Explore Taman Negara Pahang
*Sape2 malas baca juz nak view gambar can direct to album Taman Negara Pahang*
Hey hye so for those yang follow previous post My Skincare Routine dah tau kan yang SH recently back from Taman Negara. Biar bonar puasa2 pegi Taman Negara ape kekdoh nye HAHAHA eh tapi sekarang dah raya? Kehkeh terselah kemalasan memblogging disitu HAHAH. Well mula2 SH pon rasa macam tak nak join tapi peluang bukan datang selalu. Engkome Malaysians penah terpikir ke nak bercuti kat sana? Maybe la berapa kerat je yang nak ke sana kan? Macam SH sendiri sungguh2 tak nak pergi tapi sebab wajib attend jugak meeting so alang2 pergi SH godek2 la apa aktiviti n tarikan kat sana. Tengok2 wow menarik, ada canopy walk, night jungle walk, rapid shooting, jungle trekking but since bulan puasa so SH tak excited sangat part jungle trekking tu(cet padahal kalau tak bulan puasa pon memang SH tak excited jugak aktiviti2 yang memecahkan lemak ni HAHAHA). So macam mana nak ke sini?
PENGANGKUTAN
Ada dua jalan, air dan darat. Macam SH ikut darat. Bas collect dari office sampai ke Jeti Kuala Tahan. Perjalanan approx dalam 4jam .Ni pulak sumber dari wiki
Bot Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari.
Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.
Bas atau Teksi Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.
PENGINAPAN
Penginapan korang tak perlu runsing, kat sini bersepah chalet ke dorm ke untuk bermalam. Cuma chalet kat sini takde la 4 5 6 bintang, kalau korang nak banyak bintang korang boleh camping n sila la menikmati berbillion2 bintang di angkasa HUAHUAHUA. Korang boleh survey or book on9, nak walk in lagi better sebab harga jauh lagi murah plus boleh tengok condition bilik sendiri dekat or tak nak berjalan.
Macam SH menginap dekat Mutiara Taman Negara. Kat sini rasanya chalet yang paling comfortable n more convenience sebab most of activity memang kena lalu sini. Kalau chalet luar pon takpe je cuma kena cross sungai jelah tapi takde la jauh nau nak cross nye, naik bot dalam 1minit dah sampai, tambang pon dalam RM1 or RM2 je kalau tak silap. Penginapan kitorang termasuk dengan breakfast, lunch n dinner buffet. Since bulan puasa for muslim takde la lunch nye tapi di ganti dengan sahur. Ade servis hantar makanan door to door lagi tau(pukul 11malam).Kitorang menginap 4hari 3malam sebab include meeting agenda sekali so kalau korang setakat nak grab d activity 2hari 1malam should be okay or 3hari 2malam.
1. 1st nak masuk Taman Negara ada rules “Semua pelancong/pengunjung diwajibkan mengambil permit masuk dan lesen mengambil gambar di kaunter penerangan Jabatan Perhilitan. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah enakmen Taman Negara Pahang No. 2/39 dan boleh di kenakan denda sebanyak RM10,000 atau 3 tahun penjara” Haa so nak masuk sini wajib ada permit ya walaupun hengko Malaysian KEHKEHKEH.
2. Sini menghala ke chalet, aktiviti canopy walk pon lalu sini so that’s why Mutiara ni tempat paling strategic untuk menginap.
3. Ni restaurant dekat Mutiara, luas kan so jangan risau takde tempat duduk. Cuma 1 je nak pesan, makan tu biasa la kalau ade serangga, pepijat ke sebab sila sedar diri anda berada di hutan simpan. SH 2 malam makan dengan serangga siap pakej termasuk mulut lagi haa. Hari last je tukar meja baru aman HAHA. Ooo rupanya selama ni makan dekat meja diorang HAHAHA.
4. Ni reception, ada apa2 masalah rujuk je dengan diorang. Staff peramah n sangatlah membantu, hari kitorang pergi tu pagi tu hujan. Tau2 staff hantar payung ke bilik. Lepastu apa2 aktiviti yang melibatkan air dia bekalkan dengan towel. Terbaiklah servis kat sini.
5. Nak naik ke sini memang bertangga2 so for those yang carry bag jangan risau ada menatey ni yang angkut beg korang ke atas. Macam kitorang dari turun bas pekerja dia angkut, tahu2 bukak pintu bilik beg dah ada kat dalam. Time nak balik pon pekerja dia datang collect bag kat bilik. Layanan 5 star gitew HAHAHA.
1. Katil untuk 3 orang, tapi SH berdua je so 1 lagi tu katil untuk tudung HAHA sabor jelah. Chalet ade 2 tingkap ye n ni suasana waktu siang. Siang2 pon romantic nau pencahayaan. Habis lampu dah kitorang bukak, memang tak boleh pergi lagi terang HAHA.
2. Ni kelengkapan bilik, complete kau. Ado peti, iron/iron board, water heater, flat tv, aircond, kipas, heater. Haih complete. Terbaik Mutiara Taman Negara.
3. Ni bilik paling terang cahaya dia, so kalau engkorang takut gelap sila berpindah ke sini HAHAHA. Haa tepi tu siap ada hair dryer lagi.
4. Ruang mandi dia luas bak ang. Boleh memuatkan 10 orang jemaah kalau tido secara berdiri KIKIKI.
5. Ni depan chalet, korang boleh lepak2 or gossip ngumpat orang yang lalu lalang depan tu tapi iolls tak suka gossip so tak pakai sangat kerusi ni(sebenarnya kat depan ada banyak monyet so SH rasa lagi selamat berkurung kat dalam HIHI). Haa depan tu kenderaan labi2 yang collect n hantar beg ke bilik. Tak tau la ade servis hantar orang ke restaurant or tak HAHA.
MAKANAN
Pakej kitorang dah sekali makan so takde la kitorang explore kedai2 kat sini. Makanan kat Mutiara tu emm ok la kot, so far review dari luar semua cakap sedap tapi ye la SH pergi pon dalam bulan puasa so bagi tekak SH rasa kureng sikit, sikit je maybe staff puasa so tak dapat nak rasa makanan sebab makanan kitorang time sahur elok je rasanya. Dinner buffet je agak kureng tapi on our last day ade BBQ buffet, perghh makanan giler punya sedap, bertambah2. Ape2 pon hengko datang untuk explore Taman Negara bukan explore makanan HAHA.
(Kalau nak cuba menu lain boleh ke restaurant terapung depan Mutiara ni je. Macam2 makanan goreng n lauk ada.)
ACTIVITY
SH minus hari2 meeting ye so SH only review on part activity je. 1st activity kitorang is
i. Night Jungle Walk - Day1(8.30pm-10pm)
Ok activity ni start pukul 8.30pm di iringi tour guide, ye la kalau lepas ampa ja masuk hutan mau masuk tak keluar2 dah HAHAHA. Tour guide kitorang is Pak Cik Abdullah. Dia ni baguih la, mulut tak berhenti bukan sembang kosong tapi penuh dengan perkongisan n ilmu. Semua pasal Taman Negara ni semua dia kongsikan. Basically night jungle walk ni sebenarnya jalan santai2 je untuk tengok hidupan or haiwan sebelah malam. Why malam sebab bak kata Pak Cik Abdullah haiwan atau serangga kebiasaanya keluar sebelah malam n focus night jungle walk ni sebenarnya nak tengok serangga je actually sebab serangga tak munculkan diri sebelah siang sebab banyak pemangsa eg: burung jadi sebelah malam dia keluar untuk cari makanan dia tapi kalau korang terjumpa haiwan itu kira luck ampa la. Ni gambar2 yang SH sempat capture during d activity. Menatey takdok, nyo malu tubek=keluar.
Apa nak kena bawak untuk activity ni?
Insect repellent to avoid mosquitoes coz malam kan plus ni kawasan dia.
Torchlight is a must sebab nak suluh serangga n binatang. Tips dari Pak Cik Abdullah lagi, kalau nak cari binatang kena cari mata. Sebab mata serangga n binatang ni akan bercahaya kalau di suluh.
Handphone untuk snap2 picture je and last sekali kena bawak2 la bersabar dalam proses pencarian tu HAHAHA. Kat bawah ni hasil tangkapan SH malam tu.
1. Haa ce teke ape. Ni bukan buluh ye eventhough I thought it was at 1st BHAHAHA. Kata Cik Abdullah ni rotan, rotan ni dalam keluarga rumput tapi kalau dah tinggi lagu ni, ampa nak panggil rumput lagi ka? See penuh duri, no wonder harga rotan pon mahai.
2. Ni pulak macam mentadak tapi body die sebijik ranting kayu. Tak tau lah dia di sumpah ke or tertelan ranting ke HAHAHA. Yang ni besar, saiz dia lebih kurang sejengkal jari SH. Pandai dia selindung sebalik daun, nasib ada Cik Abdullah kalau tak memang kitorang snap gambar daun2 ngan pokok je HAHA.
3. Ni tak tau la name dia ape, mane hujung, mana pangkal pon tak tau.
4. Haa yang ni hampir nak sama saiz dengan lengan SH. Bukan lipan tau, inilah ulat gonggok walaupun dia dah takde rupa ulat.
5. Ni kalau tengok baik2 korang akan nampak ada 2 ekor spider kat situ. Ni paling banyak kitorang jumpa, nak cari pon senang sebab mata dia berkilau dalam gelap. Bagi kat Cik Abdullah spider 50m dari depan pon dia boleh detect. Mata dia tak tau la berapa megapixels kalah iolls muda2 yang kerabunan ni.
6. Ni pon sejenis serangga yang SH ingat2 lupa2, tak penting. Kat KL pon raso boleh jumpa ni HAHAHA.
7. Yang ni kala jengking, pakai torchlight Cik Abdullah tu clear nampak bentuk dia. Tapi ni gambar zoom, kami tak boleh dekat sebab dikhuatiri berbisa.
8. Ok ce teka ni plak serangga apa? HAHA idok la den melawak je, saja snap kot ampa nak tau macam mana night walk? Haa macam ni je, lebih kurang macam nak pegi skodeng la HAHAHA.
ii. Boat Trip to Lata Berkoh - Day2(2pm-6pm)
Ok boat trip ni memang syok la, boat dia kecik je. Can fit 6 person. 4 passenger, 2 pengemudi(depan n belakang) Yang depan tu tugas untuk inform orang belakang depan ada batu ke, air cetek ke, air deras ke. Dia inform takde pakai walkie talkie ke teriak ke takdak. Angkat tangan bagi isyarat je, giler dasat woo kalau bagi kat SH mau karam bot tu WAHAHA. Perjalanan dia dalam 20-30minit menyusuri Sungai Tahan. Seronok bak ang, relax je tengok view hutan hijau, angin sepoi2 tampaq pipi, layan boat kona kiri kanan tahu2 dah sampai ke destinasi. Nak ke Lata Berkoh ni korang kena trek dalam 45minit. For muslim kami trek dalam 15minit and ade option nak terus another 30minit or berhenti sini since nanti semua akan berkumpul kat sini untuk mandi. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kehkeh so we olls decide untuk berkampung kat sini jelah.
True Lata Berkoh cantik tapi bukan boleh mandi pon sebab air deras plus nak trek lagi setengah jam untuk selfie2 je takpo aih lupo jo hajat puaso2 ni kan kering air kat Lata Berkoh tu den sedut. Kat sini pon dah cantik. Tengok air kat balakang SH, sangatlah jernih. Warna orange2 n hijau. Sejuk mata.
Supposedly kitorang akan drop dekat Kelah Sanctuary untuk fish feeding tapi sebab dah delay masa huha2 kat ayaq so terus heading to our chalet. Balik again naik boat yang sama so makesure korang recognize boatman ampa.
(take nothing but memories, leave nothing but footprints.)
ii. Trekking to Canopy Walkway and Teresek Hill - Day3(8.30am-11am)
Ok part ni actually kami yang muslim mintak jalan lain, yang tak perlu trekking untuk ke Canopy Walk tapi Pak Cik Abdullah sungguh2 meyakinkan bahawasanya jalan lain tersangatlah curam lagi memenatkan even though tak jauh so akhirnya kami bersetuju ikut trek yang sama with others cuma kami tak naik sampai Teresek Hill but still need to trek for 800m mendaki n 200m menurun ke Canopy Walk. Itu pon giler punya penat, nak tercabut lutut. 300m pertama tu tak terasa sebab tak menegak sangat, plus Pak Cik Abdullah tak habis2 stop untuk lekakan kitorang dengan perkongsian tumbuh-tumbuhan, pokok. Tapi masuk part menegak huih apa2 fakta pon masuk telinga kanan keluar telinga kiri. My Indian friend pon siap cakap “I cannot tahan, I just imagine this is Batu Cave stairs”HAHAHA. Ni pic yang SH snap sambil2 Cik Abdullah lekakan perjalanan yang memenatkan tu dengan his sharing.
1. Ni pokok apa tah, sign pon dah tertanggal. Tapi pokok ni besau giler.
2. Yang ni bukan bunga kantan ye anak2, Cik Abdullah cakap dia bunga halia.
3. Ni semut tapi semut sini sado2 bak ang, dah macam saing2 kerengga. Semut api kitorang jumpa masa trekking kat Lata Berkoh lagi la. Lagi besor dari kerengga, tahap obesiti. Nasib tak jumpa kerengga, kalau tak I cannot imagine. Yang ni melingkar kat pokok sampai kat puncak. Dah la banyak, kalau ada anak degil2 korang bawak datang sini ikat kat pokok. HUHU insaf.
4. Ni sejenis keluarga pucuk. Warna dia cantik kebiru biruan, not sure if it safe to eat or not. Nama pon tak tahu. Pucuk dicita ulam mendatang kot namenye KIKIKI.
Finally sampai pon dekat Canopy Walkway, mende alah nil ah yang SH buat excited nak pergi Taman Negara. Rela ku harungi penat lelah, onak dan duri semata2 nak naik Canopy Walk ni pasal our Canopy Walk ni paling terpanjang di dunia. Orang Ostolia Uganda Ohio pon mai sini nak berjalan kat Canopy Walk so tak kan hengko Malaysian takmau naik. Kehkehkeh.
Our tour guide suruh jalan cat walk and jarak 10m dengan orang belakang untuk avoid bridge dari goyang.Gambar sebelum meneruskan perjalanan. See riang ria di Aidilfitri sungguh muka tu. Sampai kan colleague kat belakang tegur, lajunye SH. SH siap reply ha ah jalan catwalk je macam diorang suruh nanti kat atas boleh selpie2. Kuikuikui tapi masuk platform 2 gua tengok bawah rasa mau pitam sudah. Kahkahkah rasa macam nak u-turn balik je tapi titian ni sehala. Bayangkan platform tu makin lame makin meninggi, SH pon tengok depan sebab gayat tapi still dapat tengok bawah sikit2 so SH pejam mata, jalan setapak2. HAHAHA konon rasa macam dah jauh so bukakla mata nak intai jauh lagi ke next platform ternampak lagi bawah n macam tak berganjak je haish so SH jalan tengok atas je sambil nyanyi2 n baca jampi serapah nak hilang gayat HAHAHA. Hasilnya takde la selpie2 menghayati pemandangan dari atas. Pakai lens konon nak bagi clear lihat pemandangan, sekali lagi clear nampak tinggi KAHKAHKAH. So usah di Tanya mana lagi gambar kat atas ni, nak pegang fon pon ketaq.
Ni plak view kat Teresek Hill, kami takdak gambar pasal kami trek sampai ke Canopy Walk je. Cantik view kan?
iv. Rapid Shooting to Kuala Trenggan & Visit Orang Asli Settlement - Day3(11am-12.30pm)
Ok hat ni pon serius best, cuma cautions naik bot kalini confirm basah lencun habis ampa 1 badan. SH takde gambar sebab fon kami simpan dalam plastic so ni gambar pinjam dari collegue yang naik bot lain. Total group kami dalam 4 orang, 1 bot dalam 9-10 passenger gitu. Aktiviti ni kira macam lawan2 bot la, bot sebelah akan lalu sebelah dan bagi penumpang dalam bot tu lenjun. Masa mula2 SH nak cipta rekod tak basah lenjun la kunun. So tiap kali bot air tu merecik SH pusing belah kanan so belakang je basah. Konon nak main pusing2 elak air tapi entah apa yang ajaib sangat la dengan air kat sini sampai tau2 habis 1 badan basah lenjun HAHAHA.
Ok ni last part, kami di bawa melawat perkampungan orang asli. Tengok macam mana diorang hidup tanpa gadjet2. Hanya keperluan asas je yang ada untuk hidup. Dekat sana diorang tunjukkan macam mana diorang hidupkan api menggunakan kayu dan daun kering je. Sekejap je kalau SH sehari belom tentu nak hidup api tu, entah2 SH yang berapi dulu HAHAHA. Lepas tu cara diorang buat sumpit untuk berburu, pon sekejap jugak. Diorang siap demo menyumpit target depan kitorang. Target diorang anak patung beruang tu. Jahanam patungnya HAHAHA.
Ni perumahan diorang, penempatan diorang dekat2 je. Rumah pon takda pintu, means kalau bergaduh tu jangan jerit2. Kau tulis kat kertas nanti jiran sebelah dengar. Nampak daif tapi tu lah diorang selesa macam ni. Btw diorang ni close marriage tau so umur tak cecah baya2 atuk, kalau mati diorang akan balut dengan daun apa tah pastu dia gantung kat atas2 pokok katanya dekat sikit dengan langit. Mati pon takda cert sebab lahir pon takde sijil lahir dats why umur juz teka2 sebab diorang pon tak tahu n takde celebrate birthday cuma kat sini 8 9 tahun dah boleh kahwin HUHU.
Selesai kami pon beransur pulang, naik bot yang sama ke chalet. Baru je kering berjemur kat kg. orang asli otw balik tu lencun balik bukan sebab rapid shooting tapi boatman kami Pak Cik Abdullah goyang2 bot dari depan sampai air kena kami2 yang kat belakang. Sudahnya dia sorang je tak basah dan tanpa rasa bersalah tanya kenapa kitorang basah2. Huh pakcik main kasar na HAHAHA.
Ni Pak Cik Abdullah(baju hitam), tq for the tips, ilmu serta perkongisan yang pakcik berikan semasa trip kami ye. Mintak halal ye ilmu2 pakcik. Ok so itu je pengalaman SH di sini, tq jugak pada team2 Mutiara Taman Negara atas servis yang di berikan.
Comentarios