top of page

Resepi Nasi Ayam Lazat Memikat Memukau

Haa tengok Jemah ooi, tajuk taknak kalah HOHOHO tapi memang sungguh tak mohong na. Resepi kalini memang lazat baq ang. Serious sedap macam makan kat istana(pengaruh MMPU sangat HAHAHA). Btw credit to Kak Azie Kitchen sebab banyak betol ilmu SH dapat menuntut dengan blog kak Azie HIHI. Menu ni SH da berapa kali repeat so memang setakat ni selalu berakhir dengan kejayaan. So di sebabkan dah feeling2 tahap professional ni maka SH pon tambah2 la sikit 1-2 bahan dari resepi asal(anak murid derhaka ni HOHOHO). Resepi kat bawah ni untuk portion 10 orang makan. Kalau korang nak masak untuk 2-3 ketoi je maka pepandai la korang darab bahagi. Tapi kalau masak lebih pon apa salahnya. Nanti bagi la jiran ke in law rasa ke. Nanti mencurah2 rezeki hengko berkongsi rezeki dengan orang lain. Dah ready? Ok sila bawak bersabar, resepi kat bawah ni terbahagi pada, Nasi Ayam, Ayam, Sos Kicap, Sos Cili dan Sup so bertabah la baca satu2. Ye la buat nasi ayam kurang benda2 ni mana feel meh.

RESEPI NASI AYAM

Hidangan : 10 orang makan

Bahan-Bahan untuk NASI

  • 5 cawan nasi(sukatan air 6 ½ cawan)

  • 4 sudu besar mentega

  • 3-4 sudu besar susu tepung@2-3 gelas fresh milk

  • 2 stock ayam

  • 4 biji bawang merah(di blend)

  • 6 ulas bawang putih(di blend)

  • 1 inci halia(di blend)

  • 1 helai daun salam(bay leaves)

  • 2 helai daun pandan

  • Rempah menumis(kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

  • Serbuk kunyit dan garam

Cara Penyediaan

1. Cairkan mentega ke dalam kuali kemudian masukkan bahan blend hingga naik bau.

2. Masukkan rempah menumis, daun bay dan stok ayam di ikuti daun pandan.

3. Kemudian masukkan susu yang dah siap di bancuh bersama air.

4. Sukat bahan yang di masak di dalam kuali ke dalam periuk nasi agar anggaran kuantiti dalam (6 ½ cawan).

5. Tambah sedikit serbuk kunyit untuk menghasilkan warna kuning. Sesuaikan rasa dengan garam.

6. Tunggu hingga nasi masak. Sambil tu sediakan bahan ayam pula.

Bahan-Bahan untuk AYAM

  • 1-2 biji bawang merah(di blend)

  • 3-4 ulas bawang putih(di blend)

  • 1 inci halia(di blend)

  • Minyak bijan, kicap manis, sos tiram, madu.

Cara Penyediaan

1. Rebus ayam bersama bahan blend. Setelah selesai asingkan ayam dari air rebusan.(simpan air rebusan ayam)

2. Satukan minyak bijan, kicap manis, sos tiram, dan madu. SH main tuang2 je. Janji dapat rasa yang di ingini. Lepastu tuang campuran ke dalam bekas ayam untuk di perap beberapa minit.(boleh siapkan sambal cili dahulu atau potong tomato/timun untuk di sajikan bersama hidangan)

3. Setelah selesai memerap, goreng kesemua ayam(simpan sos perapan ayam tadi).

(kalau nak ayam berkilat dan cantik warnanya lebihkan madu, ayam yang paling last digoreng akan dapat warna yang paling cantik, sebab minyak dah bercampur dengan sisa air perapan tadi)

Bahan-Bahan untuk SUP

  • Daun sup

  • 1-2 stock ayam

  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air rebusan ayam tadi. Tambah air jika perlu. Masukkan stok ayam dan sesuaikan rasa dengan garam.

  2. Akhir sekali tabur daun sup.

Bahan-Bahan untuk SOS KICAP

  • Sos perapan ayam

Cara Penyediaan

  1. Masak bahan perapan ayam tadi di atas kuali. Tambah sedikit air atau bahan lain jika perlu.

Bahan-Bahan untuk SOS CILI

  • 5 biji cili padi (blend)

  • 5 ulas bawang putih (blend)

  • ½ inci halia (blend)

  • 1 biji tomato (blend)

  • 3-4 sudu besar sos tomato

  • 1 sudu besar cuka

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu besar gula

Cara Penyediaan

  1. Masak bahan blend di atas kuali. Kemudian masukkan kesemua bahan di atas.

  2. Rasa dan tambah bahan ikut kesesuaian. Masak hingga sambal menjadi likat.

Ok so tu saja resepi untuk menyediakan Nasi Ayam ni, memang agak panjang tapi berbaloi untuk cuba coz rasa dia tu berhantu sungguih. Selamat mencuba :)

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page