top of page

Resepi Pavlova Ringkas dan Mudah

Salam pembaca SemerahHatiku blog.. Harini SH nak kongsikan resepi Pavlova sebab 3 4 harini SH tengah menggila buat Pavlova HAHAHA.. Bukan menggila sebab sedap tapi sebab tak menjadi so dalam 3 4 hari tu non-stop SH buat sampai SH betol-betol puas hati baru boleh stop HIHIHI.. Dalam ni SH selitkan kemungkinan-kemungkinan korang punya pavlova maybe tak jadi so kalau boleh avoidkan my mistake.. Nak look down ke resepi boleh scroll bawah terus ye XOXO..

Resepi ni SH ambik dari blog Azlita Masam Manis, Cik Epal dan Cahaya Cintaku.. Gigih sampai reffer 3 blog kan HIHI.. Sebenarnya resepi sama je untuk ketiga-tiga blog cuma SH reffer Cik Epal sebab penerangan ringkas.. 1st baked tu mmg menjadi SH punya pavlova cuma mase tu silap beli Whipping Cream sudahnye tak kembang-kembang SH punya whipping cream.. So ingat ye make sure beli yang NON-DAIRY WHIPPING CREAM.. Ape-ape jenama tu lantak ko la labu HIHIHI..

Jadi SH give a 2nd trial tapi fail, arghhhh!!! SH punya "meringue"(telur+gula)"meringue" tak likat, dah nak sejam pukul pon tak likat-likat jugak.. Memang SH tak puas hati sebab kalau dari awal tak jadi senang je 2nd time and 3rd time tu SH andaikan memang SH tak berkebolehan tapi ni on 1st trial menjadi.. So SH pon bereksperimen maybe coz termasuk kuning telur sebab kuning telur SH pecah dari dalam.. Angpa boleh imagine daq, ketuk telur tu dengan penuh kesopanan and kesusilaan last-last dia keluaq teburai.. Sakit hatii baq ang.. On 3rd trial tu dengan penuh ketelitian SH asingkan telur kuning yang pecah tak nak repeat mistake kat 2nd trial tu so dengan penuh pengharapan SH pukul telur tu and akhirnya......

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tak jadi jugak... Arghhh mase ni segala jenis bahasa planet bumi, marikh, pluto semua dah keluar.. Emosi dah stabil baru SH take positive maybe SH simpan telur dalam refrig kot.. 1st time tu telur habis so SH pakai telur baru.. Maybe on 1st time tu telur dalam keadaan suhu bilik.. Wokeh tak boleh give up try lagi and akhirnyaa voila.. Menjadik jugak, teruja nya masa tu.. Tapi sekejap je keterujaan tu sebab SH punya "meringue" hangit kat bahagian bawah sebab SH pakai api bawah je.. Masa tu terbaca kat blog Kak Ita katanya panaskan oven api bawah so ingatkan time nak baked tu pon pakai api bawah la.. Ok ini namanya kesilapan yang mengada-ngada.. 1st time buat dah jadi gatal nak p tukar api bawah HAHA.. Nak confirmation SH scroll ketiga-tiga blog ni pasal penggunaan api, kebetulan blog Cahaya Cintaku ade blogger tanya mengenai ni so dapat la maklum balas dari Kak Ana.. Katanya pakai api atas bawah.. HEHEHE tak pe kalau tak de mistake takde lah ilmu kan.. So harap dengan perkongsian ni diharapnya menjadi laa Pavlova korang :)

RESEPI PAVLOVA

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur

  • 1 sudu kecil cuka makan

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan

  1. Sebelum membuat adunan panaskan oven dalam suhu 140 darjah celcius menggunakan api bawah sahaja.

  1. Pecahkan telur, ambil telur putih sahaja.(SH pakai yolk filter, sonang sikit kerja HIHIHI) Kemudian pukul sehingga putih telur berbuih-buih.

  1. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga "meringue" tu kental/likat. Kalau cair dan meleleh itu maknanya "meringue" tak menjadi. (Stop putar coz kalau putar sampai subuh pon memang tak kan kental.)

  1. Kemudian masukkan esen, vanilla, tepung jagung dan cuka makan. Kacau menggunakan spatula/senduk.

  2. Bentukkan adunan cantik-cantik atas baking paper. Means biar adunan tak terlalu nipis atau tebal.

  3. Kemudian masukkan ke dalam oven, turunkan suhu kepada 100-130 darjah celcius menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 1jam/1 jam 15 minit(suhu dan tempoh masa bergantung pada jenis oven)

  4. Apabila dah masak bukak sedikit pintu oven dan biarkan pavlova sejuk seketika di dalam.

TOPPING

  • 3/4 gelas whipping cream(NON-DAIRY)

  • 1 mangkuk strawberry

  • 1 mangkuk kiwi

  • 1 mangkuk anggur

Cara Penyediaan

  1. Pukul whipping cream hingga kembang. Kemudian salutkan di atas pavlova.

  1. Hiasi dengan buah-buahan segar mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.

Ni pavlova versi SH.. HAHAHA mesti korang pelik dalam gambar atas ade kiwi.. Dah siap hilang kiwi.. Husband SH cakap tak payah letak so SH tak letak la kang derhaka ngan suami pulak HIHIHI.. Selamat mencuba ye :)

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page