5 star Hawker Stall at William Corner
OK nak mukadimah sikit pasal William Corner nii.. William Corner ni sebenarnya dimiliki oleh 'uncle' chinese muslim.. Uncle tu kot name William, tah la SH tak ambik port sangat yang penting makanan sodap and 'uncle' tu tersangatttt lah baik...
1st time SH pergi WC ni dengan adik angkat and kawan-kawan diorang, kebetulan masa tu baru lepas makan so perut tak lapar sangat, nak order makanan yang ringan-ringan kitorang pon tak tahu ape kedai ni served so suruh la pekerja dia bawak menu but too bad kedai die tak de menu tapi what impressed us pekerja dia hafal all those menu.. Ternganga jap sebab nama menu pelik-pelik n laju tak sempat tangkap HAHAHA so SH pon cakap la kat adik angkat SH, order je lah ape-ape nanti akak rasa sikit sebab tak lapar sangat.. Pastu tetiba je pekerja dia sampuk "kalau nak share boleh cuba mix grill" SH pon blur-blur dengar macam mee2 je so main angguk je time tu..
Ni gambar mix grill from SH punya collection tapi korang mesti tak nampak full dia punya portion dia kan??
So ni gambar yang SH ambil dari blog SantaiLeeza, macam yang korang boleh tengok ade mashed potato, sosej, daging salai, ribs and tah daging ape lagi yang lain-lain tu.
Sekali sampai, Hah!ambik kau besar gedabak.. Ni bukan untuk 2 orang makan ni.. 3-4 person pon boleh kalau yang jenis tak kuat makan.. Adik angkat SH pon ingat SH ni full dia pon past-past la around the table bagi kawan die try mix grill tu.. Cis ko dik, tak tahu ke SH kalau nampak appetizer yang menyelerakan SH boleh activated 'empty tank' time tu jugak HAHAHA so mase sesi past-past tu sampai la depan SH Naan cheese, SH sempat rase a bite, rase dia perghhhh sedap nye.. Melimpah-limpah cheese.. Honestly memang sedap.. Nak lagi tapi plate tu da bertukar tempat.. Gulp mase tu tertahan-tahan je air liur.. Nak mintak segan orang punya.. So berakhirlah kisah pertama SH di WC tanpa sempat melahap puas-puas makanan kat sane(!___!).. Nak pergi lagi tak tahu tempat tu kat mana.. Nama kedai tak tahu, yang SH tahu ade Lincoln University dekat situ..
So on second time finally SH berjaya ke sana lagi berpandukan klu Lincoln University tu HUAHUAHUA.. CIter belakang tabir sebenarnya ade 'kawan' buat suprised sebabnye SH ni da macam angau asyik sebut-sebut and terbayangkan WC ni.. Honestly lepas cuba naan cheese a year ago tu asyik terngiang je die punye cheese tu mungkin dats why la 'kawan' ni nak lepas SH punya mengidam HAHAHA.. Mase tu 'kawan' ni order Gouda untuk SH..
P/S : credit to foodpassionistaa.blogspot for the pic :)
HAHAHA nama tak nak kalah padahal Gouda ni sebenarnya roti naan cheese jek pon tapi dia punya naan cheese lain dari yang lain.. Cheese dia tu kembung sampai nak melimpah ruah and they served it dengan Chocolate, Coffee and Butter yang dicairkan so could you gais could imagine how d taste was??(Urghhh memang sedap uolls) cuma lately je rase macam pahit-pahit sikit or maybe mase 1st time rasa tu naan cheese kot not Gouda but its OK atleast SH da tak craving macam dulu lagi HAHAHA and by the time 'kawan' ni order spaghetti carbonara maybe.. Sekali sampai dia punya order, perghh besar dulang.. Mencicit 'kawan' nak habiskan and as usual SH macam segan-segan la nak offer diri habiskan HAHAHA..
Air pulak kiterang order signature beverage di WC iaitu Soda Herbs, Soda Herbs ni ayor soda dalam gelas besar, dalam tu ade macam daun pudina, lemon, asam boi and SH perasan macam trending pulak orang guna ingredients ni untuk buat air detox just they use plain water instead of soda.. Ape-ape pon rasa soda herbs ni sedap especially minum time tekak kering..
P/S : gambar cedok lagi.. Kalini dari blog sitisakinahmunirah blogspot.. Mohon pinjam :)
Uihh nyaman baq ang, hilang dahaga so sambil 'kawan' menjamah sisa-sisa suapan terakhir SH pergi la kaunter kononnya SH lah nak bayar sebab masa tu keluar dengan 'kawan'('kawan' ni dah la buat suprise untuk kita jadi macam tak best kalau tu pon nak suruh dia bayar) SH pom serba salah plus SH ni kalau dengan lelaki yang takde ikatan SH takkan biar dia support itu ini sebab takut termakan budi or 1day orang akan mengungkit.. Well bukan buruk sangka tapi tak salah kalau mencegah kan??
Ok sambung balik, jadi dipendekkan cerita SH tak plan pon nak datang sini so memang tak standby cash banyak mase tu(!__!)HUKHUKHUK and yang tukang kira 'Uncle' masa tu so SH tanya la boleh pakai kad tak kat sini.. Dia cakap takde terminal machine and then dengan selamber uncle tu cakap tak pelah u bayar lain kali ajelah.. Tertelan air liur aku biar betol uncle ni, SH ni baru 2nd time datang sini tu pon bukan customer tetap tapi tak taulah kot uncle ni nampak Nur ke or cahaya keimanan ke ape kan kat muke sampai percaya HEHEHE.. So SH replied "biar betol uncle, i pon tak tahu bila datang balik" then he replied "tak pe lah kalau macam tu i kira halal lah sama u".. Uh terkedu SH so SH pon suruh la dia kira incase I brought enough money kan, total makan Gouda, Spaghetti besau dulang and air macam minum dalam jug tu is nearly RM35-Rm40 SH lupa.. Lah mati-mati ingat RM50+.. So on that time SH bayar by cash, nasib cukup..
CONCLUSION
So SH concludekan yang WC ni pekerja ramah, kedai takde menu tapi pekerja dia boleh hafal menu dalam kepala dan bila customer can't decide what to eat, their staff will help with the suggestion and I do I notice bout diz restaurant, 1st time pergi pekerja sama and when I come back few years later pekerja still same mungkin tauke jaga kebajikan pekerja kot(Husnudzon sangat)..
Lepas dari tahu tempat kat PJ ni SH kerap la datang kadang bawak customer baru pegi kedai uncle and sempat jugak la SH tanya pasal cawangan WC kat Danau Kota.. Kata uncle dia takde cawangan lain selain sini.. SH tanya la "jadi sape buka kat sana??" katenye "u cuba tanya sama diorang" sambil senyum HIHIHI.. Emm tapi kalau lah WC dekat Danau Kota tu bukan uncle ni punya kira tak baik tau korang pakai nama dia untuk raih keuntungan n baik betol uncle ni kalau bukan dia punya pon dia still tak ambil ape-ape tindakan orang pakai nama dia..
Sebenarnya selain dari menu kat atas banyak lagi menu lain yang lagi sedap contohnya kegilaan SH and husband Spaghetti Aglio Olio Seafood dia.. Seafood tu toksah cakap memang tak kedekut with variety type of their kind.. And semua menu ni boleh jadi kegilaan, 1st naan cheese, lepas discover Chicken Corden Bleu, kemaruk benda alah tu, lepas discover Spaghetti Aglio Olio kemaruk spaghetti dia.. Mix grill tu pon kalau tak kerana harga dia around RM50 mesti yang tu pon SH kemaruk HAHAHA..
OK ni rupa Chicken Corden Blue, 1st SH makan yang kawan, emm sos dia nyum nyum nyum...Campuran blue mozarella dengan herbs.. A good combination for the taste :)
Sape-sape yang nak datang boleh pergi kat alamat kat bawah ni :
P/S : credit to foodpassionistaa.blogspot for the pic :)
Address: Kelana Jaya 3-1, Ground Floor Plaza Mayang,
Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya,
Petaling Jaya, Jalan SS 26/4,
Taman Mayang Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone:+60 18-351 7921
Hours: 6PM–2AM
Kedai macam tersorok sebab takde signboard tapi orang tetap ramai tau.. 2015 SH pergi meja dah bertambah sampai 2 lot tepi kedai dia sebab on 1st time datang hanya 1lot je penuh meja.. Artis pon datang tau, mase tu ade nampak Fizz Fairuz dengan Almy Nadia makan depan meja kitorang.. And dont ever prejudge about their stall outlook.. Even ala-ala hawker stalls tapi their food taraf 5star tau..
HAHAHA gitew, banyak pulak promote WC kan kurus jari SH menaip.. OK lah nanti sambung balik bile SH kesana untuk discover menu-menu lain plak.. TQ all for spending your time reading <3
P/S : Visit Eat Like a Boss to discover another signature dish kat WC ni
awas jangan klik link ni kalau iman xkuat HAHAHA
Comentários