top of page

Sakit Ketika Hamil dan Risiko Jika Di Biarkan

Dah habis part supplement SH nak cerita part sakit2 yang orang anggap normal semasa mengandung tapi boleh merisikokan nyawa ibu dan bayi. Part ni banyak betul nak hurai. SH kan ada join group mengandung dekat FB. Niat join sebab SH takde ilmu. Ilmu takkan datang sendiri so kita la kena mencari tapi yang buat SH terkejut banyak sungguh komen2 dari mak2 yang boleh di katakan otai sebab anak dah berderet kan tapi komen dia sungguh bahaya untuk mereka yang baru nak pegang title mak ni.

SH apa2 suka tanya Dr or nurse je masa check up tapi kadang benda2 tak jangka 2-3 hari lepas check up baru muncul tanda takkan nak tunggu next check up kan? Google plak tak semua jawapan ada. Since dah join dalam group mereka yang berpengalaman so rasa baik dengar jawapan dari diorang tapi yang mengejutkan majority semua tak bagi solution, common answer is “biarkan”. Since sakit2 SH sakit2 yang biasa so tak pe la kan tapi ni bila scroll2 soalan2 orang lain. Dari sakit biasa2 sampai yang agak kronik. Semua bagi jawapan yang sama. Tahu jawapan apa? “Oh sakit tu normal sy dulu biar je, nanti lepas baby dah keluar, hilanglah sakit tu” “Sabar sis, itulah NIKMAT ibu yg mengandung, bertahan je dgn sakit tu”.

Macam nilah kalau semua sakit2 ibu mengandung biarkan je atas alasan hamil/nikmat kalau apa2 terjadi dekat ibu/bayi agak2 orang yang beri komen tu nak bertanggungjawab tak? Rata2 yang ajukan soalan SH yakin sebab khuatirkan keselamatan bayi bukan atas faktor mengeluh dengan sakit dan tak bersyukur. Hamil tu memang nikmat tapi jangan concludekan semua benda sebgai nikmat sampai takde usaha pun nak rawat. Macam previous post SH dah cakap badan masing2 tak sama. Sakit pun tak sama la. Ada orang dah dapat 10 anak dengan bertahan tapi ade orang mungkin tak sampai 9bulan Allah tarik dulu nyawa bayi atau nyawa ibu jadi tolong jangan ambil remeh.

Kat sini SH sertakan simptom2 yang ramai anggap normal tapi boleh merisikokan nyawa kita dan bayi kalau tak cegah. Langkah untuk kurangkan tu sebab berkesan dekat SH kalau korang cuba tapi tak berkesan boleh cuba alternatif lain sebab macam yang SH cakap badan masing2 berbeza.

MUNTAH/PENING

  • 1st trimester biasanya ada ibu yg akan alami muntah2/pening2 sebab masa ni bayi baru bercambah dalam rahim ibu. Bayi akan serap segala nutrisi ibu sampai ibu tu sendiri kekurangan/hilang nutrisi. Bila kurang nutrisi tu yang pening, lemah.

CARA ATASI

  1. Makan la benda2 yang bernutrisi.

  2. Minum air masak secukupnya lagi2 kalau korang muntah badan kurang air tapi kalau jenis tak boleh minum air masak. Gantikan dengan apa2 jenis air or jus buah or buah2 yang berjus untuk ganti balik air yang hilang.

  3. Jangan skip supplement walaupun tekak tak boleh telan(baca post pasal supplement untuk lebih detail kenapa penting)

Normally badan kita akan kurangkan simptom alahan tadi bila bayi dapat nutrisi yang lengkap dari ibu dan ibu pon cukup tenaga.

KESAN KALAU DI BIARKAN

  1. HB rendah : menyebabkan bayi lahir pramatang, risiko keguguran.

  2. Dehidrasi : badan kurang air

  3. Tekanan darah menurun/menaik : dua2 risiko

SAKIT BELAKANG/KEBAS2/SAKIT GIGI

  • kalau korang alami 1 dri simptom kat atas normally sebab bayi serap more calcium dari ibu atau ibu yang kurang ambil calcium

CARA ATASI

  1. Minum susu

  2. Ibu yang ade masalah lactose intolerant means tak boleh minum susu boleh ambil pil calcium. Minta d KK or cri di farmasi luar.

  3. Posisi duduk yang salah, jgn kerap menyandar. Jangan baring atas benda2 yang nipis

  4. Boleh sapu minyak angin untuk kurangkan sebab kandungan menthol dalam minyak angin sikit tak diserap di serap dalam darah pon macam mitos yang kita baca tapi jangan la minyak yang terlalu panas just precaution.

KESAN KALAU DI BIARKAN

  1. Yang ni tak sure apa kesan pada bayi cuma pada ibu dia akan effect waktu tidur. Imagine sakit dari siang kita bawak sampai nak tidur, rasa2 boleh tidur ke? Waktu tidur kita tak boleh disiplinkan diri untuk tidur dalam posture yang betul so kurangkan sakit tu dari belah siang.

  2. Susah tidur sebab sakit berlanjutan dan tak berkurang pon.

SUSAH TIDUR//TAK CUKUP TIDUR/KERAP TERJAGA

  • certain orang SH tak tau la apa punca korang susah tidur macam SH sebab sakit belakang, automatik terjaga dan rasa tak selesa pada perut.

  • Kerap bermimpi aneh : SH sepanjang sakit masa tak serasi dengan supplement, masa sakit2 badan. Sepanjang tu lah asyik kerap terjaga n mimpi bukan2 lepas dah kurang sakit mimpi pelik pun hilang

  • Pundi kencing penuh

CARA ATASI

  1. Cari posture tidur yg kita selesa pd perut. Setengah orang tidur mengiring, setengah terlentang. Depend pada diri sndiri. Kalau selesa berbantal banyak, susun je bantal keliling perut or beli maternity pillow.

  2. Kalau ada sakit2 yang lain(kebas2, sakit belakang, sakit gigi) sila atasi sakit tersebut untuk tidur yang lena

  3. Kurangkan minum sebelah malam n pergi ke tandas dulu sebelum tidur

KESAN KALAU DI BIARKAN

  1. Hb jadi low

  2. Tekanan darah boleh menurun/meningkat

  3. Kurang oxygen : badan letih, kemurungan

  4. Nadi laju

GDM(kencing manis ketika mengandung)

  • ni SH tak mengalami tapi majority yang ade family history kencing manis selalunya kena GDM. Lepas hamil bacaan gula ok balik. Yang ni pun SH tak faham kenapa orang ambik remeh terutama mak2 otai ni. Di suruhnya mak2 muda ni biar je sampai baby keluar. Sepatutnya bila berpengalaman kita bagi nasihat, ni kita ajak orang join jadi malas. Sebab korang rasa time pregnant je ade kencing manis sanggup korang tunggu sampai 9bln ye.

CARA ATASI

1. Cuba kawal gula n pemakanan la ibu2 ooi. Ini pun nak kena tunggu bayi keluar dah kenape?

2. Kawal berat badan

RISIKO KALAU DI BIARKAN

  1. GDM ni boleh effect air ketuban ibu. Kurang atau terlebih dua2 bagi kesan yang sama. Boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan sebab bayi akan minum air ketuban jadi kalau kurang bayi minum ape?. Kalau air ketuban terlebih bayi boleh terlilit tali pusat, bayi boleh lemas.

  2. Bayi bersaiz besar : kita yang obes ni atas faktor makan benda yang manis, berlemak, cholestrol samalah macam bayi(bayi besar bukan faktor pengambilan supplement/susu)

  3. Ibu kena lahirkan anak melalui kaedah czer(tingkap korang besar mana je, bayi tak lepas lalu ikut tingkap so kena buat pintu, nak?)

Dr suruh minum air gula, minum je sebabnya nak detect korang ade gdm or x jangan bangga post tak kantoi anda buang air gula. Kalau keguguran Dr tak rugi pun tapi korang sendiri yang rugi. Kalau korang taknak minum air gula kawal pemakanan, biasa kalau berat naik mendadak memang kena minum air gula.

BP TINGGI/RENDAH/LOW HB/NADI LAJU

  • Bacaan BP selalunya di sebabkan tekanan/family history/pemakanan

  • HB rendah biasanya kerana ibu kekurangan ion

CARA ATASI

  1. Elakkan tekanan : kurang tidur, segala jenis sakit itu ini yang orang cakap NIKMAT tu boleh bagi effect pada bacaan BP anda jadi rawat/cegah.

  2. Jaga pemakanan : tambah yang mana kurang/tolak yang mana terlebih

  3. Makan benda yang bernutrisi

RISIKO KALAU DI BIARKAN

  1. Risiko pitam semasa hamil, sawan dan menyebabkan kematian pada ibu.

  2. Bayi lahir pramatang

  3. Keguguran

BRAXTON HICKS/FALSE CONTRACTION

  • Ok pada korang yang tak tahu ape mende braxton hick ni SH nak cerita sikit. Dia macam sakit contraction, perut cramp n sakit dia tu di kiri n kanan belakang badan mencucuk2. Biasa masuk 3rd trimester baru akan jadi. 1st SH kena masa tu dalam 8 bulan SH ingat dah nak bersalin. Kiri kanan tukar posture tidur tak hilang rasa cramp perut. Baby gerak2 n aktif sangat esok tu hasil bertanya n google tahu la jawapan “Braxton Hicks”

CARA ATASI

  1. Sila ke tandas, yang ni walau kurang minum air pon tetap kena ke tandas maybe baby makin besar makin menekan pundi kencing. Urine sikit pon boleh kena braxton hicks ni tak kira siang or malam.

RISIKO KALAU DI BIARKAN

  1. Takda la risiko yang merbahaya cuma takut ibu2 cofused antara contraction sebenar dengan false contraction ni

SEMBELIT/BUASIR

  • Sembelit ni normal sebab kita ambil pil ion. Dia keraskan najis. Macam SH kawal pemakanan dan ambil benda yg boleh naikkan HGB jadi bila HGB cantik doktor akan kurangkan dos ion tp bila masuk 3rd trimester kena lagi sebab baby bukan menekan usus kecik je, usus besar pun tak terkecuali

CARA ATASI

  1. Banyakkan minum air masak

  2. Makan makanan seperti oat, biskut high fiber, kekacang

  3. Elakkan duduk dalam keadaan mencangkung

RISIKO KALAU DI BIARKAN

  1. Membawa kepada buasir

  2. Untuk kes buasir kena c-sect sebab Dr tak galakkan bersalin normal

  3. Bagi ibu hamil yang kena buasir means dah terkeluar memang susah nak masuk balik kena tunggu after bersalin

Jadi mcm mana? Nak cegah ke biar? Memang la kite tengok orang takde ape2 kite pun rasa takde ape2 tapi badan kita tak sama. Lagi 1 kalau tengok sakit2 kat atas ni sebenarnya boleh di kurangkan or di rawat, habis kenapa la lurus sangat nak jugak tunggu sampai 9 bulan. Korang ingat lepas beranak dah takde sakit ke? Nanti buku baru plak, sakit lepas bersalin/berpantang.

Jadi jangan la dera badan sendiri ibu2 ooi. Badan nak pakai lame, tak fikir ke kalau sakit sape nak tengokkan zuriat kita. Anda bertuah sebab Allah pilih anda di antara mereka2 yang lain yang masih menantikan zuriat jadi bertanggungjawab lah pada kesihatan diri sendiri dan kandungan. Yang komen SH faham kadang kita nak sampaikan pada ibu kat luar, sakit die tu tak bahaya jangan fikir bukan2. Normal sebab anda mengalami dan selamat deliver dah pun tapi badan korang tak sama. Pendidikan kita pun berbeza, kalau ibu2 yang latar pendidikan rendah terima bulat2 je dan bg risiko pada dia dan bayi sempat ke korang mnta maaf? So jln yang terbaik, kita ikhtiar, kita doa, baru kita berserah. Fikir dan doa je yang baik2 untuk kesihatan kita dan bayi.

Btw dalam buku pink pun ada di listkan sakit2 yang dihidap ketika hamil dan few option untuk kurangkan sakit tersebut. Happy reading bubye :)

POST SUGGESTION : JURNAL IBU

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page