Glittery Look using Drugstore Products
Hai fellas, Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di Malaysia. Sempena cuti yang tak berapa nak lama sangat ni SH sesaje la menyonteng muka, terpikir plak nak buat make up look pakai product dari drugstore n bookstore HIHI. Look ni molek bonar laa untuk ampa yang baru nak berkecimpung dalam dunia mekap ni. Kan beli yang mahai2 tapi tak tau guna membazior je so beli la yang biase2 dulu, dah advance ampa upgrade la perkakas ampa sikit2. Nah sebelum tu SH belanja dulu muke tak mandi yang dah macam lepat pisang ni. Ampa tenung la lelama sampai muntah na.
Ok untuk look ni SH tak pakai ape2 foundation pon kat muka juz sapu SH punya Polla Day Cream. Itu sahaja. Pastu SH terus proceed lukis kening n kalau ampa perasan kening SH kan macam rumput lama tak kena mesin kan so untuk senang lukis kening SH gam. Pakai gam ni ha.
Ampa boleh beli kat mana2 kedai buku, kedai popular ke. Jangan renyih p tanya kat Sephora plak aku pulaih telinga ampa satgi. Cara nak gam nanti la SH bukak new entry. Kat sini bukan semua kening ulat bulu macam kita pon.
Nak lukis SH pakai Maybelline NY Fashion Brow, hat lagu ni. Dalam palette ni ade 3 warna, dia buh brush tuk kening 1x tapi SH pakai brush sendiri sebab lagi haluih n sharp so depends kat ampa. Nak lukis pakai la warna hat gelap tu, yang gelap tu texture dia tak sama macam belah kanan tu. Dia macam a lil bit creamy so senang nak lukis. Yang warna cerah tu SH fill kening kt ujung so takde la nampak macam petak parking je kening tu KIKIKI.
Untuk kemasan bawah kening nak bagi lagi define SH pakai Nafura Hope Girl code 21 korang boleh beli dengan Beautyhearts.com.my kalau takdak pakai la ape2 jenis foundation pon yang pasti warna die lagi cerah dari foundation kulit ampa.
Next, base kat mata pon SH pakai je Nafura Hope Girl tu, pastu eyeshadow kat mata SH pakai warna orange n dark brown dari Qwin palette sebab SH nak match kan dengan glitter eyestick SH. Tapi korang boleh je gantikan dengan Obuse eyebrow palette. Pakai 2 tone soft n dark brown tu. Warna soft pakai kat kelopak mata, warna dark pakai kat ujung2 mata. Bawah mata pon buat lagutu tapi jangan pakai brush yang tebal, pakai brush yang kecik je. Part tu pepandai la blend ye. Atas mata SH tak usik dengan eyeshadow juz main kat atas2 kelopak je sebab nanti nak pakai eyestick. So nak bagi warna die lagi terang.
SH pakai Etude House eye stick Bling Bling. Ha memang bling2 merelap la mata lepas pakai. Eye stick ni elok untuk ampa yang nak buat glittery look tapi selalu comot kalau pakai glitter yang macam gam tu kan so yang ni jangan risau comot ke ape. Die macam pensil ja, ang juz toreh ja atas mata. Dia punya glitter takkan tumpah2 kat bawah mata ke ape, terletak elok je kat mata cuma effect glitter die tu takde la se”wow” glitter yang palette or gam tu.
Pahtu ampa pakai celak, ujung mata SH buat cat eyes pakai Tony Moly punya gel liner. From the picture above ampa boleh nampak die includekan brush sekali. Tony Moly ni die waterproof, susah nak tanggal so sebab tu SH pakai ujung mata ja nanti senang nak remove.
Atas mata SH lukis halus2 je pakai Maybelline NY Hyper Sharp Liner. Liner ni best sebab die haluih bak ang. SH suka sebab SH tak suka lukis line tebal2 atas mata. Bawah mata calit sikit ja nanti blend dengan eyeshadow ampa yang color hitam. Boleh pakai Obuse palette yang hitam tu.
Settle kita contour hidung mane yang kemek, kembung tak bertulang tu kita kasi repair. SH pakai Maybelline NY Fashion Brow warna yang tengah n kanan tu untuk bentuk tulang hidung.
Pipi SH pakai Obuse eyebrow palette yang warna brown kat bahagian tulang pipi. Kalau ampa banyak mix sampai dahi jadi luaih macam kertas majong tu pandai2 la korang contour sampai hilang jendul2 tu.
Untuk blush SH pakai blusher dari Simply Siti code Vintage Pink, SH in love sangaaaaaaaaaat dengan warna blusher ni. Dia macam orange n pink. Pakai pon tak perlu letak banyak, sikit je warna dia dah naik. Memey terbaik la tokti punya produk. Pastu highlight kat pipi SH pakai secret Key Miracle contour kit. Die sejenis stick, ade glitter2 gitew.
Bulu mata SH pakai SAB lashes, tak nak pakai pon boleh tapi ni gambar ampa boleh tengok sendiri apa beza pakai n tak.
See banyak kan beza walau sekadar bulu mata. Mampu merubah seri muka yang macam kuih lepat jadi kuih seri muka kekeke. SAB lashes ni memang ohsem gilerr wa cakap sama lu. Dia ringan, pastu lentik giler babas. SH tak curl n pakai mascara pon kat mata SH walau bulu mata SH sejenis bulu mata rebonding tapi SAB lashes ni terletak helok je. So ni ler hasil pakai barang dari drugstore je, ade la cheat satu dua beli online beli kat downtown kan tapi still pandai2 la korang gantikan dengan ape item.
Macam lip SH tak suka lipstick2 kat drugstore sebab majority creamy even diorang claim matte. So kalau nak lipstick bajet, matte, kissproof SH beli kat downtown je.
Ok last2 sebelum tutup tirai, nah SH belanja sekeping lagi look pakai barang2 beli dekat drugstore majority korang boleh dapatkan di Watson, Guardian, yang nama ala2 korea tu korang boleh cari dekat SASA.
Ok ni dolly look. Step sama je macam kat atas cuma untuk mata SH juz pakai Maybelline NY eye studio hat kaler pink. Die ade trick to create look ni, nanti SH tengok, kalau view untuk entry makeup ni tinggi SH akan create entry for this look na. Ok bubye jangan lupa visit SemerahHatiku bridal on makeup site ye :x
Comments