2017 Braces Updated
Hai fellas, lame betul tak berblogging. Banyak je cerita nak share cuma dah asyik delay tak tau which one should i write first. Next year maybe SH akan come out with new topic so stay tuned(KAHKAHKAH hengko ingat rancangan telibisyen). Harini rajin plak mood menulis lepas tengok rating viewers. TQ support korang even SH tak tau pembaca dari mana tapi kalau tengok rating, post BRACES paling banyak readers. Ngeh ngeh kesian korang yang follow kisah braces SH kan, tergantung sepii macam lah=gu si Haqiem tu KIKI. Few years dah pakai, mesti korang expect SH dah bukak pagar2 besi ni kan? Well NO NO NO NOOOO.(btw masa SH tulis article ni on 2017, don't ask why publish on 2018-penyakit malas yang kuat)
Alkisahnya semenjak ikut laki SH pindah kawasan rumah In Law SH dah jarang turun Melaka untuk service. Kira dekat setahun/setahun setengah jugak la tak pergi service. Masa tu gigi atas bawah baru lepas cabut so SH biarkan dia bergerak sendiri je tapi movement tu agak slow la sebab tak ketatkan tiap2 bulan. Hingga la one day tu SH pergi dental sini sebab nak cuci gigi. Well pakai braces ni mudah perangkap plug. Especially gigi bawah SH yang depan belah dalam tu. SH cuci kat KK Serendah jimat uolls, bayar pun RM1 untuk daftar. Servis RM2. Total RM3 je. Tu pon tak buat apa2 appointment sebab sebelum tu dah snap picture waktu rawatan gigi kat sini.
Lepas cuci tu SH saje la tanya doc situ why rahang macam senget. Dr tu terus tanya, buat kat mana. Bila last buat. Lepas tahu dekat setahun tak servis terus dia bising. Dia kata kena pergi jugak servis. Nak continue tempat lain pun kena ambik jugak rekod dari klinik lama sebab Dr nak tengok sejarah gigi kita dulu macam mana plus nak guide diorang la apa nak kena buat dengan gigi korang. Ooo cenggitu so dalam malas2 SH pun continue la ulang alik ke Melaka ni.
(Gambar 1)
1st datang SH bagitau pasal rahang tu. Since gigi yang cabut dulu tu dah habis gap so Dr kikir la lagi tengah ni haa untuk kasi space lagi(refer Gambar 1). Pasal rahang yang senget tu plak Dr bagi getah ni ha(refer Gambar 2). Kat besi atas bawah paling last tu ada macam hook n dekat taring pun ade hook so getah tu kena sarung kat dalam hook taring atas dengan hook kat gigi bawah yang paling last tu(refer Gambar 3). Dalam tu ade few rubber. Dr suggest suruh tukar selang 3 hari.
(Gambar 2)
Camni ha rupe rubber tu. Tak susah mana pun nak sarung dia, pojam mato pun boleh so hengko jangan gigih sangat nak pergi dentist semata2 nak suruh dr tolong pasangkan untuk hengko. SH kena pakai menda alah ni 24jam. Makan n berus gigi je kena bukak. Eheheh sebab kan SH lagi di pesan lagi nak tau kenapa kena bukak so SH try la berus gigi tak bukak, susah nak berus noks. Pastu time makan kalau makan kat kedai makan mesti segan kan nak bukak AHAHAHAH so kadang SH balun je tak bukak. Sedar2 bunyi tap dalam mulut. Putus hengko, KEKEKE so nak tak nak kena bukak jugak cabut getah yang dah putus tu kan tak pasal2 tortolan, dudo laki den nanti HAHAHA.
(Gambar 3)
Lagi satu tak taulah getah ni ke yang manja or mulut SH yang bosar. Pernah kalau menguap SH nganga luas2 macam badak sumbu tu pun getah ni boleh putus dalam mulut. Maka sila menguap n gelak sopan sikit tutup mulut UHUHUHU(gelak sambil tutup mulut). Sebulan pakai ni rasa la gigi atas SH tu dah center sikit dengan gigi bawah. But now SH dah menghampiri zon malas, jarang2 je pakai.
Lagi doc ikat gigi dengan apa tah. Besi halus, zig zag2 kat gigi SH. Lepas pakai terasa ketat dia. Kalau pakai ni sekali dengan double chain tu lagi terasa ngilu dia. Tapi mula2 je la. Now pun SH dah jarang jugak pergi tapi bukan faktor malas. Nanti SH update reason kenapa skip pergi ye. HIHIHI ok tu je update pasal gigi ni. Bertabah ye korang2 yang nak tengok bila la boleh bukak pagar2 ni.