top of page

The Best Mee Tarik Ever @ Amber Restaurant

Salam olls harini SH nak share 1 Chinese Restaurant Halal yang korang boleh cuba kalau korang minat chinese food or teringin nak cuba menu chinese. Restaurant yang SH maksudkan Amber Chinese Muslim Restaurant yang terletak dekat Bangsar South. Restaurant dia terletak di level 1 hujung sekali dekat escalator.

Naik2 je escalator tu kalau nampak kedai konsep kayu kayan tertulis besar gedabak Amber macam belakang SH means betol la tu. Ada banya sangat menu berasaskan daging kambing, lembu, ayam, ikan memang banyak sangat choice. Sayur2 pun tak ketinggalan. Memang boleh juling mata tengok menu.

SH pergi haritu sekali dengan staff office, bos belanja sempena Chinese New Year so ada banyak jugak menu yang kitorang cuba. Majoriti semua sedap2. Tips nak order menu2 yang sedap korang order menu yang ada signature Amber macam ayam masak style Amber ke/ daging masak style Amber ke/ sayur masak style Amber ke sebab tu antara tarikan n menu yang boleh buat ang sasau teringat2 rasa dia HAHAHAHA. Btw menu korang boleh tengok dekat zomato.

Ni daging goreng ala amber yang SH maksudkan ala2 amber tu RM39. Memang sedap babe. Yang panjang2 tu tak silap rice cake. Suddenly SH jadi suka makan menda alah ni. Dalam dakgalbi haritu pun ada benda ni, sedap kenyal2 gitu.

N then terung n kacang panjang dalam RM12 yang ni pun sedap.

2nd visit SH bawak suami sebab memang tak boleh lupa penangan mee tarik dekat Amber ni. Mee tarik atau nama lainnya hand pulled noodle ni antara tarikan dekat sini. Antara few menu yang cuba haritu ni antara yang terpahat dekat hati. Sedap beb mee tarik dia. Mee dia tu yang beri kelainan kalau nak compare dengan anak beranak mee yang lain. Cara buat mee ni pun bukan pakai mesin ke apa, real air tangan chef. Nak tau cara buat mee tarik korang boleh search youtube or if korang makan dekat sini cuba tengok dekat screen lcd tu dia tunjukkan proses pembuatan mee ni.

Sebelum kacau rasa macam penuh minyak je mee ni but once dah gaul masuk mulut takde pun rasa minyak, rasa ngam dengan mee. Cuma daging dia agak sikit, mohon pihak amber bagi lebih sikit na HAHA.

Lepastu SH order kebab ayam and kambing RM2.20 satu cucuk. Sedap , marvellous rempah dia cuma daging kambing agak liat. Actually SH tersilap order, last visit dengan colleague ada menu kambing maybe kambing panggang but SH ingatkan kebab tapi dah sampai n dah rasa tak sama plak. Yang 1st visit tu ya ampun lagi sedap rempah dia. Daging tak liat langsung. Sedap gilos.

Husband SH order nasi goreng Yang Zhou RM10 tapi dia cakap rasa macam nasi goreng cina je. SH pun tak rasa so don’t know the taste tapi macam kurang flavor sebab laki SH cedok kuah SH untuk tambah rasa dekat nasi dia.

Air plak ada banyak choice of herbs tea but since SH bukan penggemar tea so we just order ordinary drink je. Ok tu saja untuk harini, kalau korang nak ke sini boleh cuba recommendation menu tu tau.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page