top of page

Resepi Ayam Masak Merah versi Pedas

Hai so sape2 yang follow previous post Nasi Tomato ni entry Ayam Masak Merah versi Pedas yang sesuai di hidangkan bersama nasi tomato. Bukan tu sahaja, ayam masak merah ni jugak sesuai di makan bersama hidangan nasi putih. Cuma untuk nasi tomato, ayam masak merah ni SH kurangkan sambal sebab nasi tu dah sedia ada rasa yang tersendiri. Kalau korang nak makan bersama nasi putih, korang boleh bagi resepi ni sedikit bersambal. Caranya tambah bawang merah dan sedikit air n kalau korang nak kurang pedas memadai la pakai segenggam cili kering sahaja. Kes SH sebab baki cili kering tinggal lagi sikit so SH pakai je la semua HAHA maka terhasil lah ayam masak merah versi pedas ahaks. Nasib in law orang nogori maka diorang puji kepodasan yang tak tersengaja ni WAKAKAK.

RESEPI AYAM MASAK MERAH versi PEDAS

Hidangan : 5-7 orang makan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam(gaul bersama garam dan serbuk kunyit)

  • 4 ulas bawang putih(di blend)

  • 4 biji bawang merah(di blend)

  • ½ inci halia(di blend)

  • Rempah menumis(kayu manis dan bunga lawang)

  • Segenggam cili kering(direbus dan di blend)

  • 2-3 sudu besar sos cili

  • 1-2 biji tomato(dipotong)

  • 1 biji bawang Holland(di hiris)

  • ¼ santan

  • garam

Cara Penyediaan

1. Goreng ayam hingga separuh masak atau garing(terpulang). Angkat, ketepikan.

2. Tumis bahan blend bersama rempah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili yang di blend, bersama sos cili.

3. Masukkan santan untuk bagi kuah sedikit pekat.

4. Masukkan bawang Holland, tomato dan perasakan dengan sedikit garam.

5. Akhir sekali masukkan ayam. Biar ayam di masak sedikit lama jika ayam tadi di goreng separuh masak.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page