top of page

Resepi Cheesekut

Harini SH nak kongsikan resepi Cheesekut.. Apeke pelik nau name nye kan?? Sebenarnya ni shortform untuk CHEESE+BISKUT.. Cuma yang simple nak baking die ni sebab tak perlu bakar incase korang tak de oven.. Cheesekut ni lepas siap masukkan je dalam chiller/peti ais..

Mudahkan?? HAHA tapi mudah pon agak lame jugak SH tak re-baking Cheesekut ni.. Almaklumlah acah-acah nk buat resepi baru(lupa daratan ko SH ye, padahal ni la antara top 3 resepi masa mula-mula belajar memasak dulu).. Last SH buat dulu pon dalam bulan 6 or 7 2015, SH buatkan untuk staff sekerja merase.. Alhamdulillah buat haritu licin.. Tinggal 2pcs je berbaki.. Kesian husband SH tak sempat merasa banyak.. SH pon tak sangka sambutan hangat.. Ye la yg makan pon berapa ketoi je tapi hampir habis sebekas yang saiz besar laptop tu.. Jadi harini confident la sikit nak share, kebetulan pulak ade staff mintak resepi langsung teringat dekat blog yang berhabuk ni HAHAHA.. OK jom mula..

RESEPI CHEESEKUT

Bahan-Bahan

  • biskut high calcium(can use anybrand)

  • 1/2 cawan Nestum

  • 1/2 cawan serbuk Oreo

  • 1 gelas fresh milk

  • 250gm tartura cheese(diblend)

  • 1/2 cawan krimer pekat manis

Cara Penyediaan

  1. Blend cheese bersama dengan krimer pekat manis. Ketepikan.

  2. Rendam biskut dalam fresh milk tapi jangan terlalu lama(SH guna whipping cream sebab ritu buat pavlova silap beli whipping cream so alang-alang tak nak membazir guna je ape-ape yang berlemak untuk gantikan dengan fresh milk). Kemudian susunkan kedalam tupperware/loyang.

  3. Sapukan cream cheese di atas lapisan biskut kemudian tabur nestum diikuti dengan serbuk oreo

  4. Ulang langkah 2-3 secara berselang seli hingga kita dapat ketebalan cheesekut yang diingini.

  5. Akhir sekali simpan didalam chiller/peti ais. Biarkan semalaman dan sedia untuk disantapi :)

(OK ni rupa Cheesekut versi SH.. Dari bahan-bahan tadi SH mampu hasilkan 2 Cheesekut dalam bekas tupperware yang sama ukuran saiz)

(Ok ni pulak versi zoom in.. Korang yang kaki skodeng boleh tengok die punye cheese yang meleleh kat tepi tu HAHAHA.. Saje nak menyeksa batin ibu-ibu mengandung yang tengah craving cheese HAHAHA)

NOTE

*boleh gunakan berbagai jenis saiz dan bekas tapi seeloknya bekas petak/segi empat tepat supaya cheesekut padat.

*Hipotesis of the day : Jika bekas/loyang kecik maka cheesekut akan menjadi tebal. Jika bekas/loyang besar maka cheesekut akan menjadi sederhana nipis(HIHIHI fefeeling2 macam belajar science masa skolah dolu2)

Selamat mencuba ye.. Insyallah kalau tak derhaka pada resepi and follow pantang larang anda akan berakhir dengan kejayaan MUEHEHEHEHEHE.. Gambar SH akan upload the very soonet wokeh lepas SH berjaya kumpul balik semangat n kerajinan untuk membaking HIHIHI.. Lovyas and stay follow :x

PICTURE UPDATE DONE, TQ 4 UR PATIENCE :)

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page