top of page

Pentingnya Buku Pink, Supplement dan Makanan Berkhasiat Semasa Hamil

Hye mommies. Have u read my previous post? Ok kalini SH nak share supplement SH ambik during pregnancy. For supplement sebelum korang main terjah je supplement apa nak ambik better korang reffer Dr or buku pink korang dulu. Belum buat lagi buku? Sila buat sekarangggggggg. Dah buat baru continue reading.

Ok dah buat? Kenapa pentingnya buku pink ni sebab dalam buku ni ada rekod kesihatan ibu semasa mengandung. Kesihatan kita sebelum dan sedang mengandung ni tak sama. Darah kotor dah tak keluar every month so u guys will notice ada beberapa sakit yang akan muncul during pregnancy je. Manfaat dah buat buku ni korang boleh kurangkan risiko keguguran sebab dah buat buku kita akan tau apa yang badan kita kurang, apa masalah kesihatan kita dan apa risiko yang possibility akan jadi kat baby. Let say tak buat buku tiba2 gugur, kita sendiri tak tau sebab lepastu main teka2 “jangan makan tu boleh gugur” ” jangan minum ni boleh gugur” “jangan buat macam tu boleh gugur”. Sekarang kuasa viral, orang pulak malas mengkaji. Sorang cakap tak boleh habis semua percaya. Sedangkan kita tak tau maybe masa orang tu keguguran dia punya hb rendah, bp tinggi, ada masalah kesihatan yang lain n so on.

Dah buat buku confirm Dr akan bagi ubat sebab dari check up Dr akan tengok badan kita kekurangan apa dan please apa Dr bagi tolonglah makan. Takda isu makan baby terlebih besar ke apa. Saiz baby bergantung pada kesihatan ibu. Read futher kalau nak tau dan buang mind set ubat goverment tak bagus macam swasta. SH kerja dekat company yang supply ubat dekat hospital gov n private. Ubat sama je, kami kat sini takde simpan ubat based on grade. Ubat nak hantar dekat gov kena bagi yang low grade, private hosp bagi yang high grade. No such a thing. Korang bayar mahal dekat private because of service bukan sebab ubat high grade.

N a lil bit explanation, Dr bagi supplement ye bukan ubat. Pregnant tak boleh makan sebarangan ubat. Apa yang kita makan tu supplement, sila baca description. Calcium, ion, vitamin tu semua nutrient tambahan. Kenapa perlu? Sebab 1 badan kita carry dua nyawa. Dulu makan apa2 cukup je tenaga, lepas ada baby menumpang dalam rahim ofkoz tak cukup. Baby akan serap nutrient2 dari pemakanan ibu. Baik pemakanan baiklah kondisi baby sebab tu makanlah benda yang berkhasiat sikit masa mengandung ni. Macam SH 1st trimester bacaan darah, gula semua ok cuma SH ada pening n denyut nadi quite fast so Dr bagi maltofer. Kalau korang tak dapat ni jangan risau macam SH cakap rekod kesihatan kita tak sama so jangan suka hati ambik benda yang badan kita tak perlukan.

Ni rupa Maltofer, cara makan juz kemam/kunyah je setiap pagi sebelum sarapan. Rasa ala2 coklat gitu. Satu tablet dah ada folic acid, ion, hydroxide polymaltose so kalau dapat ni jangan terkejut kenapa Dr tak bagi 2 3 pil macam orang lain. Effect makan ni buat najis hitam n keras sebab dia lebih ion so untuk orang yang kurang ion je. 1st trimester SH takda selera makan, air mineral pun tak boleh minum sebab tekak pahit. Maka berperang la setiap kali nak membuang pernah sampai tahap keluar darah masa buang air besar.

Next check up Dr bagi Zincofer. Yang ni pon dose ion dia lebih sikit dari supplement pregnancy yang lain n ada tambahan2 nutrient yang lain macam vit, calcium, folic acid n so on. Sebab apa ada tambahan yang lain sebab baby makin membesar means serap lebih nutrisi dari ibu. Yang ni pun makan waktu pagi tapi SH ada gastrik. Normal orang yang ada gastrik ni bila makan apa2 ubat yang high dosage sebelum alas perut dia akan jadi pening namatey. Effect SH makan zincofer ni buat SH rasa nak pitam, perut memulas n nak muntah. Imagine SH pergi office even motor husband yang drive tapi atas motor tu kepala rasa nak tersembam kebelakang, kedepan, kekiri, kanan. Azab weh, sampai office perut tak bagi hint apa2 terus memulas. Lambat cari toilet memang berkacang la seluar. Nak buat kerja pun tak senang terketar2 tahan pening n muntah. SH cuba skip telan pil sebab nak reconfirm simptom ni di sebabkan pil or alahan mengandung. Definitely sebab pil so google2 ok bukan SH sorang, few people kena macam SH. Cara atasi alas perut dulu n makan waktu malam. Ok la SH tak rasa pening nak pitam n nak muntah sangat maybe sebab terus tidur or berkesan kot. Tapi……… bangun pagi terus ke toilet. Imagine tengah tidur dia datang sakit perut mulas2 terus berlari ke toilet. Yang ni bila makan najis jadi cair.

Kebetulan masa tu ada monthly check up so SH mintak Dr tukar pil ingat dapat pil sebijik macam Zincofer tapi sini diorang tak supply ubat lain dah so dapatlah pil yang sebijik2 tu. Total dekat 3-4 pil(acid folic, ion, vitamin C, satu lg lupe). HIHI tapi pil yang sebijik pon SH liat nak telan tambah plak 3-4biji so SH cari alternatif lain.

SH cari similar pil yang kandungan lebih kurang Zincofer. Jumpa Iberet, beli dekat pharmacy(certain KK ada supply). Yang ni ok sebab perut tak memulas cuma SH tak suka bau pil n rasa masa kita letak dalam mulut tu. Waktu makan SH makan belah malam lepas makan. Pening pun berkurang maybe sebab baby dapat nutrient yang cukup so tak protes HAHA. SH makan tak sampai sebulan sebab bila makan belah malam asyik nak terkencing je even dah kencing sebelum tidur so saje la nak tukar makan belah siang. Uihh tak tahu silap dari waktu makan ke or SH ada tersalah makan ke tapi haritu datang angin, senak dada. Nak bernafas pun tak boleh. Belakang badan rasa macam orang cucuk dengan jarum. Memang sakit so SH stop dulu makan tu pun dekat 3-4hari sakit tu tak hilang.

Kebetulan tarikh check up dekat so masa check up nurse tu review rekod SH. Dia kata hb SH tak low so tak perlu makan pil yang tinggi ion macam Iberet/Zincofer. In case SH makan pil yang high dose terlalu awal takut nanti bila hb low pil tu dah tak membantu naikkan hb. I agree tapi nak buat macam mana dah Dr advice haritu takkan kita nak bantah so nurse ni cakap boleh makan normal pil macam Obimin tu. Now KK dah tak supply Obimin so SH kena beli kat luar la. Melainkan SH sanggup makan pil KK yang sebiji2 tu HIHI. Sebelum beli Obimin tu SH banyak buat research pasal Obimin ni, bukan apa SH jenis susah nak telan pil plus Obimin pun warna macam Iberet. Takut dia bagi same effect, taste so dalam proses pencarian tu terjumpa lah pil ni.

(kandungan dalam Vita-Lea)

Shaklee. Memang dah tau lama kewujudan Shaklee tapi sebab sebelum ni takde kepentingan kan HAHAHA. SH beli Shaklee Vitalea tu pun takde advice dari health consultant dia. Kalau ikut dia punya consult kering la poket den. Kena ambik B complex la, C complex la. Ringkasannya memang complex n complicated la HAHA. Ni kandungan untuk sebiji pil. SH tengok kandungan sama je macam Obimin cuma Vitalea ade lebihan2 nutrisi yang lain. Ok la kan, bagi bonus sikit kat baby.

Pastu SH beli Shaklee Ostematrix yang ni sebab SH ada sakit belakang. Due to d research sebab baby serap calcium from mommy tu yang certain mak2 ada masalah gusi berdarah la ape la. Btw Ostematrix pun sesuai makan kalau ada masalah sembelit. Pil calcium ni tak perlu sebenarnya kalau kita hari2 minum susu tapi sebab SH malas nak bancuh sebab mulut ni la. Bila la nak ok, salah minum or makan tak kena ngan tekak terus kemurungan sebab seharian terasa pahit. Sebab not necessary so kadang SH skip2 makan. Kena makan 4 biji tapi kalau mood malas SH telan 2 biji je. Vitalea je SH tak skip makan. Sebab penghasilan dan pembuatan dia guna bahan2 semulajadi je makan dia takde rasa ubat or rasa semacam macam supplement2 lain(p/s : SH tak jual ye, kalau nak korang order je kat mana agent terdekat shaklee)

(for those yang tanya mana boleh stok berbagai jenis kacang, aprikot kering, buah tin, kismis dan kurma macam SH area Selangor senang dapatkan di Aeon Mall)

Lain2 tu SH amalkan pemakanan sunah, amalkan pemakanan yang sihat, sayur2 dan banyak amalkan makan buah buahan n kurangkan junk food. Sebenarnya nutrient dari raw food ni lagi bagus dari nutrient yang di tukar dalam bentuk kapsul. Kalau korang boleh jadualkan pemakanan korang cukup gizi dan nutrient korang tak nak ambik supplement pun takpe. Perubahan kalau sebelum ni SH jenis bedal je makan sekarang banyak lebih2 kan benda berkhasiat ni badan bertenaga lepastu parut lama kat muka senang hilang, muka takda naik jerawat n kulit tak mudah oily macam dulu. Rasa lembap je sampai nak berhias p office pon malas yakin dengan natural look HAHA ke faktor mengandung anak lelaki ni? Ye2 ow je SH fefeeling muka glow kan padahal orang tengok macam rumah tak siap HAHAHA.

BTW korang kalau boleh telan apa supplement yang korang ambil tak perlu lah tukar. Macam SH nasihat, jangan follow orang sebab kesihatan kita tak sama. Apa yang SH ambil ni as a guideline je in case korang pon experienced benda yang sama dengan SH during pregnancy ni. Additional supplement tu korang boleh ambil kalau korang rasa perlu macam badan korang kurang calcium ke, ion ke, vitamin ke. Some of it bantu kurangkan sakit2 semasa mengandung tapi supplement asas tu wajib terutama masa 1st trimester sebab yang tu memang nutrient yang baby perlukan n untuk elak kecacatan. SH ada join group hamil kat FB so ade la terbaca mak2 yang share kesan dia skip supplement asas tu masa awal2 pregnancy sedangkan masa awal2 tahu pregnant tu la bagus terus makan especially acid folic untuk elak anak lahir takde tempurung kepala, spina bifida. Lepas 2nd trimester kalau dah buat detail scan baby complete itu ini kalau da malas sangat terpulang la kat korang nak continue makan or tak, anak korang kan so kalau berani ambiklah risiko tapi jangan menyesal di kemudian hari. Korang yang liat makan ubat, korang yang skip tiba2 anak yang dapat effect? Tak rasa bersalah ke?

Nak tahu sakit2 semasa mengandung n cara atasi tak? Boleh klik link ni.

POST SUGGESTION : JURNAL IBU

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page