UPT Negative tapi Hamil
Salam. Ok so ni lah dia new topic dalam blog SH. Pasni ada topik mak2 pulak HAHAHA. Saje nak publish cerita lepas putera yang sorang ni keluar dulu. Alkisahnya kalau ada orang perasan balik dari Tioman SH dah jarang update blog. Ni la reason nye kenapa.
From d tittle macam mana UPT negative, scan takde boleh pregnant? Citer dia macam ni last year 2017 kita celebrate raya bulan 6 kan. Tu last SH nye PMS cycle. Bulan 7 tu SH perasan dah delay 1bulan tapi sebab awal tahun ni period asyik main2 je. Before this maintain 28 hari tapi masuk tahun ni die jadi makin lambat. 28 ke 29 pastu ke 30 even sampai 35 hari pun pernah. Maybe sebab this year SH expect for a kid jadi jiwa kacau ke apa so ganggu cycle ni. Pernah bulan 2 macam tu delay sebab bulan Feb kan 28hari je so SH ingat pregnant la kan. Awal march tu elok rasa nak beli UPT eh2 dan2 dia keluar tanpa rasa bersalah.
So every month sampai June tu asal lambat je SH bermonolog sensorang ugut sang PMS ni “aku beli UPT kan” selalu macam tu. Cakap nak beli UPT confirm keluar peot nye. Benci nyah. Sebab tu masuk bulan Aug ni SH macam nak tak nak je cek tapi sebab nak honeymoon kan, mana la tau kot sungguh lekat boleh bagi romantic surprise gitu kat laki den. So few days sebelum berangkat kat Tioman SH cakap kalau tak peot jugak nak beli UPT(konon ugut la ni). Tapi tak keluar jugak so nak tak nak SH beli jugak tapi beli yang paling murah sebab sebelum ni SH pernah mengandung tapi gugur masa tu test pakai yang biasa je dapat detect. So yang ni SH macam berkira2 la nak beli yang mahal, ye la dah dekat 6 bulan peot tak menentu kan kalau result negatif tak ke frust menonggeng HAHA. So lepas beli sampai office terus cek tapi takut2 nak tengok, tarik nafas dulu biar 10saat macam tu baru tengok. Hasilnya jeng...jeng...jeng...
Argh negative. Kalau yang 1st pregnancy dulu tak sempat kelip mata laju je naik 2 line terang bederang plak tu. Nak keluar toilet tu saje tengok lagi sekali kot magic jadi 2 3 4 line kan HAHA tapi still 1 line. Hemm so balik dari Tioman tu peot still takde. SH tunggu kalau sampai 45 hari takde ingat nak cek klinik tapi sebelum cek SH google dulu punca2 lewat peot ni. Terbaca artikel pasal masalah hormon prolaktin. Bawah ni SH list kan petanda yang SH suspect SH ada masalah hormon prolaktin.
PETANDA2 KITA MENGALAMI MASALAH PROLAKTIN
Sakit kepala
Keluar cecair putih pada breast
Period tak teratur
Ok ni 3 petanda yang ada kat diri SH. Masuk hari ke 45 memang tak period so SH pergi Klinik Keluarga Gombak. Bagitahu apa masalah so Dr terus scan sebab takut fibroid ke cyst ke kan. Tapi takde tanda2 cyst ke apa. Dr juz cakap rahim SH tebal so dia tanya nak pil hormon ke nak bagi period tu keluar? Since SH da buat research earlier, kalau confirm ada hormon prolaktin SH kena dapatkan rawatan susulan dengan pakar. Lagipun kalau nak depend dekat ubat hormon je sampai bila? SH nak rawat akar So SH tanya Dr ade kemungkinan tak SH hidap masalah hormon prolaktin. Dr tu cakap u nak tau u boleh cek sendiri, try press breast kalau ade cecair putih kemungkinan ada. Fuh gelap rasa dunia masa tu lepastu SH cakap, macam mana kalau tanda tu ada, apa rawatan yang sesuai. Dr tu suggest pergi hosp bahagian O&G buat blood test n MRI. As i predict d answer sebab hormon prolaktin ni ada kaitan dengan kelenjar pituitari kat otak which is kena diagnose untuk tengok ada pertumbuhan tak normal ke apa.
Waduh, gue ada masalah otak ke? Patut biol semacam WAKAKAKAK. So balik dari klinik tu SH slow talk dengan husband. SH bagitau yang SH kemungkinan ada masalah ni n possibility untuk hamil tu kurang or maybe tak ada. Saja la bagitau sebab dia lelaki, mana tau dia expect zuriat ke apa. If he is, SH tak sanggup bermadu so kalau dia nakkan zuriat maybe im not the one. Acewah gitew syahdu tapi mood sedih tu tak sampai plak kat laki SH maybe punchline kurang kot terus kena panah petir telinga SH sebab cakap bukan2 HAHAHA n then dia suruh cepat2 pergi hosp tapi SH ingat biar la dulu kan maybe ni petanda supaya masing2 belajar hidup berdua dulu. Kalau waktu tu dia pun betul2 nak anak baru SH ajak usaha sama2 n SH akan pergi hosp untuk rawat. Kalau ikut perancangan kitorang memang tahun ni la nak anak tapi tak sangka complicated jugak perjalanannya HIHI.(read my blog Ikhtiar Hamil)
So SH pun teruskan je hidup tanpa peot, semangat, jiwa dan raga sampai la balik raya haji bulan Sept tu. SH perasan yang SH hilang selera makan. Imagine guys, lama tak balik kampung. Dah buat wish list makanan yang kita nak bedal tapi bila dah beli, telan tak sampai suku dah tak boleh nak habiskan. Korang yang follow blog ni tau kan, SH ni hantu makan. Imagine SH tak boleh habiskan, biar benaran??? Waktu tu tengok husband, family gelak2 sambil makan. Makan sampai habis SH rasa nak nangis(ni betul2 tau). Terasa Ya Allah sakit apa la yang aku kena ni, pening kepala, tak period2, selera makan sikit2 di tarik. Rasa macam tinggal berapa kali Jumaat je aku ni.(HUHU overnye Kiah).
So esoknya tanpa membuang masa SH ajak husband pergi Hosp Dungun regarding problem prolaktin tu.(ha terus berdesup nak pergi kau, sebelumni kemain liat) tapi sampai2 je Dr tu cakap kena pergi hosp besar which is Terengganu sebab sini kurang medical equipment, frust woi datang takde hasil, Dr ni tak tau ke keadaan SH ni dah kritikal?? I lost my appetite Dr, I might have few more days je lagi tinggal(ok over lagi HAHA.) Mungkin dia tengok muka SH dah macam selipar jepun so dia offer la buat urine test. Lepas puas menunggu Dr panggil, guess what dia cakap UPT awak positif ni, biar bonar kan. SH pun bagitau lagi sekali yang dah cek, scan pun takde. Malas berharap sangat ye la kot2 Dr tertukar air kencing dengan orang lain ke mana tahu, den dah tak larat nak kecewa ni HAHAHA. Pastu Dr nak scan coz nak double confirm, scan2 Dr cakap haa confirm siap tunjuk heartbeat. Berkellip2 mata SH tengok siap tanya soalan mintak penampor HAHA. SH tanya confirm ke tu bukan fibroid ke cyst ke, WAKAKAK kejadahnyer cyst nak ade heartbeat. Nasib Dr sabor je layan patient laguni, kalau SH dapat patient laguni memang SH inject bius kat kepala dia HAHAHA.
Masa scan tu dah 8weeks dah almost 2months. Ya Allah tak boleh imagine SH kat Tioman dengan naik speed boat, bedegung2 macam nak roboh bot. Pastu nasib tak take offer dari klinik nak makan ubat bagi lancar darah tapi lepas pergi klinik tu SH ada minum air petua2 nak bagi lawas period. Selalu time period SH minum air kunyit asam jawa. Haritu buat air halba, nasib 2nd time tambah halba SH lupa nak minum. Pastu dengan perut nye buncit lama tak period siap buat sit up lagi. Aduhaiii sian anak mommy, bersauna dalam perut nasib tak jadi apa2. Alhamdulillah.
Pada pembaca2 SHB, jangan cepat putus harapan macam SH UPT negative, scan tak ada. By the time SH give up sebab ingat ada penyakit kronik(acewah macam nak lempang beribu kali je bila ingat balik HAHA)rupanya sakit buatan orang HAHA. My planning, SH nak surprise kan husband kat Tioman tapi Allah tangguhkan sebab Dia pun nak bagi surprise in His way :') In case kalau situasi ni jadi kat korang, dari korang berteka teki macam SH dah 2 bulan baru tau better korang pergi je hospital. Kita sebagai perempuan selagi ada rahim, selagi tu ade peluang bergelar ibu. Even masalah hormon yang SH mention pon ada rawatan dia. Juz make it hurry, don’t wait sebab makin meningkat usia makin kurang potensi dan yang paling2 penting don’t stress urself.
For those who asked macam mana boleh pregnant, ada makan apa2 tak? Can go to JURNAL IBU. Find useful article for yourself. Thanks for reading :)
Comentarios