JJCM di Kuantan, Pahang
Salam pada semua pembaca. Harini SH balik dari bercuti panjang. Ye la haritu KL celebrate Thaipusam n Hari Wilayah so 2 hari cuti berturut2. Alang2 SH clearkan terus AL 3 hari n pack balik kampung jumpa bonda n ayahnda tercinta. Sebab Sabtu tu ada wedding kawan dekat Kuantan alang2 belasah la ronda2 Kuantan n shoot balik Terengganu terus. Jadi di kesempatan ni SH nak listkan tempat makan best kat Kuantan yang wajib korang cuba.
Ok Kuantan ni terletak kat Pahang, kat sini la SH first jauh n berdikari dari family sebab buat Diploma kat sini dulu. Haih memang memorable betul tempat ni. Banyak betul perubahan dekat sini. Paling syok kat sini bagi student macam kami ni kan, nak pusing mall tak jauh. Semua mall dekat2 je, pastu makanan2 kat sini murah n sedap2 belake. Means tak macam KL western sini sedap tapi ang kena lari jauh Gombak sana. Shellout sini sedap tapi jauh di Puchong sana. Dalam2 KL plak pusing2 dekat sejam dengan traffic nya. Even dekat terasa jauh. Tapi bandar Kuantan tak. Traffic tak teruk macam KL lepastu dalam Kuantan tu, Steamboat ko boleh dapat, Shellout boleh dapat, Western, Jappanese, Chinese, Seafood semua dalam bandar tu je.
Ni makanan yang sempat SH try masa dekat Kuantan haritu.
1. KULA CAKES by LILAWADI
Kula Cakes ni restaurant by Lilawadi jugak tapi dia fokus tang cake je cuma harap sangat kalau owner boleh buat improvement, perbesarkan kedai ke coz ramai peminat Kula Cakes ni, pagi2 baru bukak dah penuh beratur sampai luar tapi kedai juz boleh support below 10 customer je if compare dengan restaurant dia, yang tu jauh lagi besar tapi kitorang tak p Lilawadi pon haritu sebab google tengok lambat nau buka. Tapi Restaurant Lilawadi tu famous jugak la dengan seafood n steamboat. Banyak lagi menu kat Lilawadi but no comment since SH belom ke sana tapi tentang cake dia. Perghh sedap yakmat. SH ambik Nutella Pavlova n Manggo Cheese Cake. Selalu makan Pavlova ni tambah plak dengan Nutella. Kebabom rasa dia, hengko imagine sendiri Nutella tu kalau dah ratah sedap apatah lagi kalau serve dengan buah2 n whipping cream tu. Pastu manggo cheese dia pon sedap. At first SH makan manggo cheese sejuk2 baru keluar peti. Pastu selang p makan Pavlova, sushi. Sambung balik makan manggo cheese masa tu kira sejuk2 dia da beransur hilang la. Pergh time tu baru terasa dia punya nikmat so my advice kalau ang makan manggo cheese cake bagi dia cool down dulu. Air SH ambik air chocolate but not recommended, manis n pekat sangat. Rasa pekat dia lagi kaw dari kek. ang order ais kosong sudah, kek dah manis, air manis, ang nak potong kaki ke?HAHA. Oh btw dekat Kula Cakes ni cun untuk bergambar or celebrate any event sebab decoration dia cantik cuma kalau tengah hari tu agak panas.
2. SUSHI EMPIRE
Sushi Empire ni dia kiosk kecik je dalam mall yang baru bukak dekat Kuantan City Mall. Korang p tingkat atas sekali pastu jumpa la. SH pernah makan dekat Sushi King n sushi yang jual dekat Aeon tu so dari perbandingan rasa sushi dekat SE ni lagi sedap sebab sos dia pekat. Ko tengok sendiri warna sushi dia, terang, n topping agak meriah compare dengan tempat lain. Sekali ngap memang terasa sos2 topping tu. Harga pon affordable around RM1.50-RM4. Cuma my advice ambik benda yang kita boleh telan, macam SH ada la satu dua tu tak boleh telan contoh octopus yang kecik2 tu. Padan muka gatal nak try kan. Btw kalau belah KL & Selangor banyak je cawangan SE ni. Boleh ke website Sushi Empire find ur nearest stores.
3. SARA THAI TOM YAM
Kalau korang orang Kuantan mesti tau restaurant ni dah lama bertapak. Even masa SH study dulu pon dah ada restaurant ni, sekarang makin maju dia bukak pulak Sara Thai Boat Noodle. Konsep sama macam kat Boat Noodle KL makan dalam mangkuk kecik tu tapi SH tak sempat try sebab kitorang makan kat kedai Sara Thai yang lama, even sebelah2 pon tapi kedai lain kalau dia juz sambungkan kedai kan best at least customer boleh cuba boat noodle. Takpe la so hari tu SH makan Seafood Tom Yam, nasi putih n telur dadar. Yang tak best hari kitorang pergi sotong dah habis. SH kalau celup tepung ni tak gemar sangat udang. Kalau sotong or ikan pergh baru sedap cicah dengan sos. Sotong celup tepung kat sini sedap jugak n tepung dia tak sama macam celup tepung belah Terengganu. Pastu kat sini cicah dengan sos thai yelah nama pon kedai Thai. N Tom Yam dia tak sama tau macam makan dekat kedai2 lain. Kuah Tom Yam pure tak tahu la pakai paste ke tak tapi kuah tu berserdak n terasa rasa Thai tu. Pedas sik2 cuma sesuai makan dengan nasi je la. Nak hirup tu tengok kulit cili kasor2 dengan serdak seram plak nak hirup.
So haritu singgah Kuantan ni je tempat yang sempat kitorang singgah sebab Ahad tengah hari tu dah nak gerak Terengganu. Agak menguji keimanan jugak sebab kedai yang SH aim lambat pulak bukak hari Ahad, itu yang motif sangat pagi2 makan kek n sushi HAHAHA. So kat sini SH listkan je apa tempat yang pernah SH cuba masa study dulu n kedai tersebut masih beroperasi hingga hari ni.
SATAY ZUL
Yang ni agak frust sebab tak sempat singgah haritu tapi Satay Zul ni paling femes la kat Kuantan. Korang pernah makan satay kan? Tau kan rasa satay macam mana? Kat sini lain sikit rasa dia, lain means lagi sedap. Satay dia gemuk n takde la part2 lemak tu. Isi je so memang padu. Ada banyak pilihan daging, setakat yang SH pernah cuba daging dan ayam. Sodap bai cuma bertabahlah sebab kedai dia selalu ramai orang.
SEAFOOD DI TANJUNG LUMPUR
Kalau nak makan seafood yang fresh2 pegi je area Tanjung Lumpur, SH tak listkan nama sebab bersepah kedai area Tg. Lumpur tu. Orang cakap kedai Ana la Ani la sedap padahal majoriti semua kedai sama, menu sama, harga pon tak jauh beza. Ko pilih je nak kerang ke, ikan ke, sotong ke, any seafood pastu suruh je tukang masak tu masak 3 rasa ke, 4 rasa ke 10 rasa ke. Terpulang.
And alang2 dah sampai Kuantan singgah la dekat Pantai Teluk Cempedak. Pantai dia cantik n sana pon bersepah kedai2 makan tepi pantai. Yang best tempat ni sampai tengah malam pun masih hidup ada gerai2 expo, kedai souvenir macam downtown gitu.
留言