top of page

Cegah Hairball Sebelum Terlambat


Bagi pembela kucing mesti kita sedia maklum kan yang kucing kita kerap muntahkan hairball iaitu gumpalan bulu. Hotspot mereka biasanya dekat atas carpet atau sofa2 mewah HAHA. Hairball ni bukan masalah besar sangat bagi pembela kucing sebab biasa kucing akan muntahkan/keluarkan balik tapi bagi kes2 kucing tak muntahkan or usus kucing yang gagal berfungsi dia akan menyebabkan hairball ni stuck kat usus tu lame2 block sampai kena buat operation or end up mati.

So better cegah, caranya biasa kucing akan makan rumput untuk muntahkan hairball tapi kalau tinggal kat apartment celah mana nak datang rumput so korang boleh beli kat petshop tanam je dalam rumah tapi SH tak serajin tu, in future maybe so ada option lain untuk golongan metropolitan yang busy macam kita ni HIHI. The option kat bawah ni haa.

Kebetulan haritu stock makanan diorang da habis SH pulak dalam mall so alang2 tu masuk la petshop cari Power Cat tapi takde so SH ambil la mane2 pek kecik untuk bagi malam tu je sebab esok boleh beli usual kibbles diorang. Sambil2 pilih tu nampak la pek whiskas ade gambar macam usus. Baca2 for hairball control, emm waktu tu pikir elok jugak kan. Kot2 mane yang tak keluar kot muntah maybe die bersih usus keluar kot najis ke ape kan lagipon kerap jugak Akim n Ajama athma nak keluarkan bulu HIHI. SH syak sebab diorang jantan or maybe diorang kan dah tua sebab Vanilla n Coklat takde la sampai macam tu HIHIHI.

Esoknya bagi makan, petang tu balik terkejut tengok kat atas mounting board SH alas sangkar tu ade seketoi benda warna oren kat dalam due2 sangkar. Pastu tray hitam bawah tu macam ade air pekat warna coklat. Waktu tu lupe semalam tukar Whiskas so SH n husband ingat diorang berak merata. Tetiba baru teringat semalam tukar makanan, SH cakap la kat laki SH maybe tak elok la Whiskas ni sebab buat poo Akim cair balik n diorang pon macam mogok bancuh kuih merata. So masa laki SH nak uruskan taik depa baru perasan rupanya tu gumpalan bulu. Warna macam poo. Bulu Akim full kelabu, Ajama full hitam so mane datang orange2 so kitorang expect mesti Vanilla n Coklat punya. See, ingatkan diorang muda takde masalah tapi silap sebenarnya yang jarang muntahkan ni la yang bahaya. So I think hairball food ni patut bagi kat anak bulus at least 1bulan 1x.

WHY?

Sebab kucing akan bersihkan bulu depa, caranya dengan menjilat. Korang rasa sehari berapa kali dia jilat bulu? Macam SH selalu perasan si Vanilla kerap nau jilat bulu. Lepas makan jilat bulu, lepas minum jilat bulu. Lepas main kejar2 jilat bulu. Jalan setapak jilat bulu. Kalau dua tapak, berbulu2 di jilat. Conclusion nye sekajap2 di jilatnya bulu. Waduh bisa gawat ni EHEHE sinetron sesat plak. Ok so bila kucing kerap menjilat, bagus sebab bersih salah 1 cara diorang mandi tapi bahaya sebab bulu2 tu mungkin akan tertelan. Jadi bila kucing makan rumput atau makanan untuk keluarkan hairball ni sekaligus boleh bersihkan usus mereka.

Ape hengko ingat dia pandai asing bulu macam hengko asing sayur? Korang pernah tertanya tak kalau yang jenis tak keluarkan melalui muntah/hairball ni agak2 ke mana pergi hairball tu?

Hairball tu akan pergi ke usus dan akan menyebabkan usus tersumbat. Ni apa yang akan jadi dekat usus kucing kalau bebola tu stuck. Just imagine najis tak dapat lalu sebab saluran tu block, di tambah pulak dengan najis baru. Lama2 saluran tu akan kembang, bengkak, luka, pecah. Worst come to worst. Huih so please guy take a good care of ur fur buddy. Harap article kali ni bermanfaat untuk korang n anak bulus. Do visit my Kitty Forum for more info.

P/S : Gambar harini ihsan from google je so pada pemilik gambar, minta halal ye gambar ni di gunakan untuk sumber rujukan :)

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page