Burger Bakar Berhantu di Gerai Burger Bakar Abang Burn
Hai so topic harini pasal makan2 lagi HAHA. Lepas balun daging rusa haritu kat Azra Grill terus sasau teringat menu dia yang lain. Macam nak try yang berasaskan daging plak tapi kan kena cepuk plak ngan laki den baru berapa hari western, nak western lagi. Kikiki tapi dek kerana tekak gedik2 nak telan daging so SH ajak la husband ke Taman Dagang Ampang.
Haa kat sini senang kalau SH nak order western ke, Japanese ke, Terengganese ke ikut suka sebab banyak food court so memasing boleh order ikut selera memasing. SH kalau ke sini wajib order Beef Cheesy Burger dekat stall Burger Bakar Abang Burn. Why?
Haa pasal ni haa, burger je dah macam Menara KL. N setiap lapisan tu memang berhantu. SH ni dah la hantu cheese kena pulak burger ni. Pergh setiap lapisan tu memang masuk betul dengan jiwa SH HAHAHA hengko, makan burger pon kene ade soul. Ko hade?
Dalam burger ni ada sos cheese yang cayaq meleleh melimpah ruah ni. Atas tu ada cendawan goreng, ampa boleh dip2 dengan sos cheese tu. So ibarat ang order 2 menu dalam 1 harga. Lepastu atas burger dia ade cheese yang melekat kat daging tu. Uih burger plak tebal. Burger dia memang juicy waa cakap sama lu. Terasa empuk daging burger tu n paling takde tandingan rasa daging burger dia tu, dah la tebal, juicy pastu ada rasa daging yang tersendiri means tak hilang rasa daging walau ade campuran seasoning. HUKHUK adeh sasau den dah dating ni, huh fokus2. So sape2 yang nak ternak lemak tu cepat2 la ke alamat berikut :
BURGER BAKAR ABANG BURN
Address: Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana,
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 16-630 1285
Operation Hour : 6.30pm-12am
Selain di Taman Dagang Ampang, Abang Burn ni pon ada cawangan lain tapi SH pernah pergi dekat cawangan lain tapi sos cheesy and rasa daging tak sama macam kat sini tapi kalau lidah korang tak picky sangat macam SH boleh je search mana2 cawangan BBAB yang berdekatan area korang.
****************************************************************************
UPDATED ON 8th April 2018
Hye SH saja nak updated weekend haritu SH ada singgah BBAB. SH percaya ramai yang baru tahu pasal gerai ni sebab bulan Dec 17 haritu tiba2 viral pasal Burger Bakar Abang Burn pakai Roda Raclette Cheese yang di import. Actually selama SH makan BBAB ni tak tahu plak cheese apa yang diorang pakai tapi alang2 dah jadi fenomena so nak rasa la sama tak dengan previous burger tu.
Kalini SH order burger quarter kilo, double patty n kalau nak cheese yang viral tu additional dalam RM6+ something. Quarter kilo around RM13+ plus additional cheese huih RM20 untuk sebijik burger.
Rasa? Hemm SH lagi suka Beef Cheezy Burger(BCB) kot. Sebab harga jauh lagi murah pastu yang tu ada cendawan n 2 type of cheese, yang orange cheese cair n yang kuning cair cheese pekat tu. Yang ni pon ok la sedap tapi kalau compare apa yang ada dalam burger ni tak semeriah kandungan dalam BCB. Dari segi patty memang tak menghampakan maintain juicy tapi rasa agak kureng. Previous patty macam ada rasa b/pepper sikit. Apa2 pun I'm still a big fan of their burger so harap kedai dia makin maju n rasa dia makin sedap seiring dengan harga.
Comments