Resepi Spaghetti Aglio Olio
Hello!!! We meet again, last entry SH cerita pasal William Corner and SH did mention yang SH and husband memang kemaruk dierang punya Spaghetti Aglio Olio Seafood diorang.. Mane tak nye, 1 portion boleh makan 2 orang.. Lepastu seafood pulak berenang-renang dalam pinggan tu(HEHEHE means nak cakap banyak betul seafood) Harga berbaloi la dalam RM30-35 macam tu, seafood tak kedekut, portion besar dulang tapi kalau tiap-tiap bulan kemaruk WC, alamatnya hujung bulan telan oksigen jelah HAHAHA..
Jadi SH pon mesej la en.google mintak resepi, hasil berganding bahu dengan en.google SH pon gabung la sikit-sikit resepi dari disinun, disinin and akhirnya terhasila resepi spaghetti aglio olio versi SH.. Kalau improved sikit lagi ni mungkin tahun depan dah boleh bukak restaurant sebelah WC HIKHIKHIK.. OK dah standby pen and kertas belom??? Kalau dah nah salin :)
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
Hidangan : 2 orang makan
Bahan-Bahan
1/3 spaghetti 500g
100g seafood
1/4 cawan olive oil
5 ulas bawang putih(dihiris)
3 biji cili kering(digunting)
1 sudu kecil black pepper coarse
1 sudu kecil cajun
1 kiub ayam
1 sudu besar daun parsley
garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Rebus spaghetti kemudian toskan..
Di periuk yang lain rebus pula seafood separuh masak kemudian toskan.. Ketepikan kedua bahan..
Kemudian tumis bawang putih bersama minyak zaitun.. Apabila bau sudah harum masukkan sotong diikuti dengan black pepper coarse, cajun dan kiub ayam..
Masukkan air atau minyak zaitun sekiranya kuah agak kering.. Teruskan menggoreng hingga warna sotong berubah kearah pink..
Masukkan garam kacau hingga rata kemudian masukkan spaghetti..
Gaul hingga semua bahan sebati..
Akhir sekali masukkan daun parsley dan kacau hingga rata..
Siap!! Rase memang mengancam.. Susunan pon SH ikut susunan sendiri coz cubaan sebelumni hasil kurang memuaskan.. Tapi terpulang pada korang naka masak style macam mana.. Selamat mencuba :)
NOTE
Semasa merebus spaghetti masukkan sedikit minyak agar spaghetti tidak melekat setelah ditoskan
Kalau suka boleh lebihkan kuantiti minyak zaitun kerana banyak manfaat dalam kandungan zaitun :)
Comments