Aktiviti di Pulau Tioman
Salam harini SH nak share apa yang menarik di Pulau Tioman. Ni percutian yang paling menarik so far sebab dah dekat 2 years kawin so baru la nak berhoneymoon. Previously ada la berjalan tapi bila dah angkut 1 family, 1 buddyz, 1 kampung jadi tak terasa lagi definition honeymoon berdua tu. Jadi untuk kali ni sempena ulangtahun perkahwinan kami SH pon senyap2 plan, buat research n book chalet. Saje nak supprisekan suami, ye la takkan nak expect orang je yang nak kena supprisekan kita. So SH plan ke pulau sebab tau husband tak pernah ke sana.
Sebab dia ni selain dari makanan, tempat yang tak pernah pergi pon dia jenis takde inisiatif untuk explore so dalam kepala SH memang teringin sangat nak bawak dia menyelam ke dunia baru. Destinasi pilihan kalini adalah Tioman sebab SH teringin nak stay dekat Panuba Inn boleh baca Pengangkutan dan Penginapan di Pulau Tioman kalau nak tau kenapa SH memilih Panuba.
DAY 1
So sampai je dalam pukul 11am, opkoz ler perjalanan dari pagi memenatkan kan? Kalau ikut planning kami nak isi perut n rehatkan diri dulu tapi hengko mampu? bilik depan laut. Tengok air yang membiru, jernih sampai ke dasar laut takkan jiwa hengko tak memberontak nak berendam yedok? HAHA. And since husband ada pesan kalau tak boleh tidur kejut dia. Nanti kami sama2 cari aktiviti. HAHA green light so apelagi. Tengah hari tu jugak kami p cari port nak berendam.
Kami ke Monkey Bay, actually hari kedua baru tau nama tempat ni. Sebelumni ingat ni jalan rahsia orang lain tak tau HAHA. Nak kesini kena trekking dalam 10minit macam tu. Sebab excited tak terasa pon trekking nye tu. Sampai sini memang cantik sangat tempatnya. Ada pokok besar menjalar ke bawah. Teringin sangat nak panjat n santai kat atas pokok tu tapi tak berkesempatan. SH dan husband snorkeling sekejap je kat sini sebab ombak agak kuat lepastu ada banyak dead coral sakit jugak la kalau terpijak so agak tak sesuai kalau nak snorkeling tapi kalau korang nak lepak2, baring2 layan view memang cun.
(jetty kiri=depan scuba house, jeti kanan)
So kami snorkeling dekat jeti di Panuba tu(gambar kanan). Sini best even dari atas jeti pon jelas nampak anak2 ikan kat tepi2 jeti.
See ikan2 berkerumun kat laki den. Excited nak tengok ikan SH pon turun la tapi dah masuk dalam air. Terkuak2 SH capai tangga jeti tu. Bederau jantung. Dalam giler air kat sini, memang tak sangka sebab nampak jernih je air. Kira hapusla rumah setingkat dia punya dalam tu. Lama jugak la kat tepi jeti tu taknak masuk dalam air sampai la husband cakap ada coral kat tengah, masa tu baru slow2 nervous tu hilang coz nak tengok coral punya pasal HAHA adoi tak sangka daku boleh ade penyakit takut sebegini. Bila ombak makin kuat kami pon naik ke jeti. Masa tu dekat pukul 3.30pm. Rentung mak harini padahal tak sampai sejam berendam.
Balik bilik sambung rehatkan badan, petang tu kami ke Monkey Bay untuk bergambor. Suasana trekking waktu tengah hari n nak masuk senja sangat la berbeza. Seram sejuk je HAHA so korang kalau nak ke sini makesure balik sebelum 5.30pm sebab side sini tak menghadap sunset jadi cahaya kurang risau korang tak nampak trek. Tambah plak hutan, sunyi sepi je HUHU. So settle kami balik ke bilik. Otw balik sempat la SH usha air dekat jeti tu. Ya Allah tenang giler, tak berombak. Kalau mandi dalam pukul 6pm macam tu kat sini mesti syiok. So activity bersambung esok.
DAY 2
Bangun pagi kami bersiap untuk snorkeling tepi jeti lagi, reffer gambar jeti side kiri yang menghadap scuba house tu. Sini air tak dalam macam sebelah lagi satu tu or maybe sebab belah pagi kot tapi side sini lagi senang nak spot coral. Kami snorkeling sampai ke depan restaurant. Around 10am finish
(Rentung skala 1, but who cares ni baru la namanya beach girl HAHA)
Balik bilik bersiap untuk ke Tekek sebenarnya ada beberapa cara untuk ke Tekek. Paling mudah ambik taxi air terus ke Tekek. Kedua trekking ke Air Batang dan sewa basikal. Ketiga ambik taxi air ke Air Batang dan sewa basikal di Air Batang.
Kitorang pilih untuk trekking konon mencabar sikit even waktu tu dengan dress SH confident je sampai la jumpa signboard ni.
Lagi 20 minit ooi, masa ni kami baru trek tak sampai 10 minit, trek menegak pastu jumpa plak signboard ni. Hengko rasa? HAHA maka kami sepakat membawa berkat mengatakan ambik teksi air je lah sampai Air Batang sebab ni pagi lagi. Tak nak sampai tengah hari dah pancit nanti rosak activity petang. Tambang teksi air ke sini RM6 per head(one way) je lepastu kami berjalan sikit sampai jumpa Nordin Cafe.
Sini ade servis sewa basikal, chalet, cafe dan kayak cuma untuk makan2 kalau hari Jumaat lepas pukul 2pm baru ada makan. Majority semua kedai makan dekat Air Batang dan Tekek kami lalu semua macam tu tapi servis lain di buka. Kami sewa basikal kat sini. RM7 per hour.
Nak ke Tekek tak susah pon, kami ikut je laluan tar ni sebab jalan tak besar plus 1 laluan je ada.
(Map di Air Batang)
Kat Air Batang laluan dia kecik n straight je, kereta pon tak banyak. Kalau ada servis sewa motor roda tiga tu better korang ambik basikal je itupon kalau korang nak ke Tekek sebab ada 1 pemisah antara Air Batang dan Tekek. Cuma basikal je boleh lalu palang. Motor kena tinggal. Penduduk sini pon siap ada dua motor, naik motor dari Air Batang n then sampai kat Tekek ambik motor lain plak kayo2 .
Ni jalan penghubung antara Air Batang dan Tekek. HAHA well kat Tekek ni pon duty free so jangan terkejut kalau tengok kenderaan sini takde nombor pendaftaran.
Tekek ni boleh di katakan macam pekan diorang la. Sini ada banyak facility, klinik, sekolah, balai polis, kedai2. Kalau korang nak convenience boleh memilih untuk menginap area Tekek ni.
(Ni satu2 nya ATM machine kat Tekek)
Kedai duty free kat Tekek. Baru lepas withdraw kan so dengan harapan nak borong la 1 kedai. Cewah takbur. HAHA sekali masuk. My favourite chocolate di jual RM3 lagi mahal dari yang SH selalu beli(sejenis otak memorize harga kan KIKIKI). Ini kalau borong bukan untung tapi boleh kayap HAHA so kami masuk kedai runcit biasa je untuk beli snack kot2 saka belaan lapar malam nanti HAHA.
Ni private air kot korang sejenis allergic naik ferry KAHKAH takpe I faham golongan2 have2 macam korang HAHA. Ok other option nak ke Tioman selain dari naik feri dan berenang adalah naik private jet. SAS air. Nak booking boleh klik www.sassb.com.my or call +603 7847 2007/+6013 627 2473.
Taman Laut Tioman. Ala2 macam muzium, kalau korang rajin menelaah masuk la. SH sebab memory dah full GB. Can’t accept more HAHA. Depan Taman Laut ni boleh snorkeling tapi SH lupa bawak extra clothes. Kuciwaaa. Takpe lain kali je la.
Btw masjid pon ada kat Tekek tapi kena masuk simpang mana2 kot sebab sepanjang kami berbasikal tak nampak plak masjidnya. Sini pon ada servis sewa 4wd. Hemm agaknya ada access untuk ke mana2 kampung tapi mungkin jalan dia tak sesuai kalau pergi dengan motor kot. Eee banyak plak kot HAHA.
Balik kami makan di Nordin Cafe. Makanan tip top dan harga RM2-3 lagi murah compare to Panuba, tengok tersenyum girang laki den bila poket dia dapat jimat sikit HAHA. Tapi satu yang SH perhati from own experienced and dari other bloggers. Makanan dekat Pulau Tioman ni tak mengecewakan dari segi rasa. Kalau korang pernah pergi ada 1 pulau tu. Pulau tut, harga dah lah mahal. Order tom yam seafood tapi rasa macam sup kosong plus sayur je banyak. Tapi sini sangat lain, view dahlah cantik. Makanan sedap, orangnya ramah. Ni view depan Nordin Cafe.
Agaknya ni la sebab di panggil Air Batang sebab ada air dan 4-5 batang pokok tumbuh. HUHUHU memandai aku buat spekulasi.
Nak balik taxi air Panuba datang collect kami. Sampai di bilik SH scroll la gambar2 yang SH capture dari Day 1 tu terjumpa 1 gambar air yang jernih giler n penuh coral but how come masa snorkeling tak perasan so kami mandi2, solat2 dan memulakan misi mencari coral HAHAHA.
Rupa2 nya coral ni betol2 sebelah jeti n betol2 depan scuba house. Boleh plak termissed. Petang tu puas hati kami snorkeling sebab dapat berenang dengan ikan n tengok coral yang pelbagai spesis. Mula2 memang takut sebab banyak giler landak air. Kotla dia boleh tembak kita kan. Tapi tengok coral2 n ikan buat nervous tu hilang. As usual air dah start berombak so kami naik ke bilik.
Malam2 kami yang kebiasaanya tenang agak kecoh malam tu sebab ada 1 group datang, siang dia buat bising. Pasang radio kuat2 n bersembang macam orang sebelah tu ada hearing problem. Lepastu malam group tu buat kecoh lagi bila ada kawan diorang bergaduh dengan foreigner sebab dia panggil n bagi isyarat lucah kat foreigner tu. Eeee harap sangat sape2 baca blog ni faham. Kalau korang nak riuh, berparty. Best place is Salang but still tak perlu cari pasal dengan foreigner or even local n bila datang tempat orang please la mind your own business tanpa kacau kenteteraman orang lain but its Ok takkan sebab kecik nak spoilkan mood vacay kan so juz ignore.
DAY 3
Ni our last day so memang SH taknak sia2 kan sehari pon kat sini. Pagi tu pagi2 lagi dah bangun. KEKEKE di luar kebiasaan, kalau hari biasa punya liat laki SH nak kejut subuh, kat sini den yang jadi alarm HAHAHA. Kami snorkeling dalam pukul 8am, snorkeling di pagi hari ni sangat la best. Air tenang plus cetek gila. Korang boleh snorkeling betul2 atas coral.
SH ada video yang tak tau macam mana nak upload tapi dalam video tu best la nampak gelagat2 ikan yang comel sibuk enterframe masuk dalam kamera HAHA . Takpe korang layan gambar je dulu boleh klik album Pulau Tioman nanti kalau dah tau cara upload n edit SH upload video nya.
Selesai meneroka keindahan coral tu SH berenang ke jeti. Laju je ikan2 bawah jeti tu kerumun SH. Feeling2 macam mak balik kerja anak2 datang sambut plak HAHA. Sebelum pergi SH tabur semua balance makanan ikan yang kami bawak bagi cepat sikit anak2 gemuk HIHI. Korang kalau nak bagi makan boleh sediakan roti or makanan ikan. Jangan gatal2 bagi Cadburry, Chewing Gum ke Twisties plak. Kan mati anak2 ikan mak. Opss HAHAHA.
So tu saja activity yang sempat kami buat untuk hari terakhir kami di sini. Dalam pukul 10am kami bersihkan diri dan bersiap untuk tunggu feri. Sebenarnya banyak lagi aktivity yang korang boleh lakukan dekat sini. Jungle trekking, mandi di Air Terjun Asah so pandai2 la korang rancang atau lagi mudah korang ambik pakej lagi senang sebab diorang akan tolong susunkan jadual masa korang so tak perlu runsing nak manage masa. Pakej boleh ambil dekat resort atau dekat jeti. Nak booking or datang on the spot pon boleh.
Nak tau cara ke Pulau Tioman dan Penginapan boleh klik entry ni :)
Comments