang menyusu/pam.

  4. Kita delay waktu pam dan biar breast bengkak. (Macam SH cakap bila baby hisap or kita pam susu umpama kita hantar signal ke otak yang kita perlukan susu, bila waktu pam dah sampai tapi kita tak pam. Kita hantar signal waktu sekarang dah tak perlu pam)

  5. Bayi dah start makan solid food dia akan kurang menyusu sebab kenyang dengan makanan

  6. Anak tak nak DF

  7. Kurang makan atau minum

Jadi macam mana nak banyakkan balik susu badan? Well SH lawan balik punca2 yang menyebabkan susu badan tu kurang.

  1. Kerap pam(bila susu dah kurang nak pam balik untuk tingkatkan oz tu memang susah so SH buat power pumping. Pam dalam 1/2jam lepas susu dah slow down SH stop and rest dalam 10minit lepastu sambung balik)

  2. Elektrik pam kan ada function stimulation so kadang bila time pam susu kurang SH stimulate lagi lepastu tukar pada pumping session balik(keep rotate2 macam tu)

  3. Makan dan minum dalam kuantiti yang banyak(SH ada cuba makan pil2 untuk tambah susu badan, makan benda2 untuk tambah susu tapi SH tengok macam takde perubahan pun tapi bila banyak makan or minum baru susu tu meriah)

  4. Setengah orang kalau nak keluarkan susu kena ada rangsangan macam tengok gambar/video anak ke tapi SH kalau kat office SH biar je ikut masa mesin pam tapi kat rumah masa DF SH cubit2 pipi, peha, tangan montel baby terasa susu macam laju mengalir.

  5. Sentiasa positifkan diri nak menyusukan anak. Selagi kita positif and cekal nak banyakkan susu demi anak. Insyallah susu tu akan ada.

Setelah SH lawan balik fasa2 down, buang negative thought, keep in mind yang nak susukan anak dengan susu badan jugak. Alhamdulillah susu badan makin bertambah. Now baby SH dah setahun. Dari 2-3oz dah naik balik jadi 5-6oz. EBM yang dulu harini pam esok pakai now dah slow2 boleh buat stok beku. And mommies please jangan rasa down tengok susu kita tak banyak macam orang lain. Selagi anak cukup menyusu takde yang perlu dirisaukan sebab jangan tak tahu ibu yang over supply susu pun ada kekurangannya jugak. Read Bahaya Bengkak Susu pada Ibu to know further. And jangan risau badan naik sebab BF/pam coz BF/pam lagi dapat burn calories. Lagi banyak susu lagi banyak burn. Kalau badan still naik walau dah menyusu cuba cek banyak ke tak susu tu?

Coz berat SH sebelum pregnant 46-47kg. Masa pregnant 56kg. Lepas bersalin 43kg. Balun banyak mana makanan susah betul berat nak naik. Dah lah berat SH sebelumni memang jenis susah nak naik. Tapi lepas SH dah tak produce susu banyak macam sebelumni berat SH start naik balik dalam 44kg macam tu. My colleague category oversupply. Kerap pam and tiap kali pam dapat dalam 16oz macam tu n anak dia taknak DF coz ade masalah nipple confused so hari2 dia kena jaga waktu pam dia. Imagine dulu badan dia plum now kurus gila tau. All thanks to pumping HAHA. Buat korang yang badan jenis cepat naik walau kurang makan. Gantikan dengan plain water. Minum banyak2 air masak. SH faham lapar n dahagakan bila lepas pam/menyusu :)

Harap perkongsian SH membantu, kalau korang nak dig banyak lagi ilmu2 penyusuan boleh join Group Happy Breastfeeding Malaysia di facebook. Group terbaik so far, post2 yang berkaitan sahaja takde yang merapu merepek. Silap SH kenal group ni waktu baby dah dekat 1y. Kalau dari pantang kenal takde la hidup ni dibelenggu misteri HAHA.

Lastly SH nasihatkan korang jangan la rasa terbeban kena menyusukan anak. SH dah alami. Sebenarnya fasa nak kena selalu pam tu tak lama pun. Plus banyak kelebihan pada ibu dan anak kalau kita bagi susu badan. Sebagus mana iklan susu yang kat pasaran tu takkan ada yang dapat tandingi khasiat susu ibu. Selain anak dapat khasiat dan kuatkan sistem imun anak, sebenarnya susu badan kita ni ada macam2 flavour setiap hari. Untungnya anak tak perlu minum air itu air ini tapi dengan susu ibu je dapat rasa berbagai perisa, ada hari terasa manis buah, ada hari terasa lemak santan. Subahanallah. Ni pun SH discover after join group HBM tu. Tak caya korang try la rasa HAHAHA.

Post Suggestion : JURNAL IBU

Kommentare


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page