top of page

Resepi Ayam Butter Milk

Salam semua.. Ok nak share sikit mengenai resepi ni.. Resepi ni antara resepi terawal SH cuba masa mula-mula berjinak masuk dapur dulu.. Ceritanya tengok rancangan kat TV3 masa bulan ramadhan yang ade Chef Anis Nabilah tu(lupa nama rancangan apa).. Dalam rancangan tu diorang masak untuk bagi kat orang yang sangkut dekat traffic jam.. Nampak diorang masak macam simple.. Tengah-tengah jalan raya tu godek-godek dapur.. Tung tang tung tang siap HEHEHE.. Jadi oleh kerana resepi ringkas tambah pulak masa tu SH cuma pandai masak Spaghetti Carbonara and Butter Chicken je jadi sepanjang bulan puase tu asyik selang seli masak ni je HAHAHA.. Nasib tak kawen lagi mase tu ngeh ngeh ngeh.. Ok panjang sangat dahni melalut kang tak jadi resepi HIHIHi.. Nah salin uolls..

RESEPI AYAM BUTTER MILK

Hidangan : 2-4 orang makan

Bahan-Bahan Ayam Crispy

  • Ayam bahagian dada/isi

  • 2 biji telur

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

  • 1 sudu kecil garam

Bahan-Bahan Sos Butter

  • 3 sudu besar margerin

  • 1/2 tin susu cair

  • 3 ulas bawang putih

  • 3 biji bawang besar

  • 4 biji cili padi

  • 1 tangkai daun kari

  • 1 sudu kecil gula

Cara Penyediaan

  1. Satukan tepung gandum, lada hitam dan garam dalam satu bekas yang sama.

  2. Kemudian potong isi ayam kecil-kecil lalu dicampurkan bersama telur yang siap dipukul.

  1. Celupkan isi ayam tadi kedalam bekas tepung lalu dimasukkan terus kedalam kuali untuk menggoreng.

  2. Goreng sehingga warna ayam keemasan. Angkat dan ketepikan.

  3. Untuk menyediakan sos butter. Ambil sedikit butter untuk menumis bawang putih. Apabila bau sudah harum, masukkan kesemua baki butter yang ada.

  1. Masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih seketika di atas kuali.

  2. Kemudian masukkan cili padi, daun kari, bawang besar dan ayam yang siap digoreng tadi.

  1. Gaul sehingga kesemua rasa disatukan. Akhir sekali perasakan dengan gula. Siap.

Selamat mencuba guys, jangan risau Insyallah menjadi.. Rasa dia lemak-lemak, ade rasa manis, pedas and ala-ala santapan mat salleh sebab penggunaan butter tapi at the same time ade rasa kemelayuan gabungan dengan cili padi meletop and Indian style dengan aroma daun kari tu.. HUHUHU pendek cerita korang patut cuba :)

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page