top of page

Nak Balik Kampung? Kucing Macam Mana?

Ok like I said in my previous blog Cara2 Penjagaan Kucing Bagi Mereka Yang Bekerja, kucing SH ni memang tak sesuai duduk dalam carrier. Sebab? Nah ampa tengok sendiri gambar2 kat bawah ni haa.

Ni mase mule2 Vanilla n Coklat naik kereta. Tengok, Coklat berdiri macam ni je dengan mulut tak senang diam. Sampai tertidur berdiri. Pastu terjaga sat lagi dia sambung bising balik. Ya ampun, bising giler bunyi si Coklat. Vanilla tu mule2 je lepastu dah duduk diam. Dulu rutin sebelum pindah area rumah in law, every week mesti spend a night kat sana, dengan diorang sekali kami angkut. Even sejam perjalanan je tapi bising oii so kami sepakat membawa berkat mengatakan our kitten memang bukan jenis yang boleh duduk diam dalam cage or cat carrier.

Ok ingatkan handle si Coklat tu dah cukup menguji keimanan dan kesabaran. Oh no, once dah adopt Akim rupa nya handle si Akim ni 100 juta kali lagi dasyat dari diorang. Masa ni Tompok lari rumah tapi dia ada anak kecik baru lahir so kitorang tak boleh observe nak susukan ikut masa yela SH n husband masing2 kerja n takda susu badan HAHA so cari la buyer yang boleh adopt n susukan anak Tompok n Akim on time. Buyer tu nak tengok bapak dia so bawak la Akim sekali. Dia punya menjerit/mengiau masa dalam kereta tu macam kitorang nak kidnap dia. Dah sampai buyer tu usap2 la nak dukung. Lagi tambah dia punya sasau macam kena rasuk, cepat2 SH masuk kereta balik. Lame2 kitorang dah biasa dengan perangai Akim, kak ipa datang rumah nak dukung pon die boleh tangkis dengan kelajuan kuasa kuda tangan kak ipa. Means our Akim can get along with us only. Ampa nengok, sendiri, gitu la gaye dia pas kena gomol dengan buyer. Kiri kanan depan belakang die perhati nak makesure dia berada dalam zon selamat.SIGH!

So after few incident mana2 kitorang pergi kitorang takkan kurung diorang. Jadi kalau balik raya macam mana? Kampung SH kat Terengganu tau. Macam mana kitorang handle? The answer remains the same, kitorang lepas jugak. Nasib baik anak bulus kami behave sangat(tangan kebahu mata ke atas)

See behave sangat kan sampai macam2 posture tidur ada HAHA(sory daddy bahu daddy empuk sangat)

Vanilla pon join sekali nak test keempukan bahu daddy HAHAHA.

Ok ni anatara gelagat nyiau time perjalanan dari KL ke Terengganu. Vanilla je agak behave HIHIHI. Nyiau nakal sikit tu biasa la, bawak2 la bersabar n mengucap HAHA. Dalam kereta biar je diorang nak buat ape, diorang banyak bergerak actually nak cari posture tido je pon, once dah penat teroka diorang akan tidur je sepanjang perjalanan. Ok la dari memekak macam kena hysteria kan better bagi je die observe sane sini, korang pon alert jugak takut dia main dekat pedal minyak ke brake ke.

BERJALAN JAUH, KUCING TAK POO/PEE KE?

Ofkoz la diorang akan kencing or berak, diorang ade bontot kan HAHA tapi korang boleh kawal diorang punye kekerapan pee n poo dia. Macam mana? Puasa.

Bekas poo jangan lupe(bese SH letak dekat dalam cage dalam bonet), mana tau nyiau nak lepas hajat tapi kucing SH jarang poo dalam kereta sebab SH bagi diorang puasa. Kucing pon boleh puasa ke? Boleh je diknon cuma tak perlu baca niat wakakak. Ala same jugak macam hengko p kerja, letak makanan, balik baru bagi makan so 8jam tu dia lebih kurang puasa la kan? Kalau korang lepas kucing dalam kereta macam SH be alert dengan tanda2 nyiau nak ke toilet. Biasa dia akan jadi kelam kabut n terbau2 cari bekas poo dia. 2 out of 3 times proven theory ni memang betol. Macam si Vanilla tengah duduk sesaja japgi dia melompat pergi kat bahgaian belakang terkuis2 nak bukak cage. Dah bukak terus dia masuk dalam bekas poo n baring. Haish bikin orang panic je HAHA. 2 out of 3 kan so balance 1 yang ni la false alarm HAHA.

Macam SH kalau nak gerak balik pukul 5 6 pagi, tengah malam tu bagi diorang makan siap2. Bangun pagi settle kan poo diorang pastu terus gerak balik so sepanjang perjalanan tu kurang sikit diorang pooping. Sampai je kat kampong terus bagi diorang makan.

Nak bagi makan jugak takpe tapi SH belajar dari kesilapan, dulu time balik dekat bonet(kereta kitorang bahagian speaker boleh angkat) letak makanan n bekas poo. Ape lagi melahap la keje diorang lagi2 Akim. Pastu tak tahu la laki SH bawak macam Toretto(fast furious) ke ape kan sampai boleh si Akim tu salah aim. Jatuh kat luar litter box poo die, dah jatuh di timpa taik, jatuh pulak kat celah tray. Cangnor den nak kutip. Kebetulan time tu peak season, kereta atas highway tu macam semut. Tunggu punya tunggu mana pam minyak(orang pantai timur je tau berapa ketul je pam minyak kat LPPT2 tu). Dah jumpa nak masuk simpang ke pam minyak pulak terkemut kemut nak boleh ke sampai. Stress woo, mak ko hijo botul la si Akim ni.

Tapi tu dulu, semenjak menternak ramai ni SH tinggal kat rumah jerr, balik pon dalam 3-4 hari jerr. Makanan korang kena letak banyak sebanyak nye sebab nyiau ni selagi nampak ada makanan selagi tu die makan, kalau letak sikit silap2 untuk sehari makan je, 2 3 hari lagi diorang berlapar. Suggested bekas makan n minum macam kat sebelah ni. Litter box pulak letak je dalam 2 3 bekas n get ready nyiau poo kat luar coz litter box penuh or ade yang melepak dalam litter box. Any other option? Ade. Korang standby duit gi hantar boarding je la.

CAT HARNESS

Ok ni pulak cat harness, incase korang drop mane2 nak bawak diorang or nak bawak diorang bersiar2 ken. HAHA tapi hengko jangan mimpi la bawak kucing jalan ni steady je macam mat2 salleh bawak anjing jalan. Korang kena tarik macam tarik lombu, boleh putus urat kentut tau.

Haa korang tengok lerr sendiri, eh boleh pulak tengah tarik dia, dia boleh bantai duduk grooming. Pastu die marah nye kita balik. Biadab! So memang takde nye diorang berjalan ikut kita kalau pakai benda ni, kita yang tengah berjalan kena berhenti ikut dia ade la, last skali kitorang dukung. Ini belom masuk part sekor2 nampak strangers semua macam kena rasuk hantu. Gambar Akim pakai harness ni takde, baru jalan sikit ada budak2 tengok n tegur terus menggelupur masuk hantu. Itu jenis ibu jin, tak boleh nak kawal so Akim tinggal kat rumah.

SH expect bila masing2 dapat keluar diorang excited nak main kejar2, berlari, rupanya sekor tido layan angin sepoi2 bahasa. Sekor lagi sambung grooming. Balik rumah memasing excited nak turun pastu berlari siap buat drift dalam rumah. Huh hengko lagi suke langgar n rosakkan barang2 mummy dalam rumah kan? U feel me gais? Migrain i hari2 so k lah, iolls nak sambung kerja demi menyara anak2 ai yang degil ni. Bye olls, thanks for reading :x

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page