top of page

Pengangkutan dan Penginapan di Pulau Tioman

PENGANGKUTAN UNTUK KE PULAU TIOMAN

Ok ringkasan nye nak ke Pulau Tioman ni ada 3 cara. Paling mudah naik private air ke sini. Boleh baca entry Activity di Pulau Tioman untuk detail private air tu. Cara kedua drive ke Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing. Terpulang pada mana yang korang rasa access lagi mudah. Kalau di Tanjung Gemok kami di maklumkan oleh pegawai sana yang servis parking di hadapan Jeti ni adalah percuma. Yang caj tu masuk poket sendiri je. Pegawai tu siap pesan lagi, kalau diorang minta bayaran report je aktiviti diorang ni kat pihak berwajib. Ok sambung, cara ketiga adalah dengan menaiki bas. Korang pilih je mane2 bas kalau area tempat tinggal korang ada direct bas ke salah satu antara dua jeti ni. Macam SH ambil tiket di TBS - Jeti Tangjung Gemok harga tiket (RM30.90) if beli siap2 untuk retun jadi RM30.90 x 2 = RM61.80. Kereta park di TBS semalaman RM10 park 3 hari so total RM30.

TBS - TANJUNG GEMOK

Masa perjalanan dalam 5jam tapi sebab ada kes2 terpencil contohnya kontractor buat jalan. Penumpang bas tak ambil luggage tapi pergi toilet dekat 30 minit maka masa perjalanan tu bertambah la. Ni bukan karangan rekaan ye, betul2 terjadi ni masa trip pergi kami HAHAHA. Plak tu 1st time pergi, pengalaman SH tengok jam dah dekat 5pagi. Kalau ikut waze ni memang waktu kami sepatut tiba di lokasi tapi bas stop n semua penumpang tidur termasuk la laki SH. Da macam salah satu scene cerita horror dah HAHAHA. SH pon kejut la husband cakap dah sampai. Masa nak turun tu pintu bas tutup driver plak kepala baring atas stereng. Husband kejut la tanya da sampai ke? Rupanya belum driver just berhenti lelap HAHAHA. Ampun bang, HIHIHI kami no hal sebenarnya kalau driver nak tidur sebab lagi better dari driver memandu dalam keadaan mengantuk so bersambung la lagi kami tidur untuk kali yang keberapa ntah.

Sedar2 bas stop lagi. Kalini pintu bas di buka tapi driver sambung tidur balik HAHA. Kami as couple yang paling excited pon turun la, di ikuti dengan passanger yang lain. Kalini bukan false alarm, betul2 dah sampai tapi terpinga2 kami anak muda kat sini. Bonet luggage driver tak bukak. Krik Krik semua passenger saling berpandangan HAHAHA. Laki den la yang naik lagi sekali minta abang driver bukak bonet HAHAHA. Ampun lagi bang. Jangan mark kami, kami nak naik lagi bas abang lepas ni HIHIHI.

JETI TANJUNG GEMOK

Sampai di jeti kaunter tiket masih tutup. Paling awal di buka jam 6.30 pagi. Tiket feri tak boleh di booking secara on9 memandangkan jadual feri sering berubah2 ikut keadaan air dan jadual pon hanya di keluarkan setiap sebulan so jangan mimpi nak book for another 2-3months. For further detail korang boleh contact no kat bawah.

BISTARI GEMILANG SHIPPING SDN BHD

Mersing : +607-799 8518 / Tg. Gemok : +609-4131 362

Adult : RM35 Child : RM30 (one way)

Tapi kalau nak direct beli pon boleh. Kat sini ade few counter, kaunter Gemilang dan Juara rasanya yang paling banyak ada pilihan masa. Kami ambil tiket dengan kaunter Gemilang sebab ada tiket yang paling awal iaitu seawal 7.30am.

Kemudian kami ke kaunter Jabatan Taman Laut untuk beli tiket ke Taman Laut Negara. Tak beli pon takpe sebab takde orang check pon tapi ape salahnya beli RM5 je for contribution untuk pemulihan Taman Laut Negara kita. Untuk generasi kita jugak :)

Sambil tunggu feri kami pergi solat, gilir2 jaga luggage. Ruang menunggu selesa dan bersih. Ada stray cat tapi ruang tak berbau macam pasar. Surau pon bersih cuma tempat untuk ambil wudhu bagi perempuan agak open. Harap in future surau ni di naik taraf :)

TANJUNG GEMOK - TIOMAN

Hampir pukul 8am feri mula bergerak. Bertabahlah ye, 45minit awal memang feri ni bergerak tersangatlah perlahan. SH siap sempat buat lukisan inai kat sebelah tangan ni haa. Macam tak bergerak so tak terasa mabuk laut naik feri lagi rasa selamat berbanding naik kereta laki den bawak HAHAHA.

Perjalanan dari jeti Tg. Gemok ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 4jam. Feri akan berhenti sebanyak 5 perhentian. Pertama di Genting, Paya, Tekek, Air Batang dan terakhir di Salang. Kalau hengko stay dekat Salang jangan gatai2 turun dekat Genting. Taxi air nak ke Salang pon dah macam harga tiket dari jeti Tg. Gemok ke sini. Macam laki SH as usual paling bersemangat dalam feri tu so feri baru nak sampai Genting dia dah get ready nak turun sedangkan perhentian kami kat Air Batang. Aduhai suami, ni contoh yang tak baik ampa jangan tiru plak nah. SH tiba di Jeti Air Batang dalam jam 10.30am. Di sebabkan feri tak drop dekat Panuba sebab keadaan air yang cetek kot so nanti ada taxi air yang akan pick up korang kat sini.

(Feri yang drop penumpang dari Tg. Gemok)

TIOMAN - TANJUNG GEMOK

Kami beli siap2 tiket return. Waktu berlepas 1.45pm tapi diorang suruh tunggu sejam awal dari masa berlepas so kitorang pon bersiap la awal ke Air Batang. Isi perut dulu di Nordin Cafe ni sambil tunggu feri. Hampir jam 1.30pm kami ke jeti. Dari kami 2 ketul sampai la penumpang lain pun sampai. Dekat sejam feri delay but memang SH da expect kes2 feri delay so kalau korang nak beli tiket bas tu make sure korang add on 1-2jam dari masa feri korang berlabuh tapi masa kami tak drag sangat sebab lepas di Air Batang feri kami juz collect passanger dekat 1 perhentian je then terus shoot balik. Kami sampai dekat jeti dalam pukul 5.15pm, masa ni baru la nampak ada kedai2 yang buka coz haritu datang pagi. Masing2 take turn solat selesai dalam 5.40pm macam tu so nak beli la makanan buat alas perut atas bas. Pergi kat kedai jual waffle dan jagung manis tapi akak tu dah nak kemas2 barang. Almost semua kedai kat sana dah bersiap nak tutup kedai so kitorang juz grab junk food macam tu je so makesure kalau korang sampai awal nak beli apa2 before 5.30pm.

(Feri yang collect penumpang dari Tioman)

TANJUNG GEMOK - TBS

Masa nak balik ni masing2 blur sebab tak tau nak tunggu bas kat mana. Tanya orang2 kat sini kata nya biasa orang tunggu kat car park depan jeti ni. Tapi masa tu tak nampak kelibat orang lain. Kedai2 makan plak takde yang bukak. Kedai makan kat tepi jalan besar tu pukul 6.30pm baru start goreng2 memang tak sempat sebab bas kami 6pm. Takde option kami pon tunggu je la depan car park tu. Dah pukul 6.05pm bas tak sampai2 lagi. Penumpang2 lain pon dah sampai n masing2 blur tak tau nak tunggu mana. SH takut bas berhenti kat tepi jalan besar sana kan masak kalau termiss. So SH pon bukak la web cari info pasal bas kami, get d contact no. Ada orang lelaki yang pick up call tu, katanya memang tunggu dekat car park tu cuma bas delay sikit. Elok je lepas call husband jalan depan sikit dekat car wash nampak la ada 1 gerai ni haa siap ade contact no bas kami lagi.

Kedai GORENG PISANG CRISPY kat sini selain goreng pisang ada keropok lekor, mee kari, laksa n menu makan petang yang lain. SH nak makan takut bas sampai so cakap kat akak tu takpe la n guess what akak tu call driver tanya kat mana. Pastu siap cakap makan la dulu driver lambat sikit. Nanti kalau driver sampai akak suruh dia tunggu. Fuyoo layanan orang ada-ada ni HAHAHA. Kami pon order la makan, SH order laksa penang. Sedap bak ang. Dah nak habis makan nampak bas lalu. Dia park dekat depan car wash betul2 depan gerai akak ni.

So kalau korang ambik bas Sanwa Express, otw balik tu tunggu je depan kedai GORENG PISANG CRISPY ni sebab bas park kat depan car wash n akan menghadap betul2 depan kedai akak ni so tak perlu risau tak nampak bas. Hee thanks akak. Betul la dari hari pergi sampai hari nak meninggalkan Tioman ni pun jumpa orang2 kampung yang baik2 n ramah je.

Penginapan di Pulau Tioman.

Kat sini banyak chalet u guys so no worry takut bilik full melainkan kalau masa pergi tu peak season so better book awal. Kami memilih untuk menginap di Panuba sini memang takde option chalet lain sebab 1 area tu kepunyaan resort ni. Macam SH 3x tukar bilik kat sini. Nasib ada banyak kosong. Staff pon ringan tulang je siap offer bawak kitorang round2 pilih bilik. Asalnya SH ambik bilik type B tapi pemandangan kami di block pelepah kelapa so tukar bilik sebelah. Otw ke restaurant nampak type SD. Berkenan yang tu plak HAHAHA tapi still under renovation while other dah full so kami ambik type D. Korang boleh click website Panuba Inn ni untuk pilih bilik.

Ni view dari balkoni bilik kami. Juz imagine how peace it was tiap pagi, tiap petang di jamu dengan pemandangan macam ni.

Bilik kami ada aircond, fridge, katil queen, water heater dan TV. Tapi masa ni bila kami tanya diorang cakap kalau ada TV pon channel yang dapat cuma Al-Hijrah. Fine takpe la since datang bukan nak tengok cerita lagipon lapang sikit meja untuk SH letak perkakas menoreh SH HAHAHA tapi kot la diorang boleh kurangkan price ke or remove TV dari pakej bilik ke since bukan ada channel pon. Pastu bilik kitorang ni air aircond tu asyik menitik maybe sebab tu la diorang remove TV. Lepastu in term of cleanliness 1-5 SH rate 3 sebab bilik kami masuk2 je terasa lantai berpasir. Toilet pun lantai berkuning n I can detect urine smell. Malam2 plak makesure kalau korang makan ke apa jangan simpan makanan kat dalam bilik or kalau ada sampah sisa makanan tu buang siap2 kat tong luar sebab get ready. Malam2 ada CikTi datang selongkar HAHAHA

Ni juz pendapat peribadi SH je, apa2 pun keadaan bilik ni takde la affect mood vacay kami lagipon sesuai la condition bilik ni dengan harga dia. Dan apa yang best tentang chalet di Panuba ni is bilik kat sini semua nampak laut. Bukak pintu nampak pemandangan sekitar pulau, kejernihan air Oh I am so amazed. Plus staff sini baik2 belaker.

MAKAN MINUM

Well kalau korang dah stay dekat Panuba ni pilihan nak makan kat mana tu agak terhad sebab sini private beach. Memang takde mana2 chalet lagi di Panuba so restaurant pon cuma ada 1 ni je. Tapi jangan risau, view kat depan restaurant ni sangat mendamaikan betul2 menghadap laut plus makanan kat sini sedak2 belaker cuma agak pricey majority apa2 makanan RM10 per plate SH kalau benda sedap boleh reconsider lagi part harga plus selain sedap, pinggan tu meriah la jugak hee tapi bila masuk part air dia. Teh ais rasa pahit, kosong. Segelas RM5. Nak tambah susu RM4 or RM4.50 macam tu. Dah macam harga sepinggan lauk dah. Ok ni tak boleh tolerate HAHA so kami makan untuk Day 1 je. Remaining day korang boleh baca dekat another entry. SH makan kat Nordin Cafe.

ACCESS LUAR

Duduk kat sini takdela bermakna korang terperangkap kat sini je. Kalau korang rajin nak explore sekitar2 pulau tu korang amik la taxi air. Diorang akan bawak je ke mana2 destinasi korang nak pergi. Atau korang boleh ambik pakej snorkeling yang Panuba ni sediakan. Kalau menginap area lain pon sama je, pakej snorkeling bersepah juz pilih. Macam kami tak ambik pakej, aktiviti kami create sendiri je tu pon hasil bertanya dengan staff n orang2 sini.

Rasanya ni je kot yang SH boleh kongsikan. Harap dengan penerangan yang panjang berjela ni korang boleh rancang percutian korang plak. Tapi kalau dah baca pon masih blur, nak makan apa ye, nak naik apa ya, nak tidur kat mana ya so better korang hire agent je biar diorang uruskan dari A-Z. Ok tu saja, jemput klik album Pulau Tioman untuk tengok anak2 ikan maks kat sane HAHA.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page