Resepi Nasi Tomato
Hi harini SH nak share resepi Nasi Tomato. SH try to make it short n simple narh coz got few entry yang nak kena catch up. Actually da lama dalam album tapi lupa published. HAHA almaklumla da tua macam ni la, banyak benda lupa. Scroll2 album baru perasan ada gambar yang dah berhabuk dah HAHA so korang kalau rajin, jenguk2 la category My Sweet Escape, Resepi, Food Hunter and Kitty Forum SH akan add few entry in awhile HIHI.
Ok berbalik pada resepi Nasi Tomato, again this recipe SH ambil dari blog Kak Azie tapi SH ubah sikit. Korang nak buat secara detail ke, tak nak kurang atau lebih bahan ke boleh refer blog Kak Azie. Cara SH ade few bahan yang SH ganti n cut off. Well suri rumah separuh masa kan so bahan separuh2 je la HAHA but jangan risau rasa memang tak mengecewakan. Anak buah SH cakap torbaik KEHKEHKEH kombang hidung sotalam. Btw Nasi Tomato ni sedap kalau di makan bersama ayam masak merah so kalau korang nak resepi Ayam Masak Merah versi pedas boleh klik bold title tu ye :)
RESEPI NASI TOMATO
Hidangan : 5-7 orang makan
Bahan-Bahan
3 cawan beras
¼ cawan susu
2/3 biji tomato(cincang@potong kecil)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
2-3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih(di blend)
4 biji bawang merah(di blend)
½ inci halia(di blend)
Rempah menumis(kayu manis, bunga lawang, buah pelage, bunga cengkih)
*susu boleh pakai fresh milk atau susu cair, SH suka pakai susu tepung sebab boleh simpan lama. Bancuh bila perlu je so tak kalut nak cari bahan kalau nak masak plus rasa pon lagi berkrim HIHI.
Cara Penyediaan
1. Tumis bahan blend bersama minyak dan margerin. Apabila naik bau masukkan rempah menumis.
2. Masukkan susu bersama tomato cincang, sos tomato dan daun pandan.
3. Masukkan ke dalam periuk nasi. Tambah air jika kurang.
*sukatan SH kalau beras 3 cawan, air 4 cawan setengah . Atau ikut bacaan no di periuk nasi. Contoh : beras 0.5 = air 1.2/1.3.
4. Perasakan dengan garam(tambah sos tomato jika rasa tomato kurang)
Comments