top of page

Resepi Ayam Black Pepper

Morning fellas, hari ni ceq nak share resepi ayam black pepper.. You gais should try this recipe sebab confirm menjadi tau.. SH kalau tak menjadi SH tak kejam okeyh nak share HAHAHA.. Ok this recipe SH tak tahu nak credit kat sape sebab SH ambik dari facebook page.. Gambar kat bawah ni kira 2nd time SH cuba resepi ni.. Disebabkan SH acah-acah pro sangat so SH derhaka sikit kat resepi ni MUAHAHA..

Resepi asal time perap letak serbuk lada hitam tapi SH tak letak sebab bila goreng sise tahik minyak tu jadi berketul so tak cantik kuali kite nanti(alasan, padahal malas nak menyental)HEHEHE.. Tapi kalau guna teknik grill emm maybe sesuai kot letak serbuk lada hitam.. Ok duk pot pet pot pet lets just jump to the recipe :)

RESEPI AYAM BLACK PEPPER

Hidangan : 5-8 orang makan

Bahan Perap

  • 2 ketul ayam bahagian dada/isi ayam(di potong kecik-kecik)

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar kicap manis

  • 1 sudu besar sos ikan

Bahan Blend/Tumbuk

  • 10 ulas bawang merah

  • 6 ulas bawang putih

  • 4 biji cili padi

Bahan-Bahan

  • cendawan/sayuran(ikut kesukaan)

  • 1 inci halia(diketuk)

  • 4 biji cili padi(diketuk)

  • 1 biji bawang besar

  • 1 sudu besar serbuk black pepper

  • 4 sudu besar sos tiram

  • 8 sudu besar kicap manis

  • 1 cawan air

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam selama 30 minit atau lebih.. Saya guna kicap Jalen sebab kalau tak de kicap Jalen saya pon tak lalu makan.. ehehe melalut(DUSH!!!)

  1. Kemudian goreng sehingga ayam sederhana masak.. Angkat ketepikan..

  1. Tumis bahan blend bersama halia hingga garing.. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk black pepper serta tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.. Kalau kuah kelihatan pekat masukkan air sedikit demi sedikit sesuai dengan kepekatan yang di ingini..

  2. Kemudian masukkan ayam, gaul hingga rata..

  3. Akhir sekali masukkan bawang, cili padi dan sayuran kesukaan.. Perasakan dengan garam dan gula..

  4. Apabila sayur sedikit layu, padamkan api dan sedia untuk di hidangkan :)

Tadaaa siap.. Nampak menyelerakan tak?? Ahaha SH lepas masak resepi ni makan 2x menambah, mulut tak habis-habis mengomel macam makan kat kedai.. Sadis nye kehidupan SH kan?? Huhuhu yolah harapkan en.hasbeng puji memang ibarat tunggu buah nak gugur la walaupun SH tahu die memang nak cakap sedap cuma malu(FINE!!angkat bakul lagi HAHAHA :p)

OK lah ni dulu yang SH boleh kongsi, ade resepi-resepi lain yang menjadi SH kongsi lagi K.. Selamat mencuba :)

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
bottom of page